Thursday, January 29, 2015

Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.


Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, isu zamani, kes dadah zamani slam

Bagi pertuduhan pertama, Zamani, 43, dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, didakwa bersama-sama memiliki 1.2 gram heroin di No. 31, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, Hulu Langat kira-kira pukul 12.30 pagi, 21 Jan lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu juga didakwa telah mengambil dadah jenis morfin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira 2 pagi pada tarikh sama.

Nur Juliana pula didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine kira-kira pukul 2.05 pagi di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan itu.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid menawarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan tetapi peguam Che Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Zamani dan Nur Juliana berkata jumlah itu sangat tinggi.

Che Ahmad Zaharil berkata kedua-dua tertuduh telah mendaftar di Rumah Pengasih, iaitu pusat pemulihan dadah pada 24 Jan lepas.

"Saya percaya mereka akan hadir ke mahkamah. Mereka sekarang dalam proses rawatan oleh itu pendapatan mereka agak berkurangan. Pohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000," katanya.

Isu penahanan Zamani sebelum ini menjadi kontroversi selepas tersebar video dia disuruh menyanyi lagu Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari ketika di balai polis.

Video berkenaan mendapat bantahan ramai sehingga menyebabkan pihak pengurusan polis mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang merakan dan menyebarkan video tersebut.



Sumber : mstar.com.my

Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang

Bot nelayan yang terlebih muatan pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk memasuki Malaysia karam di perairan Bangladesh mengakibatkan 24 penumpangnya masih hilang, menurut polis negara berkenaan.


Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang, info, terkini, berita, nahas bot karam,

Pasukan kecemasan bagimanapun sempat menyelamatkan 32 Bangladesh di Teluk Bengala selepas bos berkenaan dihanyutkan kira-kira 2.5 kilometer (km) ke pesisir pantai, kata polis.

"Sekurang-kurangnya 24 orang masih lagi hilang. Pasukan pengawal pantai dan polis masih menjalankan operasi menyelamat.

"Setakat ini, kami dimaklumkan bot itu membawa sehingga 60 penumpang yang menuju ke Malaysia untuk masuk secara haram," kata Ketua Polis, Masud Alam.

Stesen televisyen swasta negara itu, Somoy melaporkan kira-kira 100 penumpang menaiki bot yang karam berhampiran Pulau Kutubdia itu.

Dalam kejadian itu, bot berkenaan dipercayai dibadai ombak kuat sebaik berlepas dari pekan berhampiran pantai di selatan pelabuhan Chittagong," kata Alam lagi.
Ribuan warga Bangladesh miskin dan pelarian etnik Rohingya dari Myanmar cuma masuk ke Malaysia setiap tahun melalui jalan laut, malahan ada maut ketika mengharungi perjalanan 3,200 kilometer itu.

Sumber : mstar.com.my

MH370 Diisytihar Kemalangan, 239 Penumpang, Kru Terkorban

Tragedi membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 diisytiharkan sebagai kemalangan, manakala semua 239 penumpang serta kru dianggap telah terkorban.


MH370 Diisytihar Kemalangan, 239 Penumpang, Kru Terkorban, info, terkini, berita MH370,

Pengumuman rasmi kerajaan Malaysia itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran rakaman yang disiarkan di RTM1 pada petang, Khamis.

"Selepas 327 hari operasi mencari dan menyelamat, kemudiannya ke fasa mencari dan penemuan semula pesawat itu, didapati tiada yang dikesan terselamat.

"Sehubungan itu, dengan berat hati dan bagi pihak kerajaan Malaysia diisytiharkan MH370 satu kemalangan berdasarkan standard Annex 12 dan 13 yang ditetapkan pada konvensyen antarabangsa penerbangan awam, Konvensyen Chicago," katanya.

Azaharuddin berkata, pengisytiharan itu juga bagi membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang diperlukan terutama dalam proses pampasan.

"Ketika ini, pihak MAS sudah bersedia untuk menjalankan proses pampasan untuk semua waris mangsa," katanya.

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau memberi jaminan usaha mengesan pesawat berkenaan akan diteruskan sehingga semua ditemui atau tiada lagi harapan.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan memahami pengisytiharan itu tentu menjadi sesuatu yang sukar kepada waris penumpang dan anak kapal.

"Bagaimanapun, Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan," katanya.

Pada masa ini katanya, siasatan agak terhad berikutan tiada bukti secara fizikal terutama perakam data penerbangan.

"Oleh itu, tiada bukti yang boleh mengaitkan dengan sebarang spekulasi terhadap punca kemalangan.

"Laporan interim yang akan memperincikan proses siasatan dijangka dikeluarkan pada atau sekitar selepas setahun kehilangan pesawat," katanya yang merujuk pada 7 Mac depan.

Selain itu, portal khas, www.mh370.gov.my diwujudkan untuk membolehkan waris mendapatkan perkembangan terkini serta sahih berhubung operasi mencari, siasatan, proses pampasan dan sebarang bantuan untuk semua terlibat.

Sumber : mstar.com.my

Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!

Siapa yang kipas-susah-mati rancangan popular Korea, ‘Runningman’ sudah tentu kenal dengan Lee Kwang Soo yang turut dikenali sebagai Giraffe di dalam rancangan tersebut. Tidak dinafikan popularitinya yang sangat luar biasa menyebabkan bandar Ho Chi Minh sesak ketika berkunjung ke Vietnam baru-baru ini.


