Cantik memang cantik bila Sharifah Sakinah menyarungkan busana pengantin berwarna putih siap dengan veil di kepala. Kalau orang kata adik kepada Sharifah Shahira ini dah berkahwin hujung minggu lepas pun kami percaya sebab aura pengantinnya memang menyerlah.
Tapi rupa-rupanya foto yang dikongsikan Sakinah di Instagram adalah hasil daripada pre-wedding photoshoot yang diambil oleh jurugambar Amir Naufal Photography.
Namun apa yang menjadi perbualan hangat di ruangan komen Instagram Sakinah ialah baju pengantin tersebut disifatkan terlampau seksi oleh sesetengah orang dan tak sesuai dipakai Sakinah.
Sekadar informasi, Sakinah memakai beberapa jenis busana pengantin yang direka oleh Khoon Hooi pada sesi fotografi pra-perkahwinannya.
Kami rasa Sakinah lagi kental berdepan benda-benda macam ni. Bukannya sekali dua dia diritik kerana berpakaian mendedahkan badan, tapi tak sedikit pun memberi kesan emosi kepada pelakon ini.
Apapun, kami nak share dengan anda foto-foto pre-wedding Sakinah yang cantik ni. Effortless beauty katanya.
Sumber : ohbulan.com