Showing posts with label aweera. Show all posts
Showing posts with label aweera. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

Aweera Pertikai Idea Asal Edry KRU?

Penganjuran anugerah seperti Anugerah Juara Lagu dilihat dapat membantu mengiktiraf para penggiat industri muzik di negara ini.

Namun begitu, konflik yang tercetus diantara pemilik lagu dan penyanyi bukanlah perkara baru dan pada AJL 29 yang lalu, lagu Romancinta yang dipopularkan Mojo turut menerima nasib yang sama.


Aweera Pertikai Idea Asal Edry KRU?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Aweera, Edry Mojo,

Lagu yang asalnya nyanyian Aweera, bekas vokalis band Mojo itu telah meraih perhatian ramai apabila dipersembahkan oleh Caliph Busker yang terdiri daripada golongan OKU cacat penglihatan dan telah mengungguli Persembahan Terbaik di AJL 29.

Aweera yang hadir sebagai penonton memuji kehebatan vokalis Caliph Buskers dan berkata tanpa mereka Romancinta tidak mampu meraih kemenangan bagi Persembahan Terbaik. Sebaliknya, dia yang dihubungi semalam mempersoalkan mengapa bukan vokalis baru Mojo yang menyanyikan lagu tersebut di pentas AJL 29.

“Saya hairan juga bila waktu lagu ini layak ke final saya diminta untuk berduet dengan vokalis baru Mojo hingga saya mengambil keputusan untuk tarik diri. Tetapi keputusan itu saya buat kerana merasakan perancangan Edry sebelum ini seolah-olah seperti mahu menindas saya sebagai penyanyi asal lagu tersebut.

“Yang menghairankan saya mengapa ketika final AJL tiada kelibat vokalis baru Mojo tersebut dan kenapa  corak persembahan bukan lagi duet seperti yang diinginkan pencipta lagu ini? Sedangkan inilah platform yang bagus untuk memperkenalkan vokalis baru Mojo kepada peminat mereka.

“Dengan lagu yang sudah sedia popular seperti Romancinta, kalau saya diberi peluang saya mahu beraksi di pentas sebesar AJL. Saya rasa jawapan bagi persoalan saya ini hanya mereka yang didalam industri sahaja yang tahu mengapa Edry menggunakan Caliph Buskers di pentas AJL 29 lepas,”ujar Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham itu kekita dihubungi.

Penyanyi yang dilahirkan daripada rancangan realiti One In A Million itu akui terkilan dengan 'permainan' daripada Edry yang turut melarang dia menyanyikan lagu Romancinta tetapi Aweera menganggap semua ketentuan telah tertulis begitu.

Kini dia yang bernaung dibawah Sony Music memberikan fokus kepada karier seni nyanyian dan bakal tampil dengan single terbaru pada Februari depan.

“Saya rasa seperti ditipu dan dipergunakan tetapi biarlah, saya kini mahu fokus kepada karier dan bakal tampil dengan single Terhakis yang merupakan lagu seratus peratus ciptaan saya sendiri.

“Berkenaan lagu Romancinta kalau ada permintaan saya terpaksa nyanyikan tetapi bergantung kepada keadaan dan majlis yang bagaimana. Saya hanya menurut permintaan dan menyanyi adalah punca rezeki saya,”tambahnya lagi.

Sumber : murai.com.my