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man

Peminat setia Lee Kwang Soo menyambut kedatangannya dengan penuh gembira dan meriah sekali dengan jumlah 2000 peminat yang hadir hanya untuk melihat sendiri selebriti kesayangan mereka. Wah betul-betul famous ni, walaupun sekejap, dorang sanggup datang.


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man
Suasana di Vietnam ketika kunjungan Lee Kwang Soo


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man

Menurut sumber, kedatangan Giraffe melibatkan lebih 100 anggota polis terpaksa bertugas menjaga keselamatan keadaan tambah-tambah lalu lintas di sana juga sesak teruk. Ternyata, sikapnya yang ramah dan mesra disenangi ramai peminat di sana malah di Malaysia juga. ‘Fanmeeting’ yang diadakan di Malaysia juga turut mendapat sambutan hangat oleh peminat-peminat.

Sumber : gosipmalaysia.com

Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan

Pelakon Elfaeza Ul-Haq mengambil keputusan untuk bertindak sebagai jurulatih kecergasan program Jom Kurus 1Malaysia yang diasaskan oleh Kevin Zahri kerana ingin membantu peminatnya mengurangkan berat badan dan menjalani kehidupan sihat.


Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan, info, terkini, hiburan, sensasi, Elfaeza Ui-Haq

Elfaeza, 30, berkata, dia tertarik untuk menyertai program berkenaan kerana ingin berkongsi pengalamannya kuruskan badan sebelum ini dengan teknik dan kaedah yang betul.

"Jujurnya saya bukan seorang jurulatih gim bertauliah tetapi saya mempunyai banyak pengalaman dalam mengurangkan berat badan sebelum ini yang ada di antaranya tidak berjaya dan memerlukan kos tinggi.

"Bagaimanapun menerusi program ini saya ingin tekankan bahawa teknik senaman yang betul dan pemakanan sihat adalah satu-satunya cara untuk kurus dan pada masa sama hidup sihat," katanya kepada mStar Online.

Elfaeza ditemui selepas pelancaran drama bersiri Keluarga Karaoke di Red Box Pavillion dekat sini pada Selasa lalu.

Selain Elfaeza, drama 60 episod itu turut dibintangi oleh Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elyana, Zarina Zainuddin, Beego dan Dazrin Kamarudin.


Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan, info, terkini, hiburan, sensasi, Elfaeza Ui-Haq
Elfaeza bakal muncul dalam drama bersiri Keluarga Karaoke.

 
Ia bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam bermula 9 Februari depan di saluran Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Elfaeza berkata, program selama enam minggu itu telah pun bermula sejak 17 Januari lalu namun untuk sesi pertama ini dia hanya mengambil lapan orang peserta sahaja.

Dia juga mahu memberi fokus kepada setiap peserta dengan program dirancang untuk mereka dan bersyukur ia mula menampakkan hasil positif.

"Saya akan bertemu mereka tiga kali seminggu dan kebiasaannya saya akan membawa mereka menjalani aktiviti di luar bagi mengelakkan mereka bosan.

"Ramai yang takut untuk mula bersenam tetapi sebenarnya ia aktiviti menyeronokkan dan dapat memberi pelbagai kebaikan jika dilakukan dengan betul," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia berhasrat untuk meneruskan program berkenaan dengan penyertaan lebih ramai peserta selepas kumpulan pertama selesai menjalani latihan yang dijangka berakhir pada akhir Februari ini.

Sumber : mstar.com.my

Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang bakal berlangsung pada 22 Feburari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, menerima pencalonan dalam kategori Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP,  Fesyen MeleTOP dan Bintang Online MeleTOP.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak
Zizan Razak menerima lapan pencalonan Anugerah Meletop Era 2015.

 
Zizan juga turut tercalon menerusi dua lagi kategori gandingannya bersama Kaka Azraff iaitu dalam kategori Lagu MeleTOP (Infiniti Cinta) dan Duo/Grup MeleTOP.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapatkan komen Zizan berhubung pencalonan itu gagal selepas dia meninggalkan majlis selepas selesai sidang media diadakan.

Sementara itu, pengacara Datuk AC Mizal menerima tiga pencalonan menerusi tiga kategori iaitu Hos TV MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Antara calon lain yang turut bertanding adalah Zul Ariffin, Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Aaron Aziz, Amar Baharin dan Nora Danish.

AME 2015 memperlihatkan sebanyak 16 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) selain memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Kembali untuk tahun kedua, AME 2015 bertujuan mengiktiraf dan menghargai bakat dan karya kreatif para selebriti yang banyak menyumbang dala industri seni hiburan tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital serta serantau.

Anugerah ini juga memberi kuasa sepenunya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang diperkenalkan.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak
Pengacara dan para artis yang bakal bertanding dalam Anugerah Meletop Era 2015.

 
Bertemakan 'Yang Hit, Yang Legend', AME 2015 bakal disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Sementara itu, AME 2015 bakal mengandingkan lima hos iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan & Johan).

Bagi acara karpet merah pula akan dihoskan oleh Jihan Muse, Ray (Era) dan Dahlia (Hlive).

Pada malam itu, para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan oleh barisan artis popular tanah air dan dua persembahan dari artis antara bangsa.

Bagaimanapun buat masa ini pihak Astro merahsiakan barisan artis tersebut sebagai kejutan.

Peminat yang ingin mengundi artis kegemaran mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara-cara mengundi dengan melayariwww.meletop.com.my atau www.facebook.com/meletop.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AME 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi - Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari - Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
5) Malaikat - Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Sumber : mstar.com.my