Tuesday, January 27, 2015

MLM2014 Tiada Penyingkiran : Astro Tidak Adil?

Tak adil. Memang tidak adil. Setiap kali Virus tersenarai di ‘bottom 3′, pasti tidak akan ada penyingkiran berlaku. Rasanya perkara ini sudah berulang 2,3 kali sehingga penonton Maharaja Lawak Mega 2014 mula mempertikaikan ketelusan Astro. Menariknya, ada penonton yang berkata ‘Kalau minggu depan kumpulan Zero masuk bottom 3, confirm akan terkeluar. korang tengoklah‘.


MLM2014 Tiada Penyingkiran : Astro Tidak Adil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Virus,


Persembahan Virus minggu ini memang tidak kelakar dan ia turut diakui oleh juri yang mengadili mereka iaitu Nur Fazura. Hanya 2 bintang sahaja yang diberikan. 3 kumpulan yang termasuk di dalam ‘bottom 3′ pada akhir rancangan ialah Shiro, Sepahtu dan Virus. Sekali pandang pun dah tahu kumpulan mana yang sepatutnya dikeluarkan berdasarkan prestasi semasa. Memang ramai yang bengang dan kecewa apabila Taufik Batisah mengumumkan tiada penyingkiran berlaku.


MLM2014 Tiada Penyingkiran : Astro Tidak Adil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Virus,

Antara komen-komen menarik yang telah dikongsikan di Facebook:-

MLM2014 Tiada Penyingkiran : Astro Tidak Adil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Virus,

MLM2014 Tiada Penyingkiran : Astro Tidak Adil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Virus,

MLM2014 Tiada Penyingkiran : Astro Tidak Adil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Virus,


Peminat dan pengundi sekarang sudah bijak. Mereka hanya akan mengundi yang betul-betul lawak dan tidak bergantung kepada populariti semata-mata. Jadi pihak MLM2014 pun juga haruslah jadi bijak. Jangan nak selamatkan kumpulan yang bernama besar. Keputusan sudah dibuat. Jangan permainkan penonton. Diharap pihak terbabit lebih tegas buat keputusan. Jangan takut hanya kerana nama. Ini pertandingan lawak bukan pertandingan populariti.

Sumber : beautifulnara.com

Mesej mengejutkan Shila Amzah buat Sharnaaz Ahmad selepas AJL29

Seperti yang kita semua maklum, pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-29 minggu lepas menyaksikan Shila Amzah menang tempat kedua.

Sehubungan dengan itu, bekas kekasih Shila iaitu sharnaz telah menghantar 1  tweet ucapan tahniah. Tapi sebenarnya bukan pasal tweet sharnaaz yang mengejutkan tapi  post shila dalam instagram dimana beliau.


Mesej mengejutkan Shila Amzah buat Sharnaaz Ahmad selepas AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad

Mesej mengejutkan Shila Amzah buat Sharnaaz Ahmad selepas AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad

Mesej mengejutkan Shila Amzah buat Sharnaaz Ahmad selepas AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad

Lirik lagu Alyah telah ditukar dari Masih Aku Cinta kepada tidak ku cinta...ada juga yg mendakwa Shila bakal kembali kepada bekas kekasih hatinya dulu, Sharnaaz Ahmad.

Tapi bagi penulis, itu mungkin tidak akan terjadi berdasarkan post shila 'tidak ku cinta' yang seolah-olah ditujukan kepada sharnaaz..mungkin la....

Shila juga memadam smua post yang ada kaitan dengan Sharnaaz Ahmad

Korang rasa apakah semua ni?

Sumber : mforum.cari.com

AJL29 : Tam Spider Luah Rasa Terkilan

Sebagaimana kita maklum, lagu Di Pintu Syurga yang dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) baru-baru ini. Namun begitu, menjadi tanda tanya kenapa pencipta lagunya, Tam Mustafah atau Tam Spider tidak hadir pada malam berkenaan.


AJL29 : Tam Spider Luah Rasa Terkilan, info, terkini, hiburan, sensasi, Tam Spider, gossip, kontroversi

Pada malam kemuncak AJL 29, hanya penulis lirik, Imran Iman dan penyanyinya, Dayang Nurfaizah saja yang berada di atas pentas pada saat nama lagu itu diumumkan oleh pengacara, Scha Alyahya dan AG Hot FM.

Sudah tentu ramai yang beranggapan Tam Spider mungkin ada urusan lain pada malam tersebut. Oleh sebab itu beliau tidak dapat hadir. Namun, tanggapan itu seperti meleset kerana ada laporan mendakwa Tam sebenarnya sudah hadir ke malam anugerah berkenaan cuma beliau dikhabarkan tidak dibenarkan masuk.

Memetik laporan Berita Harian Online, Tam menjelaskan mengenai punca ketiadaannya pada majlis itu dan ada meluahkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku.

“Tiada isu pun sebenarnya untuk diperbesar-besarkan tentang ketidakhadiran saya. Cuma saya agak terkilan dengan apa yang terjadi. Memang saya sekarang dalam proses berpindah rumah dan hal berkenaan tiada kaitan langsung dengan kenapa saya tidak hadir menyaksikan AJL 29 tempoh hari.

“Sejujurnya saya tidak datang menyaksikan malam kemuncak AJL 29 tetapi ada menyerahkan dua pas kepada teman saya yang juga terbabit sebagai ‘arranger’ untuk lagu Di Pintu Syurga. Saya hanya menontonnya di rumah saja.

“Teman saya itu datang dengan isterinya. Tapi saya kurang pasti atas alasan apa, dia tidak dibenarkan masuk ke dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Sekalipun dia hanya mewakilkan saya, dia patut ada akses untuk menontonnya.

