Caliph Buskers kini menjadi bintang yang semakin menyerlah selepas ‘Caliph Buskers Kini Jadi Fenomena, Patut Menang AJL29‘ gara-gara membuat persembahan mantap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) sebelum ini. Persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu pastinya memberikan nafas baharu kepada kumpulan Caliph Buskers dalam menempuh industri hiburan tanah air.
Terkini ‘Caliph Buskers Tolak Populariti, Mahu Terus Jadi Pemuzik Jalanan‘ merupakan pendirian mereka walaupun semakin dikenali. Dengan gelaran artis baharu, Caliph Buskers kini semakin sibuk memenuhi jadual seharian dengan aktiviti nyanyian dan persembahan.
Namun terdapat desas-desus yang kurang enak di dengar apabila ada mengatakan Caliph Buskers tidak lagi menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan. Yelarkan, sebelum menjadi selebriti yang dikenali kumpulan mereka hanya bermula dengan busking di jalanan dan majlis perkahwinan sahaja. Kini dah popular pasti memilih kan? Opss! Rasanya kumpulan bukan begitu. Ehem penulis yakin ini semua salah faham sahaja.
Justeru, tampil ahli kumpulan Caliph Buskers, Azmi menjelaskan, mereka masih menerima jemputan untuk persembahan di majlis seperti itu. Hairan juga yer kenapa pula gosip ini tiba-tiba muncul, ada pihak yang dengki kot. Opss!
“Jangan risau. Kami masih lagi menerima jemputan untuk orang kawin. Kami tak kan lupakan sahabat-sahabat Caliph yang telah mengundi kami sehingga dinobatkan sebagai pemenang persembahan terbaik tempoh hari.
“Saya yakin, kebanyakan pengundi bukanlah dari keluarga yang senang. Pengundi juga bukanlah sebuah syarikat. Semua undian datang dari individu. Tapi kerana semangat untuk menyokong, kalian tetap mengundi.
Lebih-lebih lagi yang mendoakan kejayaan kami,”
Pada kebiasaannya pihak Caliph Buskers akan mengenakan kadar bayaran yang jauh lebih rendah kepada mana-mana individu atau pihak yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan kerana jemputan orang kawin bajetnya datang dari poket individu. Lain kalau jemputan makan malam dari syarikat-syarikat besar. Mereka ada bajet untuk bayar walaupun bayarannya besar.
“Kami sekumpulan buskers. Kami tahu susah senang mencari rezeki. Insya ALLAH, selagi para sahabat ada disamping kami, kami akan cuba berikan yang terbaik selagi kami mampu. Tujuan bermuzik adalah untuk didengari dan menghiburkan orang bukan untuk mencari kekayaan.
Jangan ada yang takut untuk mengundang kami kerana kami tetap seperti yang dulu. Kami tetap Caliph Buskers yang akan menjadi Buskers sampai bila-bila,”
Syukur mereka masih lagi merendah diri walaupun kini semakin dikenali. Berlainan dengan sesetengah artis bila dah popular mula lah nak letakkan bayaran tinggi. Eh!, apa pun penulis doakan semoga kumpulan Caliph Buskers semakin maju dan makin dikenali ramai. Memang mantap persembahan mereka sehingga berjaya membuatkan airmata penulis tumpah
Sumber : gosipmalaysia.com