Pasukan penyelam tentera laut Indonesia membawa keluar perakam data penerbangan milik pesawat AirAsia QZ8501 dari dasar Laut Jawa pagi Isnin, kata pegawai kerajaan.
"Pagi ini saya mendapat laporan rasmi daripada jawatankuasa keselamatan pengangkutan nasional. Kita berjaya mengangkat bahagian kota hitam yang merupakan perakam data penerbangan pada pukul 7.11 pagi (waktu tempatan)," kata Fransiskus Bambang Soelistyo, ketua agensi mencari dan menyelamat pada sidang media.
"Kita sedang berusaha mencari perakam suara kokpit."
Pesawat QZ8501 hilang dari radar pada 28 Disember lalu, dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Pesawat itu terhempas di Laut Jawa dan mengorbankan kesemua 162 penumpang dan anak kapal. - REUTERS