Tuesday, January 6, 2015

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam bagi Lulusan SPM,PMR & Ijazah


Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam bagi Lulusan SPM,PMR & Ijazah, info, terkini, berita, peluang kerja, peluang pekerjaan, SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri : Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat Setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu untuk jawatan kosong berikut:

Lulusan Ijazah
1.       Perangkawan Gred E41 ( 10 Kekosongan)

Lulusan SPM
1.         Pegawai Imigresen Gred KP17  (175 Kekosongan)
2.         Pembantu Laut Gred A17 (11 Kekosongan)
3.         Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Kesihatan) (1767 Kekosongan)

Lulusan PMR
1.       Pemandu Kenderaan Gred H11 (100 Kekosongan)
2.       Latihan Separa Perubatan  Bertaraf Sijil (206 Kekosongan)


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Januari 2015


Mohonlah secara online di portal SPA 

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Maklumat lanjut jawatan kosong SPA boleh didapati disini.

Siapa Fazura Maksudkan Ryan Gosling Dalam Facing Up To Fazura?

Ada saja isu yang cuba dicetuskan aktres Nur Fazura di dalam episod keempat program realitinya, Facing Up To Fazura yang diterbitkan E! News Asia.


Siapa Fazura Maksudkan Ryan Gosling, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, fazura, facing up to fazura

Terbaru, Fazura dikatakan telah menyebut Ryan Gosling (aktor Hollywood) sebagai kekasihnya dan lelaki itu pula dikatakan telah melukakan hatinya. Malah, Fazura juga menyebut bahawa Ryan Gosling kini sibuk menghamilkan perempuan-perempuan lain.

Well, dalam dunia realiti, Ryan Gosling telah hamilkan Eva Mendes tetapi bukan perempuan-perempuan lain. So, siapakah yang Fazura maksudkan sebagai Ryan Gosling di dalam Facing Up To Fazura.

Adakah ianya ditujukan kepada sesiapa yang mirip dengan Ryan Gosling? Well..Well...Hanya Fazura saja yang mampu menjawabnya....

Anyway korang rasa siapa yang Fazura maksudkan sebagai Ryan Gosling...

Sumber : murai.com.my

Hanis Zalikha: Terima Kasih Kerana Sudi Memperisterikan Saya

Tidak melampau jika kami katakan yang ada maklumbalas dari peminat berkenaan lamaran Hairul Azreen mengatakan Hanis Zalikha seakan terpaksa memberikan kata putus di atas pentas kerana tidak mahu menjatuhkan air muka pelakon lelaki itu.

Perempuan mana pun akan terkejut dan terkelu lidah untuk berkata kata jika lamaran datang tiba tiba lebih lagi jika ianya dilakukan dalam siaran langsung program televisyen untuk tatapan ratusan tibu penonton Gegar Vaganza malam tadi.

Seakan menjawab maklumbalas orang ramai itu, Haniz Zalikha memuatnaik sebuah klip audio di akaun Instagram beliau mengandugi bait bait perbualan bersama ibunya yang antara lain pelakon dan pengacara ini mengakui memang mencintai Hairul Azreen.

“Assalamualaikum semua. I am still replying to my friends and family yang sama-sama terkejut dengan berita baik ini. I am still in bed and Mama is here with me while everyone is still calling her to congratulate and how does a daughter feel eh dengar mak dia sungguh-sungguh merestui pilihan hatinya? Alhamdulillah atas segalanya”

“Terima kasih kerana dahulukan keluarga saya Hairul Azreen. InsyaAllah, dengan izin Allah, thank you (sudi memperisterikan saya),” tulis Hanis Zalikha.

Suka kami lihat pasangan ini yang akhirnya mengaku sebagai pasangan kekasih dan bakal dirikan rumahtangga bersama tidak lama lagi. Tahniah kami dahulukan!

Hanis Zalikha, hairul azreen, info, terkini, hiburan, sensasi,

Hanis Zalikha, hairul azreen, info, terkini, hiburan, sensasi,

Sumber : rotikaya.com

Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta

Bukan mahu mengungkit kisah lama namun khabar angin yang Neelofa menerima lamaran dari kerabat tertentu masih menjadi tanda tanya dan bualan ramai walaupun sudah berkali kali pelakon juga pengacara ini memberikan kenyataan seakan menafikan perkara itu.

Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta , info, terkini, hiburan, neelofa, isu neelofa dilamar kerabat diraja,

Dalam temubual terbaru bersama Utusan Malaysia, Neelofa sekali lagi mengulasi pendirian untuk tidak terus menjawab apa apa soalan berkaitan kisah cintanya lebih lebih lagi soal lamaran dari istana yang didakwa telah diterima tidak berapa lama dulu.

“Kalau orang hendak anggap ada lamaran ke, hendak berkahwin ke, apa sekalipun biarlah mereka kekal dengan tanggapan mereka sahaja, saya tidak berhak untuk mengubah apa-apa. Yang Lofa tahu, untuk lebih selamat, baiklah Lofa sendiri ambil pendirian untuk kunci mulut. Saya hanya boleh cakap, saya tidak ada kata-kata untuk diungkapkan tentang itu,” ujarnya.

Neelofa menambah soal kehidupan peribadi lebih lebih soal kahwin beliau lambat laun akan juga diketahui umum kerana statusnya sebagai seorang selebriti namun sehingga hari itu tiba, beliau mahu lebih fokus kepada cita cita peribadi dan kerjaya.

“Buat masa sekarang, perkahwinan saya yang sebenar-benarnya adalah dengan bisnes dan juga keluarga. Usah bertanya lagi soal pelik-pelik yang lain ya,” tambahnya.


Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta , info, terkini, hiburan, neelofa, isu neelofa dilamar kerabat diraja,

Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta , info, terkini, hiburan, neelofa, isu neelofa dilamar kerabat diraja,

Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta , info, terkini, hiburan, neelofa, isu neelofa dilamar kerabat diraja,

Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta , info, terkini, hiburan, neelofa, isu neelofa dilamar kerabat diraja,

Sumber : rotikaya.com

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?

Ini merupakan kali kedua kisah perpisahan Emma Maembong dan Zizan Razak dipaparkan di dada media dalam masa tiga minggu dan kali ini ianya nampak seakan hubungan mereka seperti tidak dapat diselamatkan lagi dengan pihak perempuan sudah tawar hati — khabarnya.

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Utusan Malaysia semalam menulis yang Emma Maembong sendiri meminta kepada Zizan Razak supaya hubungan mereka tidak diteruskan lagi dan pelakon itu sendiri boleh dilihat terbang bercuti ke Pattaya, Thailand bersama rakan rakan untuk menenangkan hati.

Menerusi Instagram beliau juga, Emma Maembong memuat naik klip lagu berjudul Already Gone nyanyian Kelly Clarkson yang ramai sedia maklum lagu rasmi untuk mereka yang sedang patah hati dengan kekasih yang tidak menghargai. Cewah.

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Apa pun kami berharap khabar angin ini sekadar khabar angin dan Emma Maembong juga Zizan Razak sendiri boleh mencari jalan damai jika ada masalah antara kalian. Sayang kasih yang dibina bertahun jika terlerai begitu sahaja. Peminat pasti menangis.

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Semuanya Kini Berakhir?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, zizan dan emma putus, zizan razak, emma maembong

Sumber : rotikaya.com

Bukan Mahu Menggatal, Ifa Raziah Terkilan Teguran Rosyam Nor

Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah terkilan dengan komen diberikan salah seorang juri program Gegar Vaganza iaitu Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan persembahannya pada peringkat akhir itu tidak sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.
 

Bukan Mahu Menggatal, Ifa Raziah Terkilan Teguran Rosyam Nor, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, ifa raziah, gegar vaganza, rosyam nor
Ifa dikritik oleh peminat termasuk juri program Gegar Veganza, Datuk Rosyam Nor ekoran persembahannya yang turut menampilkan aktor Hisyam Hamid dianggap keterlaluan.
 
