Monday, February 16, 2015

Michael Ang Beri Amaran Pada Ayda Jebat

Pelakon terkenal, Ayda Jebat kini dilihat sudah semakin bulat ketika muncul di rancangan drama baru berjudul Diva.


Michael Ang Beri Amaran Pada Ayda Jebat, info, terkini, hiburan,s sensasi, gosip, ayda jebat, micheal ang

Disebabkan hal itu, dia telah diberi amaran oleh pengarah terkenal, Michael Ang supaya menurunkan berat badannya.

“Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.

“Naik dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris.

“Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya.

Pengarah ada tegur  perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh.

“Ada juga rakan-rakan yang menyuruh saya buat rawatan muka untuk bagi nampak lebih cantik tetapi saya menolak.

“Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan.

“Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi  mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet,” katanya.


Sumber : katakcomel.my

6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang

Agnes Monica merupakan penyanyi popular dari Jakarta yang telah lama terlibat dengan dunia hiburan semenjak berusia enam tahun lagi sebagai seorang penyanyi cilik. Boleh dikatakan pada usia tersebut sehingga sekarang memang Agnes Monica diaktakan cukup matang dan telah lali dengan dunia hiburan yang dikenali ramai.


6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, artis indonesia, agnes monica

Penyanyi popular yang cukup terkenal dengan lagu Matahari mempunyai pakej yang lengkap sebagai selebriti. Fesyen dan raut wajah yang cantik memberikan kelebihan kepada gadis ini untuk cukup dikenali sebagai penyanyi popular.

6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, artis indonesia, agnes monica

Namun, dalam berfesyen kadang kala Agnes Monica membuat kesilapan kerana selalu sahaja tampil berpakaian menjolok mata. Malah isu baju yang digayakan pada satu sesi fotografi yang dikatakan agak jarang dan menampakkan susuk tubuh telah undang kontroversi.

6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, artis indonesia, agnes monica

Walaupun muncul kritikan dari peminat namun ada juga komen positif yang diterima oleh penyanyi tersebut yang dirinya tetap kelihatan cantik dan menawan. Agak-agak korang gambar ini seksi ke tidak? Opsss! bagi penulis cukup menjolok mata gituh!.


6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, artis indonesia, agnes monica

6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, artis indonesia, agnes monica

6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, artis indonesia, agnes monica

Sumber : gosipmalaysia.com

Wednesday, February 11, 2015

Amelina Tidak Mahu Melatah Komen Ifa Raziah

Semalam, Ifa Raziah dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak terkesan dengan kemunculan semula Amelina di persada hiburan tanah air. Ifa mengatakan dia tidak nampak apa-apa yang baru dukeluarkan oleh Amelina walaupun penyanyi itu kini membuat kemunculan semula.


Amelina Tidak Mahu Melatah Komen Ifa Raziah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ifa raziah, amelina

Melalui Harian Metro, Amelina bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai komen Ifa.

    Siapa yang bercakap atau apa jua yang diperkatakan, saya tidak mahu ambil peduli. Betul atau tidak dia bercakap begitu, saya malas hendak fikirkan sebab saya muncul semula dalam bidang ini untuk bekerja.

Amelina memberitahu kemunculan semula dirinya ialah bertujuan untuk mencari rezeki, justeru dia tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sebarang kontroversi atau konfik dengan mana-mana pihak.

    Sama ada betul atau tidak, sama ada kenyataannya dimanipulasi atau sebaliknya, saya ambil pendekatan tidak melatah atau komen banyak. Saya malas hendak pening kepala dengan hal remeh-temeh begini.

    Saya mahu bekerja betul-betul dan tidak mahu menimbulkan kontroversi dan salah faham dengan mana-mana pihak pula nanti.

Sebagai seorang penyanyi yang telah lama muncul dalam industri pastinya Amelina sudah sedia faham dengan masalah yang terpalit dalam bidang ini.

Mungkin pengalaman lalu memberinya pengajaran untuk menangani situasi seperti ini. Ialah, manalah tahu mungkin terdapat salah faham di mana-mana, mungkin Ifa sendiri tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Namun Ifa juga mempunyai penjelasan sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkannya itu. Ikuti penjelasan Ifa dalam entri selepas ini.

Sumber : beautifulnara.com

Caliph Buskers Bakal Sertai KRU

Bermula daripada pemuzik jalanan siapa sangka nasib Caliph Buskers akan berubah 360 darjah apabila mereka kini mempunyai peminat sendiri dan telah memberikan impak besar kepada kumpulan muzik OKU.


Caliph Buskers Bakal Sertai KRU, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, KRU, Caliph BUskers

Terbaru, Caliph Buskers dalam perbincangan untuk menyertai syarikat KRU Studios sebagai artis dibawah naugan mereka. Jelas Azmi sebagai ketua kumpulan Caliph Buskers, mereka tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru.

    Insya-Allah setakat ini boleh dikatakan sudah 70 peratus lebih kepada menyertai syarikat KRU. Cuma kami tidak mahu terlalu cepat membuat keputusan dan membuka ruang bertanyakan pendapat. Kalau jadi sertai KRU, ia akan terjadi dalam masa terdekat.

Caliph Buskers Bakal Sertai KRU, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, KRU, Caliph BUskers

Menyedari mereka kini kian popular, Caliph Buskers hanya ingin berkongsi bakat yang anda dan tidak pernah menyangka mereka akan menjadi popular seperti sekarang.

    Kami masuk AJL 29 pun sekadar mahu berkongsi bakat yang ada dan tak sangka pula tiba-tiba kami jadi popular. Ia memang sesuatu yang tak dijangka dan kami menerima semua ini dengan hati terbuka dan seadanya.

