Showing posts with label berita nahas pesawat airasia. Show all posts
Showing posts with label berita nahas pesawat airasia. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

QZ8501 Tambah Kelajuan 'Lebih Daripada Biasa' Sebelum Terhenti

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada bulan lalu didapati menambah kelajuan "lebih daripada biasa" dan kemudian terhenti. "Pada saat akhir, pesawat menambah kelajuan melebihi daripada kadar biasa," kata Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan yang merujuk kepada data radar."Pesawat itu secara tiba-tiba menambah kelajuan melebihi had biasa di mana ia mampu untuk naik. Kemudiannya ia terhenti," katanya kepada pemberita.Pesawat...

Tuesday, January 13, 2015

Kotak Hitam AirAsia QZ8501 Ditemui Tanpa CVR

Persoalan punca nahas pesawat AirAsia QZ8501 belum dapat terjawab sepenuhnya walaupun pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah menemui kotak hitam pada Isnin. Ini kerana apa yang terkandung dalam kotak hitam yang ditemui itu setakat ini adalah perakam data penerbangan (FDR) iaitu data yang mencatat mengenai teknikal penerbangan dari mula termasuk ketinggian dan kelajuan pesawat berkenaan.Ia hanya sebahagian daripada kandungan kotak kitam...

Sunday, January 11, 2015

QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat Berjaya Diapungkan

Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diapungkan ke permukaan air oleh pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI), menjelang tengahari tadi. Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diapungkan ke permukaan air oleh pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI), menjelang tengahari tadi. - Foto Detiknews Beg pelampung yang digunakan dalam operasi itu berjaya mengapungkan bahagian ekor pesawat...

Saturday, January 10, 2015

QZ8501: Usaha Bawa Naik Ekor Pesawat Buntu

Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang memasuki hari ke-12 ditamatkan petang tadi dengan usaha menaikkan bahagian ekor pesawat masih buntu. Helikopter tentera Indonesia mendarat di atas kapal KRI Banda Aceh yang berada berhampiran kawasan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui semalam. - Foto Reuters   Berdepan cuaca buruk serta arus dasar yang deras sehingga mencecah kelajuan 3 hingga 5 knot,...

Friday, January 9, 2015

Mayat Nahas QZ8501 Diselimuti Bakteria Berbahaya

Usaha membawa keluar baki puluhan mayat dari bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah bukan sahaja berdepan dengan kesukaran bentuk geografi dan cuaca buruk. Malah lebih ditakuti petugas penyelamat dan pasukan forensik pelbagai negara ialah isu kesihatan diri sendiri selepas mereka mendapati mayat-mayat yang baharu ditemui turut membawa bersama-sama banyak bakteria berbahaya kepada...

QZ8501: Kedudukan Kotak Hitam Dikesan

Sistem sonar pada kapal Jadayat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kedudukan kotak hitam milik pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata di Laut Jawa dekat sini. "Kita boleh beri jaminan kepada anda bahawa ia merupakan kotak hitam daripada pesawat itu kerana sistem sonar telah mengeluarkan bunyi isyarat 'ping'," kata Komander Tentera Indonesia, Jeneral Moeldoko ketika menaiki kapal tentera laut KRI Banda Aceh pada...

QZ8501: Helikopter Indonesia Bawa Beg Pelampung Angkat Ekor Pesawat

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia pada Jumaat membawa dua beg pelampung menggunakan helikopter menjelang operasi mengapungkan bahagian ekor pesawat AirAsia dari dasar laut, dengan harapan kotak hitam yang dapat mendedahkan punca bencana dapat ditemui.Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 hilang dari skrin radar pada 28 Disember kurang dari separuh perjalanan dua jam dari bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya ke Singapura. Tidak...

Thursday, January 8, 2015

QZ8501: Tony Fernandes Mengaku AirAsia Terkhilaf

Selepas dilarang melakukan penerbangan Surabaya-Singapura berkuat kuasa 2 Januari lalu, pihak pengurusan AirAsia Indonesia semalam akhirnya mengaku terkhilaf terbang tanpa kebenaran daripada pemerintah republik itu untuk laluan tersebut. Perkara itu disahkan Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan ketika mengulas perbualan ‘serius’ antara beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini susulan tragedi...

Sepadan! Perbandingan QZ8501 Dengan Ekor Pesawat Ditemui

Misi pencarian pesawat QZ8501 yang sudah memasuki hari ke-11 hari ini menemui bukti memberangsangkan apabila Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan telah menemui serpihan ekor, dipercayai milik pesawat malang itu. Telahan itu terbukti apabila beberapa bahagian ekor yang ditemui berjaya disuaipadan dengan foto sebenar pesawat yang diambil menerusi dokumentasi Jetphotos.Net. Tiga gambar ekor pesawat yang diambil...

Rakaman Antara Juruterbang QZ8501 Dan Menara Kawalan Bocor

Rakaman percakapan dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) Juanda, Surabaya dibocorkan oleh seorang pengguna internet menerusi aplikasi SoundCloud.  Dalam rakaman audio berdurasi lebih 20 minit itu dengan tajuk ‘ATC PK AXC-QZ8501 201412272225Z’ didapati dimuat naik oleh seorang pengguna dengan ID "digitizing" pada Sabtu lalu, iaitu selepas Kementerian Perhubungan republik itu...

