Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Senarai Pesawat Dilapor Hilang Di Seluruh Dunia

Kehilangan misteri pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tanpa sebarang kesan atau isyarat kecemasan pada 8 Mac tahun lepas telah mengejutkan dunia.


Senarai Pesawat Dilapor Hilang Di Seluruh Dunia, info, terkini, berita, sensasi,

Dengan peralatan canggih penerbangan pada abad ke-21 dan sistem pemantauan satelit, kehilangan MH370 membingungkan saintis dan pakar bagaimana pesawat moden sepanjang 63.7 meter itu boleh lenyap.

Satu-satunya data yang pihak berkuasa gunakan dalam pencarian pesawat itu ialah tujuh komunikasi automatik 'handshakes' antara pesawat dan stesen bumi yang membawa mereka ke kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, iaitu kedudukan penerbangan terakhir pesawat itu dipercayai berakhir.

Boeing 777-200 itu yang hilang ketika dalam penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal, bukanlah kapal terbang pertama yang hilang dalam sejarah pengangkutan udara kerana terdapat beberapa pesawat dilaporkan hilang di seluruh dunia.

Berikut beberapa kes kehilangan pesawat:

(sumber: Time Magazine, Forbes Magazine dan Wikipedia)

* 1937 - juruterbang wanita Amerika Syarikat yang pertama, Amelia Mary Earhart hilang dalam misi penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik menggunakan pesawat enjin berkembar Electra. Tiada kesan pesawatnya ditemui sehingga sekarang.

* 2 Ogos, 1947 - Pesawat British South American Airways (BSAA) Star Dust yang membawa lima anak kapal dan enam penumpang merempuh Gunung Tupungato, terletak di banjaran Andes, Argentina semasa dalam penerbangan dari Buenos Aires ke Santiago, Chile.

- Usaha mencari tidak menemui sebarang kesan pesawat itu dan penumpang.

- Lebih 50 tahun kemudian, sepasang pendaki warga Argentina menemui bangkai enjin di Andes pada 1998 yang dikaitkan dengan pesawat itu dan kemudian ekspedisi tentera menemui rangka manusia.

* 30 Januari 1948 - Pesawat BSAA Star Tiger hilang di Lautan Atlantik di Segi Tiga Bermuda ketika dalam penerbangan ke Havana, Latin Amerika dari London.

- Ia hilang bersama enam anak kapal dan 26 penumpang.

* 17 Januari 1949 - Pesawat BSAA Star Ariel Avro Tudor IV yang dalam penerbangan dari Bermuda ke Kingston, Jamaica, membawa 20 penumpang dan anak kapal hilang tanpa dapat dikesan di Segi Tiga Bermuda.

- Kehilangan Star Tiger dan Star Ariel telah menimbulkan spekulasi tentang legenda Segi Tiga Bermuda.

* 30 Januari 1979 - Sebuah pesawat kargo Varig Brazilian Airlines, Boeing 707-323c terputus hubungan selepas setengah jam berlepas, kira-kira 200 kilometer ke timur Jepun dan membawa enam anak kapal dan kargo yang berharga.

- Pesawat dan anak kapal gagal ditemui.

Sumber : mstar.com.my

Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.


Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, isu zamani, kes dadah zamani slam

Bagi pertuduhan pertama, Zamani, 43, dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, didakwa bersama-sama memiliki 1.2 gram heroin di No. 31, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, Hulu Langat kira-kira pukul 12.30 pagi, 21 Jan lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu juga didakwa telah mengambil dadah jenis morfin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira 2 pagi pada tarikh sama.

Nur Juliana pula didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine kira-kira pukul 2.05 pagi di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan itu.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid menawarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan tetapi peguam Che Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Zamani dan Nur Juliana berkata jumlah itu sangat tinggi.

Che Ahmad Zaharil berkata kedua-dua tertuduh telah mendaftar di Rumah Pengasih, iaitu pusat pemulihan dadah pada 24 Jan lepas.

"Saya percaya mereka akan hadir ke mahkamah. Mereka sekarang dalam proses rawatan oleh itu pendapatan mereka agak berkurangan. Pohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000," katanya.

Isu penahanan Zamani sebelum ini menjadi kontroversi selepas tersebar video dia disuruh menyanyi lagu Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari ketika di balai polis.

