Showing posts with label Emma dan Zizan hanya sekadar rakan. Show all posts
Showing posts with label Emma dan Zizan hanya sekadar rakan. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Emma dan Zizan hanya sekadar rakan

Aktres jelita Emma Maembong menjelaskan bahawa dia dan pelakon dan pelawak popular Zizan Razak tidak menjalin hubungan cinta lagi dan mereka kini hanya sekadar rakan biasa sahaja.


Emma dan Zizan hanya sekadar rakan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, emma maembong

"Memang kami sudah tak ada apa-apa lagi. Apabila saya dedahkan sudah putus, kami tak pernah sambung semula," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut aktres berusia 23 tahun itu lagi, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Zizan bukan kerana isu kereta Ferrari, namun dia enggan mendedahkan punca sebenar.

"Tak perlulah saya ceritakan secara terperinci apa yang berlaku, tapi isu kereta Ferrari atau Zizan boros bukanlah sebab hubungan kami berakhir.

"Saya berdiam diri sebab tak mahu hal ini jadi lebih keruh dan memberikan persepsi buruk kepada saya pula sedangkan orang luar tak tahu cerita yang sebenar.

"Dalam hati saya memang sudah tidak ada lagi tempat untuk dia selepas macam-macam hal berlaku, tapi macam saya cakap tadi, ia terlalu peribadi untuk diceritakan."

Dalam pada itu, Emma juga enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan Zizan mempunyai hubungan dengan seorang pegawai atasan stesen televisyen.

"Kalau mengenai kisah peribadi dia, saya tak nak ulas apa-apa. Sama ada betul atau tidak itu hal mereka, saya tak terbabit.

"Saya hanya nak jaga kerja dan diri saya saja sekarang. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Kalau saya bercakap banyak pun orang akan salah anggap pada saya."

Sumber : tupai.com.my