Showing posts with label salma mentor. Show all posts
Showing posts with label salma mentor. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Salma Mentor Nikah Kali Kedua

Akhirnya, juara Mentor 5 Salma dan kekasihnya, Azri AF9 selamat bergelar suami isteri kelmarin. Ini adalah perkahwinan kedua buat Salma di mana perkahwinan pertamanya dulu dia telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.


Salma Mentor Nikah Kali Kedua , info, terkini, hiburan, sensasi, salma mentor

Pernikahan tersebut yang berwakil walikan bapa Salma telah diadakan di Masjid Al Kautsar, Tawau Sabah.

Pihak perempuan menerima mas kahwin bernilai RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM10,000 termasuk tujuh dulang hantaran.

"Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar. Jujurnya, tidak ada perancangan rapi untuk majlis kami kerana selepas Azri melamar dan masuk meminang, saya dan keluarga terus terima," ujar Salma melalui Media Hiburan.

"Anak Salma memanggil saya Papa," ujar Azri pula.

Tahniah diucapkan buat mereka berdua!

Sumber : myartis.com