Video berkenaan mendapat bantahan ramai sehingga menyebabkan pihak pengurusan polis mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang merakan dan menyebarkan video tersebut.



Sumber : mstar.com.my

Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang

Bot nelayan yang terlebih muatan pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk memasuki Malaysia karam di perairan Bangladesh mengakibatkan 24 penumpangnya masih hilang, menurut polis negara berkenaan.


Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang, info, terkini, berita, nahas bot karam,

Pasukan kecemasan bagimanapun sempat menyelamatkan 32 Bangladesh di Teluk Bengala selepas bos berkenaan dihanyutkan kira-kira 2.5 kilometer (km) ke pesisir pantai, kata polis.

"Sekurang-kurangnya 24 orang masih lagi hilang. Pasukan pengawal pantai dan polis masih menjalankan operasi menyelamat.

"Setakat ini, kami dimaklumkan bot itu membawa sehingga 60 penumpang yang menuju ke Malaysia untuk masuk secara haram," kata Ketua Polis, Masud Alam.

Stesen televisyen swasta negara itu, Somoy melaporkan kira-kira 100 penumpang menaiki bot yang karam berhampiran Pulau Kutubdia itu.

Dalam kejadian itu, bot berkenaan dipercayai dibadai ombak kuat sebaik berlepas dari pekan berhampiran pantai di selatan pelabuhan Chittagong," kata Alam lagi.
Ribuan warga Bangladesh miskin dan pelarian etnik Rohingya dari Myanmar cuma masuk ke Malaysia setiap tahun melalui jalan laut, malahan ada maut ketika mengharungi perjalanan 3,200 kilometer itu.

Sumber : mstar.com.my

Wajib Daftar Syarikat Untuk Jadi Pengedar Tudung Naelofar?

Menutup aurat itu memang dah menjadi kewajipan untuk umat islam baik lelaki mahupun wanita.

Di pasaran sekarang ini, lihat perniagaan berkaitan dengan busana muslimah terutama hijab atau pun tudung kian bertambah dengan pelbagai jenama.


Wajib Daftar Syarikat Untuk Jadi Pengedar Tudung Naelofar?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, berita,

Termasuklah golongan artis dan selebriti mengambil peluang ini menceburi bidang keusahawanan untuk menambahkan pendapatan.

Namun,  menerima aduan bukan rungutan yang mengatakan untuk menjadi pengedar tudung popular iaitu Naelofar  diwajibkan mendaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kalau ianya benar maka ia perlu dilihat dari segi positif dan negatif. Di aspek positif ia menggalakkan lagi peniaga melayu menjadi usahawan berjaya,  bukan hanya fokus kepada jenama Naelofar malah pendaftar syarikat boleh mempelbagaikan lagi jenis perniagaannya.

Di aspek negatif pula, kemungkinan pengedar tudung Naelofar itu daripada golongan yang ingin mencuba untuk menjadi peniaga, kalau berjaya akan diteruskan sekiranya gagal maka ia berhenti setakat itu sahaja.

Kebanyakkan permulaan peniaga tudung ini lebih menjurus menjual  produk  kepada rakan-rakan sepejabat, jiran tetangga, mahupun individu yang berminat.

Sekiranya perlu mendaftar dengan SSM hanya untuk menjual tudung jenama Naelofar, ia boleh timbul rasa kurang minat dan sangsi serta membataskan semangat mereka.

Jadi, kepastiaan untuk persoalan  itu hanya Neelofa sahaja yang boleh jelaskan, diharapkan kepada peminat jangan patah semangat nak jadi peniaga kerana cabang perniagaan itu amat meluas.

Sumber : murai.com.my

Monday, January 26, 2015

Seluruh Badan 'Terbakar' Selepas Mengambil Pil Dari Sebuah Klinik Swasta

Wanita berusia 35 tahun yang enggan identitinya didedahkan itu dikatakan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan Selasa minggu lalu dan diberi dua jenis pil itu untuk membantu meredakan masalah kebas yang dialaminya.


Seluruh Badan 'Terbakar' Selepas Mengambil Pil, info, terkini, berita, sensasi,

Dia yang menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu dikatakan baru pertama kali mendapatkan rawatan di klinik berkenaan walaupun sebelum ini sering ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan.

Akibat masalah itu, seluruh wajahnya membengkak dan melecur yang disertai air bisa, kulit badannya berbintik di seluruh badan.

