Friday, January 16, 2015

Gadis Ini Rela Tukar Agama Demi K-Pop

Seorang pengguna Facebook telah membuat satu status yang sangat luar biasa dengan menyatakan dengan jelas dirinya rela tukar agama demi artis k-pop.


Gadis Ini Rela Tukar Agama Demi K-Pop, info, terkini, berita, sensasi, gossip,

Nampaknya aura k-pop sangat kuat parah apabila ada segelintir para peminat muzik aliran itu sanggup memperjudikan agama.


Gadis Ini Rela Tukar Agama Demi K-Pop, info, terkini, berita, sensasi, gossip,

Sumber : katakcomel.my

Luahan Gadis Melayu Dipeluk Artis K-pop

Luahan Gadis Melayu Dipeluk Artis K-pop Yang Membuatkan Anda Nak Bagi Pelempang

Susulan peristiwa yang memalukan mengenai gadis melayu yang dipeluk dan memeluk artis Kpop perlbagai tomahan dan lemparan dibuat oleh segenap masyarakat

Luahan Gadis Melayu Dipeluk Artis K-pop, info, terkini, berita isu KPOP,

Tidak berakhir disitu sebuat printsreen yang tersebar mengatakan gadis yang bernama Norazlin Abd Wahid kelahiran Rompin ini telah meluahkan perasaan tentang isu beliau dipeluk artis kpop lihat printscreen dibawah:


Luahan Gadis Melayu Dipeluk Artis K-pop, info, terkini, berita isu KPOP,

Sumber : abanghensemm.blogspot.com

Polis Guna Semua Saluran Untuk Sirul Diekstradisi

Polis akan menggunakan semua saluran dan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk menyelesaikan masalah yang mungkin timbul jika Australia enggan mengekstradisi bekas komando Sirul Azhar Umar, yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Polis Guna Semua Saluran Untuk Sirul Diekstradisi, info, terkini, berita kes bunuh altantuya, Sirul Azhar Umar


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Malaysia tidak diberitahu secara rasmi tentang keputusan Australia seperti yang dilaporkan oleh Sydney Morning Herald.

Pada Khamis, akhbar itu melaporkan bahawa Australia tidak akan mengekstradisi bekas anggota polis itu kerana undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang yang dijatuhi hukuman mati dihantar pulang, melainkan individu tersebut tidak akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Sirul dilaporkan berada di Australia sejak bulan November.

Peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin berkata Sirul mungkin meninggalkan negara ini secara sah sebelum dia disabitkan membunuh Altantuya.

Beliau berkata pihak pendakwaan tidak memohon supaya Sirul direman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap pembebasannya.

Sirul, 42, menimbulkan tanda-tanya apabila gagal hadir di Mahkamah Persekutuan untuk mendengar keputusan terhadapnya kerana membunuh, dengan berita melaporkan bahawa dia berada di Australia. Turut menerima hukuman sama ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri, 38.

Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Kamarul berkata, beliau tidak berhubung dengan anak guamnya sejak Jun tahun lalu, kira-kira seminggu selepas pendengaran di Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata anak guamnya adalah seorang yang bebas dalam tempoh Mahkamah Rayuan membebaskannya dan apabila Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan itu.

"Dia juga tidak perlu menyerahkan apa-apa dokumen, ditahan direman atau diletakkan di bawah jagaan tanpa sebab yang bertentangan dengan Perlembagaan," kata Kamarul.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan boleh memohon menggunakan Seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk menahan anak guamnya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan, katanya.

"Tetapi pihak pendakwaan tidak menggunakan undang-undang itu yang biasanya digunakan terhadap orang asing, bukan rakyat Malaysia," katanya.

Timbalan Peguam Cara II, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah  mengesahkan bahawa pihak pendakwaan tidak menggunakan Seksyen 56A.

Sumber : mstar.com.my

Tambang Bas Sekolah: Kenaikan Lima Peratus Tak Berbaloi - Pengusaha

Walaupun terdapat pengusaha bas sekolah yang mula menaikkan tambang sebanyak lima hingga 20 peratus, masih ada dikalangan mereka masih ragu-ragu mengenai kadar baharu yang berkuat kuasa pada bulan ini.


Tambang Bas Sekolah: Kenaikan Lima Peratus Tak Berbaloi, info, terkini, berita isu tambang bas sekol


Presiden Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM), Amali Munif Rahmat berkata, jumlah kenaikan tersebut didakwa masih menimbulkan persoalan dikalangan pengusaha sama ada ia cukup untuk menampung kos operasi mereka untuk jangka masa panjang atau sebaliknya.

