Saturday, March 7, 2015

Ila Damiaa Rasa Dipinggirkan Joe Flizzow?

Penyanyi Ila Damiaa tidak berasa dipinggirkan oleh bekas mentornya dalam rancangan Mentor 4 iaitu Joe Flizzow yang dikatakan lebih memberi tumpuan kepada kerjaya pendatang baharu, SonaOne.


Ila Damiaa Rasa Dipinggirkan Joe Flizzow?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ila Damiaa Mentor 4,

Ila Damiaa atau nama sebenarnya Ila Damiaa Johar, 26 berkata, kejayaan yang dikecapi SonaOne adalah usahanya selama empat tahun berada dalam industri seni tanah air.

"Saya tidak rasa dipinggirkan atau berkecil hati dengan kejayaan SonaOne kerana kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil titik peluhnya sejak beberapa tahun lalu.

"Saya tidak mahu berperasaan negatif seperti itu kerana kami semua adalah satu keluarga dan bagi saya itu sudah rezeki dia, malah kejayaannya menjadi sumber inspirasi kepada saya juga," katanya kepada mStar Online.


Ila Damiaa Rasa Dipinggirkan Joe Flizzow?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ila Damiaa Mentor 4,
SonaOne dan Joe Flizzow.


Ila berkata, sejak menceburi bidang seni pada tahun 2010, dia melihat kebanyakkan artis yang berjaya adalah hasil usaha beberapa tahun lalu.

Katanya, sesebuah kejayaan itu bukan senang seperti yang dianggap oleh masyarakat.

"Masyarakat luar mungkin melihat senang untuk seseorang artis itu berjaya, walhal mereka tidak tahu bagaimana usaha untuk mencapai kejayaan itu.

"SonaOne salah satu contoh yang saya lihat tidak pernah kenal putus asa, sejak saya masuk Mentor 4 lagi dia sudah berada di studio menyiapkan lagu-lagunya, malah lagu Joe berjudul Havoc itu juga sebenarnya mengambil masa yang panjang untuk dikeluarkan," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjayanya, Ila berkata, dia kini dalam proses mencari bahan terbaik untuk album terbaharunya.

Katanya, bagi menjadi artis yang baik, dia mengambil inisiatif untuk belajar mencipta dan menulis lagu sendiri bagi memudahkannya supaya tidak mengharapkan komposer lain.

"Saya ada bertanya pada Joe untuk kerjaya saya tahun ini, dia kata ada tiga lagu genre balada daripada komposer Ajai, namun saya belum pasti lagu apa.

"Sementara itu, saya juga sedang belajar daripada Altimet untuk buat lagu, dia bagi saya tempoh sebulan untuk mendengar lagu ciptaan saya.

"Kalau dah pandai buat lagu sendiri mungkin ia lebih senang kerana saya tidak perlu mengharapkan masa komposer lain untuk buat lagu saya," ujarnya.

Sumber : mstar.com.my

Friday, March 6, 2015

Demi Mengejar Impian, Azmil Mentor Terpaksa Tinggalkan Legoland!

Demi mengejar cita-cita dan impian menjadi penyanyi, juara Mentor Legend iaitu Azmil,22, yang juga protege kepada Dayang Nurfaizah akui bahawa dia terpaksa meninggalkan kerjaya tetapnya sebagai penyambut tetamu di Legoland.


Azmil Mentor Terpaksa Tinggalkan Legoland! , info, terkini, hiburan, sensasi, azmil mentor legend

"Kalau hendak diikutkan, berat juga hati saya untuk tinggalkan kerjaya tetap saya itu. Walaupun tidak sampai setahun bekerja di sana, namun banyak benda yang saya pelajari cara berkomunikasi dengan masyarakat dan mengenali serta memahami sikap serta kerenah mereka.

"Semua itu bagi saya adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Seperkara lagi, pihak pengurusan Legoland juga sentiasa memberikan sokongan yang padu buat saya sepanjang penglibatan saya di dalam Mentor Legend termasuklah memberikan cuti tanpa gaji.

"Sokongan padu yang diberikan oleh kakitangan serta pihak pengurusan Legoland itu cukup menyentuh perasaan saya dan amat saya hargai. Tapi, untuk bergerak serius di dalam bidang nyanyian, ia memerlukan fokus dan tumpuan yang bukan sedikit.

"Mahu tidak mahu saya terpaksa tinggalkan kerjaya tetap saya ini. Pihak pengurusan sudah pun tahu tentang perkara ini dan kalau hendak diikutkan, sekarang ini pun saya sudah pun berhenti dari bekerja. Cuma ianya masih lagi belum dilakukan secara rasmi (belum hantar surat)," katanya.

Anak kelahiran Tawau Sabah ini juga memberitahu bahawa dia sudah tidak sabar untuk memulakan kerjaya solonya serta tampil dengan single pertamanya.

"Tapi buat masa ini, saya terpaksa menunggu seketika kerana saya masih perlu menunggu kontrak perjanjian daripada label yang bakal saya naungi," katanya.

Sumber : murai.com.my.