"Seluruh badan dan muka saya pedih seolah-olah 'terbakar' akibat melecur serta melepuh selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah klinik swasta di Perlis, minggu lalu.

"Akibatnya, saya kini menanggung penderitaan apabila seluruh badan sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil sejak Khamis lalu disebabkan masalah kulit ini," kata pesakit yang dipercayai alah dengan pengambilan ubat berkenaan.


Sumber : siakapkeli.com.my

Pengganas Paling Dikehendaki Dipercayai Maut

Khabar angin baharu timbul mengenai pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Zulkifli Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan dipercayai mungkin telah dikepung dan terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.


Pengganas Paling Dikehendaki Dipercayai Maut , info, terkini, sensasi, berita,
Marwan dipercayai maut dalam pertempuran dengan tentera Filipina.

Agensi berita, The Philippines Daily Inquirer memetik komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melaporkan Marwan dan beberapa anggota pengganas Basit Usman mungkin maut dalam pertempuran dengan tentera dekat Cotabota pada petang Ahad.

Menurut laporan tersebut, sekurang-kurangnya 30 komando polis turut maut dalam pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan tentera Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Ia adalah keganasan pertama sejak perjanjian damai yang diusahakan Malaysia pada tahun lalu.

Laporan tersebut memetik Mohagher Iqbal, ketua perunding MILF dalam rundingan damai sebagai mengesahkan pertempuran tersebut tetapi tiada mana-mana kumpulan yang memaklumkan jumlah anggota mereka yang terkorban.

Laporan terdahulu mengenai pertempuran itu masih samar.

Pada awalnya, tentera dan pegawai polis berkata komando milik Pasukan Polis Tindakan Khas Kebangsaan Filipina (SAF) bertempur dengan kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di bandar Mamasapano, Maguindanao.

Namun, seorang pegawai MILF berkata, komando SAF menceroboh masuk ke dalam wilayah yang ditawan kumpulan bersenjata tersebut sebelum berlakunya pertempuran.

Dalam laporan awal, Kapten Joanne Petinglay, ketua Bahagian Infantri ke-6 unit hal ehwal awam Tentera Darat, berkata tentera melakukan operasi pembersihan di Mamasapano di mana anggota polis terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang BIFF.

Petinglay tidak mendedahkan beberapa ramai anggota polis yang terbunuh.

Beliau berkata anggota tentera yang disokong dengan kenderaan perisai berada di kawasan tersebut untuk membantu anggota polis Maquindanao.

“Setakat ini, saya tidak boleh memberikan jumlah sebenar anggota yang maut, ia adalah operasi polis, tiada penyelarasan dengan anggota kita di darat," kata Petinglay kepada The Inquirer.

Sumber : mstar.com.my

Pekerja bank selamatkan nenek tua daripada sindiket gores dan menang

Sindiket gores dan menang semakin melampau di negara ini apabila cuba memperdaya seorang nenek tua untuk mengeluarkan RM10,000 daripada bank.

Sinchew Daily melaporkan, warga emas itu bagaimanapun bernasib baik apabila tindakannya untuk mengeluarkan jumlah duit yang banyak pada satu-satu masa menimbulkan keraguan pekerja bank.

Sindiket gores dan menang, info, terkini,berita, sensasi,

Keadaan itu dilaporkan berlaku di pusat bandar Seremban pada Isnin lalu selepas nenek tua itu tertipu dan ditemani seorang ulat gores dan menang untuk mengeluarkan duit daripada bank.

Walaupun ulat sindiket itu mendakwa dirinya sebagai cucu, namun gerak-gerinya menimbulkan keraguan pekerja bank yang seterusnya bersepakat menghalang nenek itu mengeluarkan duit kerana bimbang warga emas tersebut akan ditipu.

Difahamkan pekerja bank cuba meminta kad pengenalan daripada 'cucu' tersebut tetapi gadis berkenaan yang disyaki sebagai ulat sindiket gores dan menang enggan berbuat demikian.

Selepas mendapati muslihatnya terbongkar, 'cucu' tersebut segera membawa warga emas itu meninggalkan bank dengan menaiki sebuah kereta yang berhenti di depan bangunan.

Proses tersebut turut dirakamkan oleh orang awam sebelum menyebarkannya dalam Internet sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan sindiket gores dan menang.