Namun, beliau berpendapat kenaikan sebanyak lima peratus adalah tidak berbaloi dan masih tidak mencukupi untuk menampung peningkatan pelbagai kos yang terpaksa ditanggung pengusaha.

"Sebagai contoh kalau tambang RM40 kemudian dinaikkan sebanyak lima peratus, pengusaha hanya naik sebanyak RM2 sahaja. Tapi adakah kenaikan itu berbaloi untuk menampung kos operasi bagi jangka masa panjang?

"Bagi saya ia tidak berbaloi kerana jumlah tersebut terlalu kecil. Malah ia tidak cukup untuk menampung kerugian yang terpaksa ditanggung akibat peningkatan kos operasi sejak 2012," katanya kepada mStar Online.

Meskipun ada pihak yang mempertikaikan kenaikan itu memandangkan harga minyak turun pada ketika ini, Amali Munif berkata, pengusaha hanya mendapat subsidi diesel sebanyak 4.9 sen seliter dengan harga di pam adalah RM1.93.

“Sekarang kami hanya dapat subsidi sebanyak 4.9 sen. Sebelum ini kerajaan juga menarik balik subsidi minyak bas sekolah sebanyak 40 sen seliter iaitu 20 sen pada September 2013 dan selebihnya pada tahun lalu. Penarikan subsidi ini menyebabkan kos bahan bakar bertambah mengikut saiz bas digunakan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah kenaikan adalah bergantung kepada budi bicara pengusaha mengikut kawasan masing-masing kerana mereka dilarang menetapkan struktur tambang bersama.

"Sekarang terpulang kepada pengusaha untuk menentukan tambang mereka secara bebas. Kita tidak boleh tetapkan kadar tambang bersama kerana ia bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010," katanya.

Tambang Bas Sekolah: Kenaikan Lima Peratus Tak Berbaloi, info, terkini, berita isu tambang bas sekol

Amali Munif berkata, walaupun terdapat ura-ura akan berlaku kenaikan sehingga 50 peratus sebelum ini, pengusaha masih boleh bertolerasi dengan ibu bapa yang tidak inginkan kenaikan yang terlalu tinggi.

"Kami masih lagi ada sikap belas kasihan tapi kenaikan terpaksa dilakukan walaupun dalam jumlah yang kecil. Tidak sampai hati pula tetapkan harga yang terlalu tinggi memandangkan anak mereka adalah pelanggan tetap kami," katanya.

Kemelut tambang bas sekolah masih tidak bernoktah sehingga hari ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetap enggan memperkenalkan semula harga siling atau tambang harga asas yang sepatutnya menjadi garis panduan kepada pengusaha dalam menetapkan satu kadar yang munasabah.

Pada masa sama, Amali Munif berkata, pengusaha bas tetap menaikkan surcaj tambang bermula awal tahun ini selepas lebih lima tahun tambang bas sekolah tidak pernah dikaji semula.

"Kami berdepan situasi yang rumit. Jika tiada kenaikan dikhuatiri lebih banyak pengusaha yang gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos sedia ada," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Nurul Izzah Akhirnya Bercerai Talak Satu

Perkahwinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.


Nurul Izzah Akhirnya Bercerai Talak Satu, info, terkini, berita, kes perceraian Nurul Izzah
Perkahwinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Ismail berakhir selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pada Khamis.
 --fotoBERNAMA

Raja Ahmad Shahrir, 36, ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata, "Saya Raja Ahmad Shahrir Iskandar dengan ini menceraikan isteri saya, Nurul Izzah Anwar dengan talak satu mulai hari ini".

Nurul Izzah, 35, yang berdiri di sebelah peguamnya Nor Mawaddah Ramli kelihatan serius dan tenang selepas Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membenar dan mensabitkan jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.


"Selepas mendengar lafaz cerai dari pihak defendan (Raja Ahmad Shahrir) mahkamah berpuas hati bahawa lafaz tersebut adalah benar dan memberi kesan kepada ikatan perkahwinan.

"Mahkamah dengan ini mensabitkan jatuh talak satu kali pertama mulai hari ini, jam 4.17 petang ini, ke atas Nurul Izzah Anwar selaku plaintif," katanya yang turut memerintahkan Nurul Izzah beriddah tiga kali suci.

Terdahulu, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, memberitahu mahkamah bahawa, kedua-dua pihak bersetuju sekiranya mereka berkahwin lain, hak penjagaan anak tertakluk mengikut Seksyen 82 dan 83(a)

Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyatakan sekiranya isteri berkahwin dengan lelaki lain, hak penjagaan anak-anak boleh diserahkan kepada pihak suami.

