Showing posts with label zizan razak. Show all posts
Showing posts with label zizan razak. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Emma dan Zizan hanya sekadar rakan

Aktres jelita Emma Maembong menjelaskan bahawa dia dan pelakon dan pelawak popular Zizan Razak tidak menjalin hubungan cinta lagi dan mereka kini hanya sekadar rakan biasa sahaja.


Emma dan Zizan hanya sekadar rakan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, emma maembong

"Memang kami sudah tak ada apa-apa lagi. Apabila saya dedahkan sudah putus, kami tak pernah sambung semula," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut aktres berusia 23 tahun itu lagi, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Zizan bukan kerana isu kereta Ferrari, namun dia enggan mendedahkan punca sebenar.

"Tak perlulah saya ceritakan secara terperinci apa yang berlaku, tapi isu kereta Ferrari atau Zizan boros bukanlah sebab hubungan kami berakhir.

"Saya berdiam diri sebab tak mahu hal ini jadi lebih keruh dan memberikan persepsi buruk kepada saya pula sedangkan orang luar tak tahu cerita yang sebenar.

"Dalam hati saya memang sudah tidak ada lagi tempat untuk dia selepas macam-macam hal berlaku, tapi macam saya cakap tadi, ia terlalu peribadi untuk diceritakan."

Dalam pada itu, Emma juga enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan Zizan mempunyai hubungan dengan seorang pegawai atasan stesen televisyen.

"Kalau mengenai kisah peribadi dia, saya tak nak ulas apa-apa. Sama ada betul atau tidak itu hal mereka, saya tak terbabit.

"Saya hanya nak jaga kerja dan diri saya saja sekarang. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Kalau saya bercakap banyak pun orang akan salah anggap pada saya."

Sumber : tupai.com.my

Wednesday, February 11, 2015

Pembekuan Akaun: Bekas Pengurus Zizan Razak Perlu Bayar RM20,000

Hasrat bekas pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki untuk menghalang pembekuan akuan syarikat pengursan artis Wire Fame Entertainment Sdn Bhd gagal sebaliknya wanita berkenaan perlu membayar kos sebanyak RM20,000.


Bekas Pengurus Zizan Razak Perlu Bayar RM20,000, info, terkini, hiburan, sensasi,gosip, kontroversi, zizan razak, kontroversi zizan dan marina juki,


Hakim Datuk John Louis O'Hara dalam keputusannya mengarahkan Marina selaku plantif membayar kos mahkamah kepada Maybank Islamic Berhad (Maybank Islamic) sebanyak RM10,000 selaku defenden pertama dan jumlah serupa kepada Zizan sebagai defenden kedua.

John Louis sebelum itu membenarkan permohonan Zizan untuk membatalkan saman bekas pengurus pelawak itu berhubung pembekuan akaun syarikat berkenaan selepas pihak plaintif gagal untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Wire Fame Entertainment Sdn Bhd selaku defendan ketiga seperti mana diperuntukkan mengikut Seksyen 181 A (1) Akta Syarikat 1965.

Plaintif juga gagal membuktikan penderitaan yang ditanggung akibat pembekuan akaun berkenaan seperti mana didakwa kepada mahkamah bagi mengukuhkan kes berkenaan.


Bekas Pengurus Zizan Razak Perlu Bayar RM20,000, info, terkini, hiburan, sensasi,gosip, kontroversi, zizan razak, kontroversi zizan dan marina juki,
Bekas pengurus, Marina Juki.

Marina pada 30 September 2014, memfailkan saman ke atas Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Ab. Razak, 31, Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) dan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd defendan ketiga.

Terdahulu pada 14 Januari lalu, Marina berjaya memperoleh perintah injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar.

Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu dikeluarkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini.


Sumber : mstar.com.my

Saturday, February 7, 2015

Gambar Fazura Dan Zizan Keluar Bersama Selepas Kontroversi MLM2014

Pelbagai spekulasi muncul kononnya selebriti paling berpengaruh di Malaysia iaitu Fazura dan Zizan Razak sedang bergaduh gara-gara penyingkiran kumpulan Virus dari pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Lebih-lebih lagi pernah muncul gosip ‘Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak Yang Berlagak‘. Peminat pun dah pening apa sebenarnya yang terjadi antara mereka. Rasanya mereka telah berdamai setelah ‘Zizan Razak Muat Naik Permohonan Maaf Di Instagram‘.