Pekerja bank turut mendapat pujian kerana bertindak bijak dan berwaspada ketika berdepan dengan ulat gores dan menang.

Sumber : tranungkite.net

Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya

Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral.

Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala.


Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya, info, terkini, berita, sensasi,

"Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu.

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata.

Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu.

Sumber : mstar.com.my

Friday, January 23, 2015

Video : Zahid Hamidi 'Diserang' Pak Cik Tak Puas Hati Khidmat Talian MyEG

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini diserang oleh seorang pak cik yang tidak berpuas hati dengan keputusan MyEG Services Bhd diberi kuasa monopoli bagi melaksanakan pembaharuan lesen permit pekerja asing hanya melalui talian.


Video : Zahid Hamidi 'Diserang' Pak Cik, Tak Puas Hati Khidmat Talian MyEG, info, terkini, berita, sensasi,

Zahid Hamidi 'diserang' oleh pak cik berkenaan ketika tinjauan beliau ke Jabatan Imigresen, Putrajaya hari ini.

Setelah berbincang, beliau akhirnya memutuskan untuk membenarkan urusan di kaunter diteruskan sehingga akhir bulan Febuari ini bagi membolehkan syarikat terbabit membiasakan diri terlebih dahulu. 


Sumber : Siakapkeli.com.my

Anak Sirul Azhar Shuk SZ Ugut Buka Rahsia Pembunuhan Altantuya

Memang pelik bila difikirkan seorang polis boleh membunuh seorang model tanpa tujuan.Kes misteri yang berprofil tinggi ini menjadi semakin hangat apabila anak Sirul Azhar memberi komen di facebook.Dia menggunakan nama Shuk SZ.SZ mungkin singkatan bagi nama Sirul aZhar.Dia yang berada di Australia mungkin tak tahan dengan komen-komen mengkritik bapanya, Sirul Azhar Umar, anak kepada Sirul tampil memberikan ulasan di laman facebook berkaitan kes tersebut.

Anak Sirul Azhar Shuk SZ Ugut Buka Rahsia Pembunuhan Altantuya, info, terkini, berita, sensasi, Sirul Azhal, Shuk SZ

Anak Sirul Azhar Shuk SZ Ugut Buka Rahsia Pembunuhan Altantuya, info, terkini, berita, sensasi, Sirul Azhal, Shuk SZ

Korang baca dulu komen-komen anak Sirul di bawah neh kejap.
Anak Sirul Azhar Shuk SZ Ugut Buka Rahsia Pembunuhan Altantuya, info, terkini, berita, sensasi, Sirul Azhal, Shuk SZ

Hasil semakan aku, facebooker yang bernama Shuk Sz baru berusia 19 tahun. Anak lelaki kepada Sirul Azhar Umar dan juga berada di luar negara. Bila tengok gambar2 kereta yang dia upload (mungkin pengemar kereta agaknya), nampak orang2 sekeliling tue mat saleh. Mungkin berada di Australia bersama2 bapanya.



Dan aku tertanya-tanya.

Tadi di Awani, Sirul dikatakan telah ditahan oleh pihak imigresen Australia dan telah menghubungi peguamnya memaklumkan perkembangan yang terkini itu dan juga meminta agar para peguamnya mengambil apa sahaja tindakan untuk memastikan dia tidak ditahan oleh pihak penguatkuasa kerajaan Malaysia.

Manakala di TMI pula melaporkan bahawa peguamnya gagal menghubungi Sirul Azhar Umar.

Aik.

Percanggahan maklumat. Ini mengelirukan.

Nampak macam remeh tetapi percayalah jika Sirul kejap ada kejap tak boleh dihubungi ia bukan sesuatu yang remeh la. Otak Prison Break aku berkata-kata ada sesuatu yang tak kena disitu.

Dan, kalau korang semua perhatikan komen anak Sirul, dia ada tulis yang keterangan sedang diambil dari bapanya. Jika laporan atau keterangan itu leak kepada umum, PM Malaysia boleh jatuh.

Siapa PM Malaysia?

Najib Razak.

Dan baru2 neh blogger UMNO pro Tun Mahathir, A. Kadir Jasin ada maklumkan yang mereka juga ada rahsia tentang Najib. Mereka tak terliur nak dedahkan rahsia Najib dekat public. Macam yang team Najib buat dengan menyerang Daim.

