
Kepulangan Fernando Torres ke Atletico Madrid menerusi pinjaman dari AC Milan berjaya menarik lebih 45,000 penyokong kelab itu untuk hadir pada hari pengenalan pemain itu di Stadium Vicente Calderon pada Ahad.
Penyerang berusia 30 tahun itu kembali ke kelab zaman remajanya menerusi pinjaman selama enam bulan selepas menempah nama di Liverpool dan Chelsea.
Walaupun penyerang Sepanyol itu hanya menjaringkan satu gol dalam 14 perlawanan...