Wednesday, January 7, 2015

QZ8501: Penyelam Redah Arus Hampiri Dua Objek Besar

Dua penyelam pada Rabu bertindak nekad meredah arus bergelora di Selat Karimata di sini bagi mendapatkan dua objek besar dipercayai badan pesawat milik AirAsia Indonesia yang terhempas sejak lebih seminggu lalu. Kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Forth Worth pada Selasa berjaya mengesan dua objek besar yang berada di kedalaman 28 meter selat berkenaan dan iadipercayai bangkai pesawat QZ8501."Kami akan mula mengenalpasti objek tersebut...

QZ8501: Identiti Tiga Lagi Mangsa Dikenal Pasti

Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) pada Selasa mengesahkan identiti tiga lagi mangsa nahas AirAsia Indonesia QZ8501 telah dikenal pasti. Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kasturi menemui satu mayat wanita di kawasan pencarian Lautan Kalimantan pada pukul 2 petang waktu Malaysia, Isnin. Mayat kemudian diserahkan kepada helikopter Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia untuk bedah siasat...

QZ8501: Ustaz Diterbangkan Ke Lokasi Nahas Untuk Berdoa

Pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan oleh Kerajaan Indonesia bagi mengesan kedudukan sebenar bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak 28 Disember lalu.Antaranya membenarkan penglibatan lapan orang ustaz di kawasan yang dipercayai lokasi bangkai pesawat tersebut berada. Para ustaz berkenaan diterbangkan dengan helikopter Super Pumake ke lokasi berkenaan bagi mendoakan kelancaran misi pencarian itu, pagi tadi.Sejurus...

Tuesday, January 6, 2015

Lokasi Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Sudah Berjaya Dikenalpasti

Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia hari ini dilaporkan telah berjaya menemui lokasi pesawat AirAsia QZ850 terhempas. Sehubungan itu, menurut Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Leftenan Kolonel Penerbangan, Johnson Simatupang, semua pesawat yang melakukan operasi udara dalam misi pencarian tersebut akan terbang di bawah 5,000 kaki."Kita sudah dapatkan perintah operasi dari Basarnas. Semua penerbangan akan berada...

QZ8501 : Pesawat Russia Temui Objek Besar

Pesawat milik Russia, Beriev BE-200 menemui satu objek besar berwarna merah dan oren di lokasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sektor I, di Laut Jawa, malam tadi.  Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Jhonson Simatupang berkata, objek yang diyakini mungkin sebahagian bangkai pesawat itu ditemui di bahagian dasar laut."Semalam, maklumatnya sudah lewat malam diterima selepas mereka pulang dari misi pencarian. Mereka melaporkan...

Sunday, January 4, 2015

Teori Baru Nahas Peswata AirAsia Indonesia QZ8501

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang Ahad lalu masuk hari keenam, semalam, menemui teori baru kemungkinan pesawat itu terhempas berhampiran Teluk Kumai, 20 Kilometer dari sini. Teori itu dikeluarkan selepas sebahagian besar mangsa, serpihan pesawat dan barangan penumpang kapal terbang itu ditemui di bahagian timur perairan itu.Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS)...

QZ8501: Rumah Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’

Nampaknya ada cerita menarik mengenai mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Hayati Lutfiah yang sudah pun selamat dikebumikan di Sawotratap, Sidoarjo di Jawa Timur. Khabarnya, kediaman milik Hayati sekeluarga berbau harum semerbak persis bunga-bungaan biarpun sudah beberapa hari kosong, lapor Detik.com. Apa yang pelik, tiada bunga ditanam di rumah yang turut didiami oleh suami Hayati, Djoko Suseno dan anak mereka, Naura Kanita Rosada...

QZ8501: 7 Mayat Ditemui Masih Terikat Di Tempat Duduk

Saat tujuh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditemukan kapal KRI Bung Tomo, kesemuanya masih berada dalam keadaan terikat di kerusi pesawat. Antara kapal perang Indonesia yang terlibat dengan proses mencari serpihan pesawat dan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501. Justeru, kesemua mayat dibawa naik ke atas kapal perang tersebut bersama kerusi yang diduduki. Perkara ini diceritakan Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan...

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2

Usaha pasukan pencari untuk mengesan bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa bukan sekadar berdepan dengan cabaran cuaca tidak menentu, malah kehadiran banyak ‘objek’ bersejarah terdampar di dasar perairan tersebut. Kesukaran itu diceritakan seorang pegawai Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional (Basarnas), S.B. Supriyadi yang mendedahkan, misi menjejaki pesawat malang tersebut turut dikelirukan dengan penemuan tidak sengaja...

Saturday, January 3, 2015

AirAsia QZ8501: Mayat Khairunnisa Berjaya Dikenalpasti

Mayat Khairunisa Haidar, pramugari berusia 22 tahun yang berada dalam pesawat AirAsia, QZ8501 antara 10 mayat mangsa yang berjaya ditemui dan dibawa ke daratan.Nama Khairunnisa, terdapat dalam senarai Mangsa Bencana untuk proses pengecaman, merupakan salah seorang daripada dua pramugari yang bertugas dalam pesawat dan jasadnya dikenalpasti melalui tag nama tertera perkataan, 'Khairunnisa' pada pakaian seragam warna merah yang dipakainya. Dia...