Macam mana yang mereka akan buat? Najib takan bodoh sangat. Dia boleh baca. Dalam pada dia fikir dia banyak simpan rahsia orang2 yang# mahu jatuhkan dia, orang2 yang mahu jatuhkan dia juga banyak simpan rahsia2 tentang dirinya.

Jika aku tak silap, apa yang akan berlaku ialah exchange kepentingan. Frasa pertama. Jika team Najib boleh membuatkan team Mahathir berhenti menyerang dengan menawarkan sesuatu atau team Mahathir boleh membuatkan Najib berhen#ti dengan menawarkan sesuatu.

Atau frasa kedua.

Masing2 enggan mengalah dan berganjak dari mendapatkan kepentingan masing2. Maka jika dah sampai ke tahap ini, Mahathir tetap de#ngan keinginannya, Najib tetap dengan kehendaknya, jadi, kedua2 akan mula saling serang menyerang dengan membocorkan satu persatu rahsia menggunakan cara2 licik dan strategi ini termasukla menggunakan pembangkang dalam apa jua cara demi tujuan mencapai matlamat.

Aku tak pasti la apakah rahsia yang dimaksudkan oleh anak Sirul sama seperti yang dimaksudkan oleh A.Kadir Jasin cuma apa yang aku pasti Najib memang ada rahsia.

Persoalannya, anak Sirul dan bloggers UMNO pro Mahathir semua main tarik tali dari mendedahkan rahsia tersebut kerana masing2 pun ada rahsia masing2. Itu la masalahnya. Mereka tak boleh nak transparent kerana mereka pun ada rahsia tersendiri.

Aku terfikir2 juga. Apa la agaknya yang anak Sirul maksudnya jika Najib tak beri apa yang Sirul mahukan dan tak tolong bapanya.. rahsia apa la yang# Sirul pegang sehingga memaksa Najib nak taknak tetap perlu membantu Sirul dalam kes pembunuhan Altantuya.


Sumber : amenoworld.net

Van Sekolah Terbalik, 3 Murid Sekolah Agama Cedera

Tiga murid sekolah agama cedera apabila sebuah van sekolah yang dinaiki mereka terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Tembikai Utama, Taman Kota Masai di Pasir Gudang, Johor, pada pagi Rabu.


Van Sekolah Terbalik, 3 Murid Sekolah Agama Cedera, info, terkini, berita, kemalangan bas sekolah
Orang ramai melihat keadaan van sekolah yang terbalik di Pasir Gudang, Johor pagi tadi.

Ketika kejadian van itu membawa 15 orang murid, memetik laporan Harian Metro Online.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang datang dari arah Jalan Tembikai Utama cuai ketika keluar dari simpang tiga di lokasi kejadian.

“Akibat perlanggaran itu van sekolah terbabit terbalik di atas jalan,” katanya.

Semua pelajar sekolah yang berada dalam van sekolah berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Sumber : mynewshub.cc

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut?

Satu khabar angin mengenai seorang lelaki yang maut kerana terkena renjatan elektrik yang didakwa diakibatkan oleh sebuah kerusi urut di 1Borneo Mall di sini telah menjadi viral di media sosial dan aplikasi Whatsapp.


Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut?, info, terkini, berita, sensasi, Kota Kinabalu

Melalui khabar angin yang tersebar itu, kerusi urut tersebut dikatakan tidak diselenggara dengan betul sehinggakan menyebabka ia tidak selamat untuk digunakan. Selain itu, beberapa gambar kejadian turut diselit mengenai khabar angin tersebut.
Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut?, info, terkini, berita, sensasi, Kota Kinabalu

Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut telah dinafikan oleh polis Kota Kinabalu memetik satu kenyataan dari laman Facebook rasmi polis cawangan berkenaan. Di dalam kenyataan tersebut juga polis daerah Kota Kinabalu turut menampilkan fakta tentang kejadian.
Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut?, info, terkini, berita, sensasi, Kota Kinabalu

Selain itu, seorang jurucakap dari 1Borneo turut tampil menafikan khabar angin tersebut. Menurut jurucakap berkenaan, lelaki berkenaan, yang juga seorang pengawal keselamatan terkena strok ketika bertugas sekitar jam 9 malam.