Gambar Fazura Dan Zizan Keluar Bersama, Kontroversi MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura


Alahai, dah macam pasangan bercinta la pulak setelah melihat gambar mereka keluar bersama. Dimana Emma Maembong? Opss! Apa pun kami sebagai peminat gembira dengan tindakan bijak mereka untuk berdamai walaupun hakikatnya mereka bukan bergaduh pun. Media sosial sahaja yang suka menambah-nambah cerita termasuk lah Gosip Malaysia.


Gambar Fazura Dan Zizan Keluar Bersama, Kontroversi MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Gambar Fazura Dan Zizan Keluar Bersama, Kontroversi MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura


    Zizan Razak – Makan gelak makan gelak #LovenotHate #FAZURA #ZIZANRAZAK #ZIZAN

    Fazura – Makan. Gelak. Makan. Gelak. @zizanrazak869 #LovenotHate

Gambar ini dimuatnaik oleh mereka berdua serentak, pada masa yang hampir sama pada 4 Februari 2015

Justeru, buat keyboard worrior sudah-sudah la tu nak lagakan mereka berdua sedangkan hubungan persahabatan mereka baik-baik sahaja.

Sumber : gosipmalaysia.com

Thursday, January 29, 2015

Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang bakal berlangsung pada 22 Feburari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, menerima pencalonan dalam kategori Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP,  Fesyen MeleTOP dan Bintang Online MeleTOP.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak
Zizan Razak menerima lapan pencalonan Anugerah Meletop Era 2015.

 
Zizan juga turut tercalon menerusi dua lagi kategori gandingannya bersama Kaka Azraff iaitu dalam kategori Lagu MeleTOP (Infiniti Cinta) dan Duo/Grup MeleTOP.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapatkan komen Zizan berhubung pencalonan itu gagal selepas dia meninggalkan majlis selepas selesai sidang media diadakan.

Sementara itu, pengacara Datuk AC Mizal menerima tiga pencalonan menerusi tiga kategori iaitu Hos TV MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Antara calon lain yang turut bertanding adalah Zul Ariffin, Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Aaron Aziz, Amar Baharin dan Nora Danish.

AME 2015 memperlihatkan sebanyak 16 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) selain memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Kembali untuk tahun kedua, AME 2015 bertujuan mengiktiraf dan menghargai bakat dan karya kreatif para selebriti yang banyak menyumbang dala industri seni hiburan tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital serta serantau.

Anugerah ini juga memberi kuasa sepenunya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang diperkenalkan.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak
Pengacara dan para artis yang bakal bertanding dalam Anugerah Meletop Era 2015.

 
Bertemakan 'Yang Hit, Yang Legend', AME 2015 bakal disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Sementara itu, AME 2015 bakal mengandingkan lima hos iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan & Johan).

Bagi acara karpet merah pula akan dihoskan oleh Jihan Muse, Ray (Era) dan Dahlia (Hlive).

Pada malam itu, para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan oleh barisan artis popular tanah air dan dua persembahan dari artis antara bangsa.

Bagaimanapun buat masa ini pihak Astro merahsiakan barisan artis tersebut sebagai kejutan.

Peminat yang ingin mengundi artis kegemaran mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara-cara mengundi dengan melayariwww.meletop.com.my atau www.facebook.com/meletop.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AME 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi - Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari - Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
5) Malaikat - Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Sumber : mstar.com.my

Wednesday, January 28, 2015

MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar

Isnin lalu kecoh mengenai status Twitter Fazura yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Zizan pada Maharaja Lawak Mega 2014 minggu lalu.


MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Peminat yang sememangnya mengikuti pertandingan itu bersetuju dengan pendapat Fazura malah mendesak Zizan memohon maaf secara terbuka kepada Fazura. Terbaru, Fazura tampil menjawab isu status Twitter tersebut.

MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Memetik laporan Mangga Online, Fazura menganggap tindakan Zizan mencelah semasa dirinya memberikan komen sebagai tidak wajar dan tidak serius. Malah status itu turut ditujukan buat kumpulan Virus itu sendiri.

    Saya tak tujukan kepada Zizan sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen.

    Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukanlah mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri.

    Saya dan Zizan adalah kawan tetapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak.


MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Pada masa sama Fazura merasakan tugas sebagai seorang juri amat mencabar. Menurut Fazura, cabaran paling besah adalah untuk tidak memberi dua bintang kepada sesuatu persembahan.