 
Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, sebagai seorang pelakon berpengalaman Rosyam sepatutnya sedar adegan peluk yang dilakonkan bersama aktor Hisyam Hamid menerusi lagu Matahari adalah sekadar lakonan semata-mata.

"Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.

"Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.


Bukan Mahu Menggatal, Ifa Raziah Terkilan Teguran Rosyam Nor, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, ifa raziah, gegar vaganza, rosyam nor
Hisyam Hamid muncul ketika Ifa menyampaikan lagu Matahari.


"Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Gegar Vaganza menyaksikan penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pada acara yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini pada malam Ahad lalu.

Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmat (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Ifa mendapat tempat kelima dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Dalam rancangan itu, Rosyam menegur cara Ifa mempersembahkan aksinya dengan memeluk Hisyam.

Dalam pada itu, Ifa mengakui selepas menonton kembali persembahan tersebut dia menyedari terdapat beberapa kesilapan gerakan tarian bersama Hisyam yang membuatkan penonton kurang senang dengannya.


Bukan Mahu Menggatal, Ifa Raziah Terkilan Teguran Rosyam Nor, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, ifa raziah, gegar vaganza, rosyam nor
Ifa memberikan persembahan bertenaga biarpun kesihatannya terjejas.

Jelas Ifa, kesilapan tersebut berlaku disebabkan kurang konsentrasi dan tekanan akibat masalah teknikal yang berlaku pada persembahan sebelumnya.

"Sepatutnya selepas selesai menyanyi baharu saya angkat kaki dan menjatuhkan badan ke arah Histam tetapi saya tersilap dan pergerakan itu berlaku terlalu awal.
"Akibat tekanan saya tidak ingat apa yang berlaku di atas pentas dan memahami mengapa penonton kurang senang dan atas dasar itu saya ingin memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan ia bukan disengajakan," katanya.

Bagaimanapun kata Ifa, dia berharap penonton berfikiran positif selain dapat menilai persembahannya pada malam itu sebagai satu seni persembahan dan bukannya memikirkan perkara yang tidak elok kerana itu bukan niatnya.

Sementara itu, Ifa berkata, persembahan menerusi lagu nyanyian asal Agnes Monica itu berinspirasikan daripada filem Frozen yang memperlihatkan dia sebagai puteri yang diselamatkan oleh putera impiannya.

Jelas Ifa, adegan bersama Hisyam sebenarnya lebih kepada tarian balet dan kekangan waktu menjalani latihan turut menjadi penyebab aksi itu kelihatan keterlaluan pada sesetengah penonton.

"Kami hanya dapat bertemu untuk berlatih di bilik solek pada sebelah petang hari pertandingan dan dalam masa suntuk itu kami reka jalan cerita dan tarian bakal dipersembahkan.


Bukan Mahu Menggatal, Ifa Raziah Terkilan Teguran Rosyam Nor, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, ifa raziah, gegar vaganza, rosyam nor
Rosyam Nor
 
"Biarpun tidak cukup waktu namun saya hargai kesungguhan Hisyam yang profesional dan saya berpuas hati dengan komitmen diberikan pada malam itu," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ifa berkata, dia tidak terkilan gagal memenangi trofi juara program itu kerana dia sendiri tidak menyangka dapat melunaskan tanggungjawb pada malam itu kerana masalah kesihatan yang dihadapinya sejak beberapa minggu lalu.

Kata Ifa, biarpun doktor melarangnya daripada meneruskan persembahan namun dia tetap berkeras kerana tidak mahu menghampakan peminat yang sentiasa menyokong pembabitannya menerusi program tersebut.

"Jika hendak diikutkan memang saya tidak larat untuk membuat persembahan kerana masih mengalami batuk ekoran jangkitan paru-paru yang dihadapi sebelum ini namun saya gagahkan juga diri demi penyokong saya.

"Alhamdulillah biarpun tidak menang tetapi saya sudah membuktikan kepada semua bahawa saya bukan sekadar penyanyi dangdut tetapi boleh merentasi genre lain," jelasnya.

Pada 27 Disember lalu Ifa disahkan mengalami jangkitan paru-parunya atau pneumonia dan terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, dekat sini untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber : mstar.com.my