"Orang ramai yang berada berhampiram membawa lelaki berkenaan ke tempat yang lebih lapang memandangkan tempat lelaki itu jatuh sangat sesak. Mereka cuba menyelamatkannya dan memanggil ambulan, tetapi apabila bantuan sampai, dia sudah disahkan mati"

Khabar angin yang tersebar sebelum ini mendakwa lelaki berusia sekitar 60-an itu dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik dari sebuah kerusi urut yang didudukinya.


Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut?, info, terkini, berita, sensasi, Kota Kinabalu

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut?, info, terkini, berita, sensasi, Kota Kinabalu

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar. Dia tidak sihat dan kematiannya langsung tiada kaitan dengan kerusi urut", jelas jurucakap itu lagi. 


Sumber : Siakapkeli.com.my

Tindakan Wanita di Sibu Jadi 'Polis Trafik' Sukarela Dapat Pujian

Tindakan seorang wanita yang membantu mengawal trafik setelah lampu isyarat yang sepatutnya mengawal lalu lintas tidak berfungsi mendapat pujian dari Adun Dudon, Yap Hoi Liong.


Tindakan Wanita di Sibu Jadi 'Polis Trafik' Sukarela Dapat Pujian, sibu, info, terkini, berita,

Yap berkata dia kagum dengan tindakan wanita itu secara sukarela tampil untuk membantu mengawal lalu lintas setelah lampu isyarat di jalan itu tidak berfungsi.

"Saya terperangkap di dalam kesesakan yang disebabkan oleh kerosakan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tong Sang/Jalan Oya/ Jalan Wong King Huo. Setelah itu saya ternampak seorang wanita turun dari keretanya dan menyarungkan sarung tangan putih. Jam ketika itu menunjukkan pukul 7.52 pagi", kata beliau memetik laporan dari The Borneo Post.


Tindakan Wanita di Sibu Jadi 'Polis Trafik' Sukarela Dapat Pujian, sibu, info, terkini, berita,

Yap berkata wanita itu menuju ke tengah-tengah persimpangan lampu isyarat dan membantu melancarkan aliran trafik.

"Penunggang motosikal seperti tidak mahu memberi kerjasama. Saya kemudian berdiri dengan dia, dan secara beransur-ansur dia berjaya mendapat kerjasama dari penunggang motosikal juga." -

Sumber : Siakapkeli.com.my

Wanita Paksa Kanak-Kanak 2 Tahun Hisap Syabu

Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak menghisap dadah dipercayai jenis syabu dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun, Mohd Khir.


Wanita Paksa Kanak-Kanak 2 Tahun Hisap Syabu, info, terkini, berita, kejam

Video yang berdurasi 15 saat itu menunjukkan kanak-kanak dipercayai berusia dua tahun itu disuruh menghisap dadah tersebut oleh dua individu.

Malah, mereka juga menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap untuk kali yang kedua setelah batuk.

“Satu lagi kes berat…minta pihak yang berkenaan ambil kes ini…kes dadah.. apa punya ibu,” luah Mohd Khir dalam status Facebooknya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak turut mengkritik tindakan itu membahayakan nyawa dan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak tersebut.

Seorang pengguna Facebook, PuteRi LaYenda dalam komennya mendakwa kejadian ini melibatkan warga Indonesia berdasarkan bahasa dan cara percakapan yang digunakan.

“Yang pasti ini bukan di Malaysia kerana cara bercakap macam Indonesia Bugis tapi tak tahu jika ini pembantu rumah dari Indonesia,” katanya

Seorang pengguna, Mohd Azman Abu Hassan dalam komennya menyatakan rasa marah terhadap dua individu yang memaksa kanak-kanak itu menghisap dadah.

Menurutnya, jika mahu merosakkan diri tidak perlu dibawa kanak-kanak malang itu.

Bagi Ahmad Mustaqim Arifin berkata: “Anak aku batuk tersedak susu pun kesian aku tengok apatah lagi tengok anak kecil ini batuk sebab benda yang tak elok.“

Sarida Ima dalam komennya berharap ada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap dua individu dalam video itu.
Menurutnya, tindakan itu dianggap sebagai penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang meminta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden penyebaran video tersebut agar kanak-kanak itu dapat diselamatkan daripada pengaruh penyalahgunaan dadah.