    Kalau orang ramai meletakkan ‘dua bintang’ itu ke atas bahu saya seorang sahaja, itu tidak wajar. Kerana itu adalah pendapat saya sebagai juri. Jangan menyalahkan penjurian itu kepada seorang juri sahaja. Tidak sememstinya pendapat saya itu sama seperti orang lain.

    Pemakaian kostum, kesungguhan dan props semuanya diambil kira. Ini kerana hadiah wang tunai RM500 ribu itu satu jumlah yang besar.


MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Terdahulu Zizan telah momohon maaf di laman Instagram mengenai sikapnya di MLM minggu lalu. Harap Zizan boleh kembali fokus di separuh akhir MLM minggu ini.


Sumber : ohbulan.com

Thursday, January 8, 2015

Beri saya ruang sekejap - Zizan Razak

Usaha mendapatkan reaksi Zizan Razak mengenai perpisahannya dengan Emma Maembong berjaya diperoleh malam tadi.

Beliau hadir menonton pementasan malam akhir Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta di Istana Budaya.

Sebelum itu usaha mendapatkan kenyataannya menerusi telefon tidak berjawab. Ruang pertemuan empat mata di Istana Budaya dimanfaatkan sebaik mungkin.


terkini, hiburan, sensasi, zizan razak, gossip, kontroversi

"Saya tak nak komen apa-apa. Saya tak selesa lagi memberi kenyataan. Beri saya ruang sekejap.

"Apa-apa saya akan beritahu kemudian. Cuma buat masa sekarang saya tak merancang untuk memberi apa-apa komen.

"Saya tahu awak buat kerja (merujuk kepada wartawan). Setakat ini memang saya tak boleh jawab apa-apa. Saya ok," katanya yang ternyata mahu mengelak memberikan reaksi perpisahan yang diumumkan Emma Maembong.


Di saat kisah peribadinya menjadi perhatian pada awal tahun baharu 2015, kesnya dengan bekas syarikat turut berjalan saat ini di mahkamah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Zizan diuji dengan dugaan demi dugaan. Akuinya beliau percaya semua ini aturan daripada Yang Maha Esa.

"Saya percaya semua ini terjadi ada hikmah tertentu. Apa yang baik atau sebaliknya semua kehendak-Nya.

"Yang buruk itu datangnya daripada saya dan baik itu daripada-Nya. Kita manusia harus kuat melaluinya," katanya.

Mengenai kes mahkamahnya dengan bekas syarikat pengurusan, beliau memberitahu mahu cari jalan penyelesaian terbaik.

"Kalau boleh saya tak nak panjangkan cerita. Kita nak selesai cari baik tapi pihaknya (bekas pengurusan) masih nak bawa hal ini ke mahkamah.

"Ada perkara sulit dan peribadi yang tak boleh saya cerita. Dulu masa buka syarikat bersama-sama tak heboh pun jadi kenapa timbul hal begini perlu dikecohkan.

"Saya tak berhak cakap lebih. Ikut saja cakap yang lebih arif iaitu pihak peguam," katanya.

Sumber : bharian.com.my

Tuesday, January 6, 2015

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?

Ini merupakan kali kedua kisah perpisahan Emma Maembong dan Zizan Razak dipaparkan di dada media dalam masa tiga minggu dan kali ini ianya nampak seakan hubungan mereka seperti tidak dapat diselamatkan lagi dengan pihak perempuan sudah tawar hati — khabarnya.

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Utusan Malaysia semalam menulis yang Emma Maembong sendiri meminta kepada Zizan Razak supaya hubungan mereka tidak diteruskan lagi dan pelakon itu sendiri boleh dilihat terbang bercuti ke Pattaya, Thailand bersama rakan rakan untuk menenangkan hati.

Menerusi Instagram beliau juga, Emma Maembong memuat naik klip lagu berjudul Already Gone nyanyian Kelly Clarkson yang ramai sedia maklum lagu rasmi untuk mereka yang sedang patah hati dengan kekasih yang tidak menghargai. Cewah.

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Apa pun kami berharap khabar angin ini sekadar khabar angin dan Emma Maembong juga Zizan Razak sendiri boleh mencari jalan damai jika ada masalah antara kalian. Sayang kasih yang dibina bertahun jika terlerai begitu sahaja. Peminat pasti menangis.

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Sumber : rotikaya.com