Showing posts with label Remaja Nyaris Putus Kepala Terkena Kabel Elektrik. Show all posts
Showing posts with label Remaja Nyaris Putus Kepala Terkena Kabel Elektrik. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Remaja Nyaris Putus Kepala Terkena Kabel Elektrik

Seorang remaja lelaki nyaris putus kepala apabila motosikal Honda Ex5 yang ditunggangnya merempuh kabel elektrik di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu, semalam.


Remaja Nyaris Putus Kepala Terkena Kabel Elektrik, info, terkini, berita, ngeri

Ketika kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, Kamarul Helmi Mohammad, 19, sedang dalam perjalanan menghantar rakannya di Kampung Penghadang Baru.

Insiden ini dipercayai berpunca ekoran remaja berkenaan dikatakan mengantuk ketika dalam perjalanan pulang.

Memetik laporan Harian Metro, Kamarul yang tinggal di Kampung Kebor Besar, Manir berkata, dia dan rakannya berusia 22 tahun itu baru pulang bersiar-siar di Kampung Wakaf Beruas dan hendak menghantar rakannya sebelum balik ke rumah.

Katanya ketika kejadian, sebaik tiba di Kampung Kuala Bekah matanya tidak dapat menahan rasa mengantuk sehingga terlelap menyebabkan motosikalnya memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kabel elektrik di bahu kanan jalan.

“Kejadian itu terlalu pantas serta rakan tidak sempat mengejutkan saya dan kami berdua rebah selepas merempuh kabel pada tiang elektrik itu.” ujarnya.

Bagaimanapun, mangsa yang cedera parah sedang dirawat di hospital.

Sumber : mynewshub.cc