Caliph Buskers dianggotai enam orang iaitu Khairul Azmi Saat atau Azmi, Fendy Alun, Mohd Zaki Ismail, Nirwan Zainal Abidin, Nor Nadira Rubiana dan Syahzmeen Abdul Rahman.

Nama mereka mula menjadi bualan ramai dan hangat ketika memberikan persembahan cukup mantap dan penuh jiwa bersama kumpulan Mojo di Anugerah Juara Lagu Ke 29. Mereka berjaya mengungguli trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.


Kita tidak boleh mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Bakat yang dimiliki oleh Caliph Buskers seharusnya dibawa ke tengah dan akhirnya kini mereka berpeluang untuk menghiburkan masyarakat dengan bakat yang diberi.

Sumber : beautifulnara.com

Zulin Aziz Bertunang Dengan Ariz Forteen?

Sekeping gambar Zulin Aziz dan Ariz daripada kumpulan Forteen telah menyebabkan ribuan gadis-gadis mengalirkan air mata mereka baru-baru ini. Mana tidaknya, Zulin dan Ariz dilihat bersanding di atas pelamin. Ramai yang membuat anggapan mereka berdua telah bertunang. Tambahan pula ada rakan-rakan artis yang turut sama mengucapkan tahniah kepada mereka.


Zulin Aziz Bertunang Dengan Ariz Forteen?, info, terkini, hiburan, gosip, Zulin Aziz, Aris Forteen

Tidak mahu para peminat tertanya-tanya, Zulin Aziz telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Mereka berdua tidak bertunang. Ia hanya sekadar menangkap gambar di atas pelamin bersama dengan best friend forever(bff). Terang Zulin:-


Zulin Aziz Bertunang Dengan Ariz Forteen?, info, terkini, hiburan, gosip, Zulin Aziz, Aris Forteen

Jadi para peminat Ariz Forteen terutamanya bolehlah menarik nafas lega. Jangan risau. Jejaka kacak anda masih single mingle. Tak ada tunang, tak ada kekasih (ini tak pasti) dan masih mencari (ini kemungkinan). Mereka berdua hanya kawan baik. Tiada cinta di antara mereka. Hehehe. Sila lap kembali air mata anda.

Sumber : beautifulnara.com

Punca Tomok Tolak "Show" Luar KL

Penyanyi Tomok terpaksa menolak tawaran persembahan di luar Lembah Klang buat seketika bagi menemani isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, yang dijangka bersalin anak kedua mereka dalam masa terdekat.


Punca Tomok Tolak "Show" Luar KL, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Tomok

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, berkata, pada keadaan ini dia perlu bersedia dan sentiasa berada dekat dengan isteri kerana khuatir isterinya akan bersalin awal daripada tarikh sepatutnya.

"Saya tidaklah berehat sepenuhnya tetapi saya banyak menolak tawaran di luar Kuala Lumpur kerana bimbang meninggalkan isteri dalam keadaan dia akan bersalin pada bila-bila masa.

"Persembahan di Kuala Lumpur saya masih terima cuma kini dalam keadaan bersedia menyambut anak kedua," katanya kepada mStar Online.

Tomok ditemui pada majlis sidang media pelancaran klip video lagu tema filem Isyarat Cinta iaitu Tak Harus Memiliki di Restoran Rebung di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Tomok memberitahu dia dan isterinya lebih berjimat dalam menyambut kehadiran bayi kedua mereka dan menggunakan kembali barangan anak pertama, Arrianshah Akid yang kini berusia tiga tahun.


Punca Tomok Tolak "Show" Luar KL, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Tomok

Tomok bakal menimang anak kedua dalam waktu terdekat.

"Anak kedua juga Insya-Allah lelaki jadi untuk mengelakkan pembaziran kami hanya beli barangan yang penting sahaja dan mengguna kembali barang milik Arrian," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Tak Harus Memiliki, Tomok berkata, lagu runut bunyi (OST) memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesebuah filem.

Malah kata Tomok, menerusi lagu tema itu juga dapat membawa penonton ke pawagam kerana minat mereka terhadap sesebuah lagu itu.

"Saya sebelum ini ada dua kali merakamkan lagu OST untuk filem dan Alhamdulillah ia memberi impak kepada filem berkenaan.

"Ia promosi cukup baik untuk menarik minat penonton tambahan pula jika ia turut hadir dengan klip video," ujarnya.

Tak Harus Dimiliki adalah ciptaan sepenuhnya Fazz Alberto atau GG (Sixth Sense).

Dalam perkembangan sama, GG memberitahu, dia mencipta lagu berkenaan khas untuk filem Isyarat Cinta selepas penerbitnya, Datuk Rosyam Nor memberikan kepercayaan itu.

Jelas GG lagi, dia menonton terleboh dahulu filem berkenaan selain meneliti sinopsisnya sebelum hadir dengan lirik dan melodi.

"Dua tiga kali juga saya menonton filwm berkenaan untuk mendapatkan idea dan akhirnya tercetus juga ilham sehingga siapnya Tak Harus Memiliki," katanya.

Isyarat Cinta merupakan filem arahan Bade Hj Azmi yang akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac 2015.

Bagaimanapun pada 4 Mac 2015, tayangan amal perdana anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) akan diadakan di pawagam Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Tiket eksklusif menyaksikan tayangan amal perdana ini ialah dari RM100 yang antara lain bertujuan mengumpul dana membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Penonton yang turut serta dalam projek amal ini akan berpeluang menjadi orang pertama menonton filem ini selain dapat bersamah mesra dan menikmati makan malam bersama artis.

Isyarat Cinta menampilkan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar yang mengisahkan percintaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan mengenai tayangan amal ini bolehlah menghubungi 017-2429699 (Bohari) dan 012-2578884 (Amie).

Sumber : mstar.com.my