Showing posts with label Sokongan Padu Rakan Selebriti Kepada Juara MLM 2014. Show all posts
Showing posts with label Sokongan Padu Rakan Selebriti Kepada Juara MLM 2014. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

Sokongan Padu Rakan Selebriti Kepada Juara MLM 2014, Zero!

Walaupun kedengaran cliché ucapan si pemenang yang memenangi sebarang pertandingan untuk membelanjakan wang itu sebaiknya tetapi apa yang dapat disimpulkan daripada kemenangann Zero dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) terpancar keikhlasan yang mengiringi janji mereka dengan ibu mereka.


Sokongan Padu Rakan Selebriti Kepada Juara MLM 2014, Zero!, info, terkin, hiburan, sensasi, kumpulan Zero, Juara MLM2014

Seperti mana yang diketahui kumpulan Zero yang dianggotai oleh tiga beradik dari negeri di bawah bayu itu akan menunaikan janji mereka untuk menghantar ibu kesayangan ke tanah Suci, Mekah untuk menunaikan fardhu haji.

Kesempitan hidup yang menjadikan mereka juara di pentas MLM 2014 dan jerih payah yang dahulu rutin hari kini tidak lagi apabila pintu rezeki mereka hanya dengan buat orang terhibur lupakan duka sengketa.

Nyata para rakan selebriti juga tidak terlepas memberikan kata sokongan dan semangat kepada Zero yang dilihat telah berjaya mengubah nasib hidup mereka dan keluarga ke tahap yang lebih baik dari sebelum ini.

Tidak sahaja itu, salah seorang anggota kumpulan Zero iaitu Syaiful atau dikenali dengan nama Melati akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Doli Sharif, 25, dia akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari ini.

"Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Rezeki kami kerana menerima kemenangan ini tepat pada masa dimana ia diperlukan,”ujar Syarif ringkas ketika temubual di sidang akhbar di venue pentas akhir MLM 2014 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Sumber : murai.com.my