
Sistem sonar pada kapal Jadayat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kedudukan kotak hitam milik pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata di Laut Jawa dekat sini.
"Kita boleh beri jaminan kepada anda bahawa ia merupakan kotak hitam daripada pesawat itu kerana sistem sonar telah mengeluarkan bunyi isyarat 'ping'," kata Komander Tentera Indonesia, Jeneral Moeldoko ketika menaiki kapal tentera laut KRI Banda Aceh pada...