Showing posts with label Wanita Dikecam Bawa Anak Dalam Beg Tangan Berjenama. Show all posts
Showing posts with label Wanita Dikecam Bawa Anak Dalam Beg Tangan Berjenama. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Wanita Dikecam Bawa Anak Dalam Beg Tangan Berjenama

Seorang wanita menerima kecaman ramai selepas dia membawa bayinya yang berusia lapan bulan di dalam beg tangan berjenama terkenal ketika bertemu dengan rakan-rakannya.

Perbuatan Xue Hsueh, 26,itu disifatkan sebagai bodoh selepas rakannya memuat naik gambar berkenaan di internet.

Ramai yang melahirkan kebimbangan kepada bayi tersebut dan apa yang akan berlaku kepadanya jika tali beg tersebut putus.

Bagaimanapun Xue mempertahankan tindakan berkenaan dan menyatakan dia hanya meletakkan bayinya dalam beg itu seketika sahaja, ketika dia berborak dengan rakan-rakannya.

Jelasnya lagi, bayi tersebut juga gembira apabila berada dalam beg mahal itu.


Wanita Dikecam Bawa Anak Dalam Beg Tangan Berjenama, info, terkini, berita,

Sumber : sayangsabah.com