Semasa ditemui media di luar mahkamah, Raja Ahmad Shahrir kelihatan sebak ketika diminta mengulas mengenai pengakhiran perkahwinannya dan berkata "sila bercakap dengan peguam saya".

Nurul Izzah pula pada mulanya enggan memberikan sebarang komen tetapi kemudiannya berkata "Thank you for respecting my privacy" (Terima kasih kerana menghormati privasi saya).

Azmi memberitahu media bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membuat tuntutan mutaah (bayaran saguhati wajib untuk isteri yang diceraikan), iddah dan harta sepencarian tetapi pihak defendan bersetuju untuk membayar nafkah kedua-dua anak sebanyak RM1,500 sebulan.

"Mengenai hak penjagaan terhadap kedua-dua anak; telah dipersetujui secara bergilir iaitu kedua-dua anak tersebut akan bersama dan bermalam dengan plaintif bermula pada hari Isnin, jam 8 malam sehingga Jumaat jam 6 petang.

"Manakala anak-anak tersebut akan bersama defendan bermula hari Jumaat jam 6 petang sehingga Isnin, jam 8 malam," katanya.

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak adalah secara bergilir tahun.

Bagi Hari Raya Aidilfitri tahun 2015, kedua-dua anak tersebut akan bersama dengan plaintif pada malam hari raya sehingga petang hari raya ketiga.

Defendan boleh mengambil kedua-dua anak tersebut pada petang hari raya ketiga di rumah plaintif.

Nurul Izzah, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai pada Dis 2013 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan, kini berumur lapan tahun, dan seorang anak lelaki kini berusia lima tahun.

Sumber : mstar.com.my

Sabah Nafi Mahu Tebus Kontrak Kim Swee

Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) menafikan laporan beberapa akhbar tempatan yang mendakwa mereka bersedia menebus baki kontrak bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencecah RM500,000.


Sabah Nafi Mahu Tebus Kontrak Kim Swee, info sukan, bola sepak, kim swee, spekulasi, sabah
Kim Swee terus mengunci mulut mengenai statusnya bersama Sabah.

Setiausaha Kehormat Safa, Alijus @ Mohd Ali Sipil berkata pihaknya tidak pernah mengadakan perbincangan dengan jurulatih berusia 44 tahun itu memandangkan beliau masih terikat dengan FAM sehingga Disember tahun ini.

"Kita memang berminat untuk dapatkan khidmat Kim Swee dalam pasukan Sabah namun kita perlu menghormati kontrak beliau dengan FAM.

"Kita tidak mahu membelakangkan FAM kerana kita merupakan ahli gabungan mereka...Sekiranya beliau sudah dibebaskan oleh FAM, baru kita akan mengadakan perbincangan dengan beliau (Kim Swee)," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menolak dakwaan bahawa badan induk itu bersedia untuk melepaskan Kim Swee kepada mana-mana pasukan.

"Saya telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa kita tetap akan terus menggunakan khidmat Kim Swee dan beliau akan meneruskan tugasnya membimbing skuad B-23 negara ke Sukan SEA Singapura, Jun ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kim Swee sedia mempertimbangkan tawaran daripada pasukan lain selepas FAM memutuskan untuk menggabungkan skuad Harimau Muda A dengan Harimau Muda B kendalian Razip Ismail pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia, Disember lepas.

Ekoran penggabungan tersebut, FAM membubarkan pasukan Harimau Muda A dan diganti dengan skuad Harimau Muda yang bakal menggalas cabaran negara pada Sukan SEA 2015 di Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.

Penghijrahan Kim Swee ke Sabah turut dihangatkan dengan ketiadaan PengarahTeknikal Sabah Rhino, George O'Callaghan pada sesi latihan skuad Sabah Rhino sejak beberapa hari lepas.

Beberapa laman sosial penyokong bola sepak Sabah turut mendakwa bahawa Kim Swee hadir pada aksi persahabatan antara pasukan berkenaan dengan Sarawak di Stadium Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching, minggu lepas.

Sebagai rekod, Kim Swee pernah beraksi bersama Sabah dari 1994 sehingga1998.

Antara kejayaan yang pernah diraih pengendali kelahiran Melaka itu sepanjang mengendalikan skuad Harimau Muda A adalah muncul juara Sukan SEA 2011 di Indonesia, juara Newspaper Cup pada 2012 di Vietnam serta Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Pahang.

Sumber : mstar.com.my