Sumber : newsredapple.blogspot.com

Thursday, January 22, 2015

Rakaman CCTV bongkar perbuatan kejam doktor

Satu rakaman CCTV berjaya membongkarkan perbuatan kejam doktor dan jururawat di hospital sakit jiwa yang memukul dan menendang seorang pesakit dengan teruk hinggakan dia berkemungkinan lumpuh, jika dia masih mempunyai umur yang panjang.


Rakaman CCTV bongkar perbuatan kejam doktor, info, terkini, berita, kes dera

Rakaman video yang mengejutkan itu juga menunjukkan bagaimana pesakit berkenaan, Zhao Yanli diseret dari katil dan turut dipijak. Mereka dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas Zhao dikatakan kurang ajar dengan salah seorang jururawat di situ.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan dipenuhi lebam oleh adiknya yang datang melawat.Zhao kemudiannya dibawa ke unit rawatan kecemasan namun doktor memaklumkan dia mempunyai harapan tipis.

Malah jika dia selamat sekalipun, Zhao tidak mungkin dapat menggunakan kakinya lagi selepas ini.Rakaman CCTV itu diperolehi oleh polis selepas pihak polis membuat serbuan di hospital berkenaan.

Keluarga Zhao kini mengupah peguam untuk menyaman hospital berkenaan kerana memukul Zhao yang mengalami masalah mental dan pada masa sama mereka tidak memberikan rawatan segera kepadanya.

Meskipun pihak hospital menawarkan pampasan sebanyak RM200,000, namun keluarganya menolak dan mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.


Sumber : kualalumpurpost.net

Peragut Mati Dilanggar Kereta Ketika Cuba Meragut Mangsa

Kajang : Seorang lelaki maut akibat dilanggar kereta selepas cuba meragut beg tangan seorang wanita di Batu 10 Lebuhraya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.


Peragut Mati Dilanggar Kereta Ketika Cuba Meragut Mangsa, info, terkini, berita, peragut

Dalam kejadian 8 pagi itu, suami isteri menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurut sumber, mangsa kemudiannya dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha 125z cuba meragut beg tangannya sebelum berlaku tarik menarik.

"Akibatnya, motosikal yang dinaiki mangsa dan suspek bergesel sebelum mereka terjatuh.

"Suspek yang terjatuh di tengah lebuh raya berkenaan kemudiannya dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita dari arah belakang,"katanya.

Sumber itu berkata, suami isteri berkenaan bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan lutut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan lanjut.

"Manakala suspek yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber : tranungkite.net

Majlis Persaraan Guru Besar Berakhir Tragis

Persaraan seorang guru besar sepatutnya berjalan baik tetapi berakhir dengan tragis dan menyayat hati apabila dia meninggal dunia di majlis berkenaan pada Selasa.


Majlis Persaraan Guru Besar Berakhir Tragis, info, terkini, berita, sensasi,
Gambar Hiasan


Cheah Hock Hin, merupakan guru besar SK Tanah Kebun di Parit Buntar.

Ketika kejadian, Cheah, 60, masih berada di atas pentas sedang menonton persembahan muzikal selepas menyampaikan ucapannya pada tengah hari, sebelum jatuh pengsan.

Beberapa guru cuba untuk menyedarkannya kembali tetapi gagal. Dia dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung, menurut sumber mStar.


Sumber : trendingmedia1.blogspot.com

Kanak-kanak Perempuan Tersepit Pada Tangga Bergerak

Kota Kinabalu : Beberapa pengunjung sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini, gempar apabila terdengar jeritan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak, semalam.


Kanak-kanak Perempuan Tersepit Pada Tangga Bergerak, info, terkini, berita, kota kinabalu

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 petang, tangan kanak-kanak itu akhirnya dikeluarkan selepas hampir setengah jam tersepit sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa bersama ibunya menaiki tangga bergerak di tingkat lima kompleks berkenaan sebelum tangan kanak-kanak itu yang memegang bahagian pemegang tersepit lalu terheret sehingga ke tingkat enam.

Orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya menghentikan tangga bergerak itu selain cuba mengeluarkan tangan mangsa. ─ myMetro online

Matyo Minta Gaji RM150,000 Sebulan?

Matyo tak salah. Kami sokong Matyo. Matyo tak salah. Kami sokong Matyo. Matyo tak salah. Kami sokong Matyo. Terngiang2 di telinga aku aksi penyokong2 JDT yang membela Matyo. Sekarang Matyo korang dah cabut dari JDT.

