Showing posts with label zalif sidek. Show all posts
Showing posts with label zalif sidek. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

Punca Zalif Sidek Tinggalkan MIG

Jika sebelum ini Yana Samsudin dengan rela hati meninggalkan MIG dan menguruskan kariernya sendiri, kini tiba pula giliran pelakon Zalif Sidek berhenti bernaung di bawah Metrowealth Movies Production (MIG).


Punca Zalif Sidek Tinggalkan MIG, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zalif sidek

Mengakui menamatkan kontrak bersama MIG Disember lalu, selepas empat tahun bersama syarikat penerbitan tersebut, Zalif Sidek berkata, tiba masanya dia membawa haluan sendiri.

Meskipun produksi milik Mejar (K) David Teo itu pernah berdepan kontroversi bayaran tidak setimpal, namun bagi Zalif pengundurannya dari MIG bukanlah kerana isu tersebut.

“Saya akui ketika di awal penglibatan saya sebagai pelakon memang saya mendapat bayaran yang rendah. Lagipun siapalah saya ketika itu, tetapi MIG satu-satunya syarikat yang memberi peluang kepada saya sehingga dikenali hari ini”

“Malah selepas empat tahun, saya sendiri terkejut apabila mendapat bayaran yang agak tinggi dan di luar jangkaan saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengapa dia tidak menyambung kontrak bersama MIG, jelas Zalif, ia tiada kaitan dengan sebarang isu atau hubungan kurang baik yang timbul bersama syarikat berkenaan.

“Keluarnya saya dari MIG adalah selepas perbincangan bersama dengan David. Dia sendiri memberi peluang kepada mana-mana artis untuk bergerak sendiri jika telah bersedia.

“Saya yakin, kerjaya bersama MIG masih ada memandangkan beliau sendiri sudah memberitahu akan terus menawarkan projek kepada saya selepas ini,” jelasnya.

Sumber : rotikaya.com