Monday, January 19, 2015

Cikgu Cantik Tinggi Lampai Ini Menjadi Viral di Internet

Musim persekolahan yang baru bermula menyaksikan ramai ibu bapa memuatnaik gambar dan video gelagat anak mereka, terutama yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah.

Cikgu Cantik Tinggi Lampai Ini Menjadi Viral di Internet, info, terkini, sensasi, viral,

Adik kecil yang dirakamkan dalam video ini adalah antara murid yang menceritakan pengalamannya di sekolah kepada bapanya.

Cikgu Cantik Tinggi Lampai Ini Menjadi Viral di Internet, info, terkini, sensasi, viral,

Apa yang lucu, dia mempunyai definisi tersendiri mengenai ‘cikgu yang baik’ dan ‘cikgu yang garang’.

Katanya, kalau cikgu garang, bunyinya begini: “Heiii duduk!” kalau cikgu baik pula: “Duduk sayanggg…”

Amboi, pandai kau dik…haha! –

Sumber : skoolmedia.blogspot.com

Maut terseret dirempuh kereta

Seorang pekerja kilang terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Tahana, Tampoi di sini, kelmarin.


Maut terseret dirempuh kereta, info, terkini, berita, ngeri, nahas jalan raya, kemalangan jalan raya,

Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa Saiful Nizam Sukaji, 20-an, meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai turut terseret sebelum dilanggar kereta dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di Kawasan Perindustrian Tampoi dipercayai terseret sebelum dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Tahana parah di kepala dan badan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.
 

Sumber : hmetro.com.my

Rangka manusia dijumpai di Taman Putera Jaya Telipok

Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui oleh sekumpulan pekerja pembersihan di kawasan semak berhampiran flat di Taman Putera Jaya Telipok dekat sini hari ini.


Rangka manusia dijumpai di Taman Putera Jaya Telipok, info, terkini, berita, sabah
Gambar Hiasan


Ketua Polis Daerah, Assistant Komisiner Polis M.Chandra berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Menggatal diketuai pegawai penyiasat Sub-Inspektor Sulaiman Rahmat yang menerima makluman orang awam mengenai penemuan itu, bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

“Rangka mayat itu ditemui oleh sekumpulan pekerja pada kira-kira jam 10.15 pagi ketika sedang melakukan kerja membersihkan kawasan semak berhampiran kawasan flat tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, anggota polis forensik yang melawat tempat kejadian mengesahkan mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu telah meninggal dunia lebih kurang 4 minggu lalu.

Chandra juga berkata bahawa tiada unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa disyaki menggantung diri berdasarkan terdapat seutas tali yang terikat pada dahan dan satu simpulan di tali tersebut berada di tempat kejadian,” katanya lagi.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi proses pengecaman mangsa.

Sumber : sayangsabah.com

KFC Perjelas Isu PErgaduhan Pekerja

Kecoh semalam dengan penyebaran rakaman video pergaduhan dua pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) di laman sosial. Berdasarkan status yang dipaparkan di laman rasmi Facebook kumpulan rangkaian makanan segera itu, mereka bergaduh mengenai masalah peribadi.


KFC Perjelas Isu PErgaduhan Pekerja, info, terkini, berita, sensasi

Status di laman itu juga menjelaskan pergaduhan itu berlaku di antara adik beradik. Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan. Jelasnya lagi, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.


“KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika bekerja, namun ia gagal dielakkan. Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi,” jelas Ling.

Menurutnya lagi, pihak syarikat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat. KFC sentiasa melatih kakitangan mengenai adab dan kelakuan ketika bertugas di restoran, namun insiden berkenaan jelas menunjukkan latihan itu tidak memadai.”

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut. Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang budak penghantar (delivery boy). Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi ‘flying kick’ kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan. Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Sebelum ini pada 2012, KFC pernah dilanda kontroversi apabila beberapa kakitangannya dirakam bergaduh dengan pelanggan yang menunggu pesanan.

Sumber : ammboi.com

Sunday, January 18, 2015

Rakaman Video Pekerja KFC Bergaduh Jadi Viral

Berdasarkan status yang dipaparkan di laman rasmi Facebook kumpulan rangkaian makanan segera itu,  mereka bergaduh mengenai masalah peribadi.


Rakaman Video Pekerja KFC Bergaduh Jadi Viral, info, terkini, berita, Gaduh Di KFC, sensasi

Status di laman itu juga menjelaskan pergaduhan itu berlaku di antara adik beradik.

Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan.

Ling menulis, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.

"KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika  bekerja, namun ia gagal dielakkan.

"Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi," jelas Ling.

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut.

Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang  budak penghantar (delivery boy).

Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi  'flying kick' kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan.

Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik pada petang Sabtu telah ditonton sebanyak 3,713 kali.


Rakaman video pergaduhan dua pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi viral di laman sosial.
Sumber : mstar.com.my

Jabatan Meteorologi Kesan Ribut Tropika Mekkhala

Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan ribut tropika kuat (Mekkhala), kira-kira 1,154 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah, jam 5 pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Kesan Ribut Tropika Mekkhala, info, terkini, berita, cuaca pelik, ribut tropika Mekkhala

Dalam amaran kategori ketiga, jabatan itu berkata ribut yang bergerak ke arah Barat-Barat Daya berkelajuan 15 kilometer sejam (kmsj) itu membawa angin kencang timur laut dengan kelajuan 60kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang dan Palawan dan dijangka berterusan sehingga Selasa (20 Januari).

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menurut satu kenyataan jabatan itu hari ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kategori kedua dengan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching , Labuan dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran untuk perairan di Malaysia bagi kategori kedua dengan angin kencang timur laut berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutun Labuan juga berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut jabatan itu, keadaan itu selain berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai juga akan menyebabkan kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Isnin ini (19) Januari).

Jabatan Metereologi juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan).

Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga Selasa (20 Januari) dan keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, jabatan itu turut menjangkakan ribut petir di perairan Sarawak (Kuching, Mukah dan Bintulu) sehingga lewat pagi ini yang disertai angin kencang berkelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 4.5m dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai.

Keadaan yang sama dijangka turut berlaku di perairan Selangor dengan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5m. – BERNAMA