Matyo Minta Gaji RM150,000 Sebulan?, info sukan, berita, sensasi, Matyo, JDT,


Menurut TMJ alasan utama kenapa Matyo 'berambos' dan berpindah ke ATM kerana ;

1. Kurangnya perlawanan yang membabitkan Matyo ketika bersama JDT

2. Faktor gaji. Matyo dilaporkan meminta kenaikan gaji sehingga rm150,000 sebulan berbanding 80,000 sebulan, gaji terkini Matyo ketika bersama JDT.

Tambah TMJ lagi, "Pihak kami mempunyai polisi yang telus dan kita hanya akan mengambil pemain yang mahu bermain dan untuk mereka (pemain) yang tidak berminat (pentingkan duit), pintu kami sentiasa terbuka untuk mereka keluar" memetik laporan NSTP.

Ceh..

Macam terer sangat nak demand sampai 150,000.


    “Yes, I will be joining ATM next season as I want to revive my career. I’ve been spending too much time on the bench (this season),” Norshahrul Idlan Talaha, more fondly known as Mat Yo, said last November in explaining his exit from JDT.

    No one can begrudge him for wanting to seek more playing time. But the Crown Prince of Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, better known as TMJ has a different story regarding Mat Yo’s departure.

    The New Straits Times today reported that the national striker had demanded a new salary of RM150,000 a month excluding allowances and bonuses for the new Malaysian League season. His previous salary with the team was RM80,000 per month.

    “We have a very transparent policy, we only sign up players who want to play for us, and for those who are not interested, our door is always open for them to leave,” TMJ was reported as saying.

    Mat Yo was out of form last season, often spending time on the bench as JDT won the Malaysian Super League. With that in mind, one would think that not many would agree to him having that big a salary hike. Nor would anyone at JDT miss him either! – mD

Sumber : sozcyili.blogspot.com

Wednesday, January 21, 2015

Pergaduhan Di Kalangan Peniaga, i-City Tutup Sementara Operasi

Pusat pelancongan popular i-City telah menutup operasinya di Leisure Park @ i-City selama tiga hari bagi memprotes peningkatan jumlah peniaga haram di premisnya.
Penutupan tiga hari bermula pada Selasa, ekoran pertelingkahan di kalangan peniaga.


Pergaduhan Di Kalangan Peniaga, i-City Tutup Sementara Operasi, info, terkini, berita, i-City ditutup

Keputusan itu dijangka menyebabkan pemaju  i-City,  i-Berhad menelan kos kerugian jutaan ringgit.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata keputusan itu adalah langkah dalaman untuk merancang tindakan yang sesuai terhadap aktiviti perniagaan secara haram.

"Kegiatan kumpulan peniaga haram giat dijalankan sejak beberapa bulan lalu sehingga ke tahap ia bukan sahaja melibatkan perniagaan secara haram, tetapi juga mula memberi kesan kepada keselamatan awam.

"Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berterusan kerana imej Leisure Park @ i-City sebagai tarikan pelancongan yang selamat dan terjamin akan menerima kesan buruk," katanya.

Leisure Park adalah sebuah pusat hiburan keluarga yang terletak di tanah berkeluasan 10 hektar tanah dan mempunyai empat tema utama -City of Digital Lights, SnoWalk, Waterworld dan FunWorld.

Ia menarik sehingga 90,000 pengunjung ke lokasi ikoniknya termasuk muzium lilin, Red Carpet, Space Mission dan juga Trick Art Museum.

Para peniaga telah didakwa 'memaksa' pelawat untuk membeli barang perhiasan pada harga yang mahal di dalam premis i-City.

Marahkan peniaga, beberapa pelancong membuat laporan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

i-City kemudian meningkatkan keselamatan tetapi para pengawal diugut dan dikasari oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian terbaru, pengurus taman Gan Choon Kui membuat laporan polis pada 18 Januari selepas dia telah diancam oleh peniaga-peniaga di dalam bilik keselamatan kerana merampas barangan yang dijual secara haram.

Sebagai langkah sementara, keselamatan telah ditingkatkan tetapi Eu menegaskan bahawa kuasa penguatkuasaan berada di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam dan polis.

"Kita tidak boleh mengambil ringan isu ini kerana keyakinan pelabur akan terjejas. - mStar Online