Benjy Ditahan Kali Ketiga, Disyaki Miliki Syabu

Pelakon Benji atau Khaeryll Benjamin Ibrahim dicekup buat kali ketiga atas kesalahan memiliki dadah jenis Syabu. Pelakon berusia 37 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam Khamis.
Benjy Ditahan Kali Ketiga, Disyaki Miliki Syabu, info, terkini, hiburan, sensasi, benjy, kes dadah pelakon,

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu manakala pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinar disyaki dadah.

Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angin di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi. Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

Sebelum ini pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama.

Sumber : rotikaya.com

Ayda Jebat Akui Suka Zul Ariffin

Ketika ini, Ayda Jebat menerima kritikan hebat kerana didakwa menjadi perampas kekasih orang namun dalam masa yang sama, dia tidak cepat melatah mahupun membuat kenyataan melulu mengenai spekulasi yang menimpanya sekarang.


Ayda Jebat Akui Suka Zul Ariffin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ayda jebat, zul ariffin

“Ya, saya menyukai Zul Ariffin. Siapa tidak suka jejaka macho sepertinya dan saya yakin semua wanita menaruh hati padanya. Bagaimanapun, hubungan kami tidak lebih sebagai rakan sekerja”

“Lagipun, semua sedia maklum Zul sudah memiliki kekasih hati. Jadi saya tidak mahu pihak di sana terasa hati apabila kami terus dikaitkan. Bagi saya, tiada pun isu perampas kerana saya tidak pernah mengelak apabila terserempak dengan kekasihnya (Gayatri),” kata Ayda.

Selain itu, pelakon ini juga menegaskan bahawa walaupun dia dan juga Zul kelihatan serasi dan mesra namun mereka juga tahu menjaga batasan.

“Saya dan Zul dikaitkan pun kerana impak drama Rindu Awak 200%. Kami tidak menyimpan perasaan antara satu sama lain. Saya bagaimanapun gembira juga apabila orang memperkatakan mengenai kami, kerana ia petanda drama itu mencetuskan fenomena,” jelas pelakon ini.

Sumber : rotikaya.com

Zara Zya Komen Isu Suka Permainkan Perasaan Lelaki Dan Bertukar Pasangan

Nama pelakon comel, Zara Zya sedang meningkat naik dan pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini. Lakonannya memang mantap dan bersahaja.


Zara Zya Komen Isu Suka Permainkan Perasaan Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi zara zya

Namun, ada gosip yang terbaru tentang Zara Zya yang dikatakan selalu mempermainkan perasaan lelaki yang cuba berkawan dan mendekatinya dengan alasan mahu memberi komitmen terhadap kerjaya.

Selain itu, ada juga pihak yang mendakwa Zara Zya sering bertukar-tukar pasangan kekasih.

Zara Zya menafikan gosip tersebut dan menegaskan bahawa tiada lelaki yang cuba mendekati dirinya seperti yang didakwa. Ini komen Zara Zya

“Saya tidak akan melatah dengan cerita murahan sebegini. Sebab setahu saya, tak ada lelaki yang cuba menghulurkan salam perkenalan. 

“Telefon saya juga ‘senyap’. Tak ada panggilan atau SMS daripada mana-mana lelaki. Saya solo sekarang. Buat apa saya nak tipu. Hidup saya hanya semata-mata untuk kerja dan kalau ada masa lapang, saya habiskan bersama-sama keluarga,”


Zara Zya Komen Isu Suka Permainkan Perasaan Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi zara zya

Apabila ditanya tentang jodoh, ini pula komen Zara Zya:

“Kalau orang kata, wanita berusia 30 tahun itu sudah sesuai berkahwin, saya nak buat macam mana kalau masih belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai. 

“Bukan memilih. Tapi pada masa sekarang ini, saya merasakan yang bercinta itu seperti membuang masa. Nak pergi keluar menonton wayang itu seperti perbuatan sia-sia. 

“Jika ditakdirkan satu hari nanti saya bertemu dengan jodoh, saya tidak akan berlengah untuk berkahwin,”

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Kanak-Kanak Tiru IS, Bakar Rakan Dalam Sangkar

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Yaman nyaris maut apabila dibakar rakannya di dalam sebuah sangkar selepas mereka cuba meniru hukuman yang dilakukan kumpulan militan, Negara Islam (IS) terhadap juruterbang Jordan.


Kanak-Kanak Tiru IS, Bakar Rakan Dalam Sangkar, info, terkini, berita,

Mangsa yang belum didedahkan identiti itu, dilapor telah diserang oleh lebih dari tujuh kanak-kanak sebelum mereka mengurungnya di dalam sebuah sangkar di kampung Dahtaht.


Ketika mangsa mula dibakar, sekumpulan penduduk telah melihat kejadian itu dan menyelamatkannya daripada maut di dalam sangkar berkenaan.

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan hukuman bakar hidup-hidup terhadap juruterbang Jordan, Muaz Alkasasbeh oleh IS.

Hukuman seumpama itu adalah yang pertama dilakukan kumpulan militan terhadap tawanan selepas hukuman lain seperti tembak dan sembelih.

Kanak-kanak yang cuba membakar rakan mereka itu didakwa mendapat idea untuk bertindak demikian selepas melihat video pembunuhan juruterbang Jordan di telefon bimbit milik ahli keluarga.

Berikutan kejadian tersebut, kaki kanan mangsa melecur dan dia berada dalam keadaan trauma.

Sumber : mstar.com.my