“Akhirnya mereka hanya mendengar siaran langsung itu dalam kereta menerusi frekuensi di radio,” kata komposer yang juga penyanyi kumpulan Spider itu.

Tambah Tam lagi, beliau bersama isteri dan anak-anaknya turut teruja untuk menyaksikan sesi raptai AJL 29 diadakan sehari sebelum acara berkenaan berlangsung iaitu pada hari Sabtu. Namun mendukacitakan beliau dan keluarganya apabila tidak dibenarkan masuk.

“Saya ada pas tapi pihak yang bertugas di stadium cakap pas itu tak ada sticker pula, jadi memang tak boleh masuk. Saya sudah lama dalam industri ini dan bukan diminta dilayan itu dan ini. Tak perlu pun nak kompang kehadiran saya malam raptai itu.

“Cukup izinkan saya menonton raptai AJL 29 saja. Saya sedar nak bawa anak kecil ke majlis berprestij akan menyukarkan keadaan dan sebab itu saya datang majlis raptai saja. Tapi lain pula jadinya dan saya sekeluarga pulang kehampaan…hilang mood.

“Saya malas nak kecoh benda ini. Malah sesama pasukan untuk lagu ini pun berusaha untuk meminta izin saya dibenarkan masuk ke stadium tapi tak lepas juga,” katanya.

Ditanya mengenai kemenangan lagu Di Pintu Syurga yang turut memenangi kategori Vokal Terbaik untuk Dayang Nurfaizah, beliau menjelaskan kemenangan itu milik semua yang bekerja keras.

“Ini kemenangan satu pasukan. Tanpa penulis lirik, lagu ini takkan ada maknanya. Tanpa ada pihak Indigital Music, lagu ini takkan dipromosikan sebaik mungkin dan tanpa Dayang Nurfaizah sendiri sebagai penyanyi, lagu ini takkan dialunkan begitu indah. Ia berkait rapat dan rezeki kami sama-sama,” katanya.

Tempat ketiga AJL 26 membolot hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi manakala Vokal Terbaik disandang Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.


Sumber : ammboi.com

Monday, January 26, 2015

Seluruh Badan 'Terbakar' Selepas Mengambil Pil Dari Sebuah Klinik Swasta

Wanita berusia 35 tahun yang enggan identitinya didedahkan itu dikatakan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan Selasa minggu lalu dan diberi dua jenis pil itu untuk membantu meredakan masalah kebas yang dialaminya.


Seluruh Badan 'Terbakar' Selepas Mengambil Pil, info, terkini, berita, sensasi,

Dia yang menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu dikatakan baru pertama kali mendapatkan rawatan di klinik berkenaan walaupun sebelum ini sering ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan.

Akibat masalah itu, seluruh wajahnya membengkak dan melecur yang disertai air bisa, kulit badannya berbintik di seluruh badan.

"Seluruh badan dan muka saya pedih seolah-olah 'terbakar' akibat melecur serta melepuh selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah klinik swasta di Perlis, minggu lalu.

"Akibatnya, saya kini menanggung penderitaan apabila seluruh badan sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil sejak Khamis lalu disebabkan masalah kulit ini," kata pesakit yang dipercayai alah dengan pengambilan ubat berkenaan.


Sumber : siakapkeli.com.my

Indah Ruhaila Kecil Hati Dengan Astro

Penyanyi Indah Ruhaila menyangkal dakwaan kononnya dia berkecil hati dengan pihak pengurusannya Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kerana dipinggirkan semasa berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-29 pada 18 Januari lalu.


Indah Ruhaila Kecil Hati Dengan Astro, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Indah Ruhaila

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata, namanya tidak disebut oleh pihak AESB yang mengucapkan tahniah dalam pertandingan berprestij itu di laman sosial bukan satu isu besar sebaliknya dia yakin perkara itu tidak disengajakan.

"Bagi saya isu itu perkara kecil malah saya sendiri tidak sedar nama saya tidak disebut kerana terlalu sibuk dan gementar untuk menghadapi pertandingan.

"Barangkali mereka (AESB) terlepas pandang dan tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan perkara itu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Indah mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan yang melaporkan penyanyi lagu Percayalah itu berkecil hati apabila pihak AESB hanya mengucapkan kata-kata semangat kepada Hafiz, Stacy dan Hazama yang turut bertanding pada AJL 29.

Peminat penyanyi itu menganggap pihak AESB tidak sepatutnya meminggirkan Indah dan membeza-bezakan artis dibawah naungan syarikat tersebut.

 
Indah Ruhaila Kecil Hati Dengan Astro, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Indah Ruhaila
Indah memberikan persembahan mantap pada Anugerah Juara Lagu 29 yang berlangsung pada 18 Januari lalu.

Dalam pada itu, Indah berkata, dia menyedari mengenai perkara itu selepas isu berkenaan dibangkitkan oleh pengikutnya di laman sosial Instagramnya beberapa hari lalu.

Jelas Indah, pengikut dan peminatnya yang sebenarnya meluahkan rasa kecil hati terhadap perkara itu namun dia tidak mengambil serius kerana acara tersebut sudah pun berlalu.

"Jujur saya memang tidak tahu mengenai perkara itu dan hanya mendapat tahu apabila ia kecoh diperkatakan peminat di Instagram.

"Saya dikatakan kecil hati hanyalah pandangan dan spekulasi mereka dan ia tidak menggambarkan perasaan sebenar saya. Saya tidak berkecil hati," katanya.

Bagaimanapun kata Indah, dia tidak menyalahkan pengikut dan peminatnya bertindak demikian kerana ia satu salah faham.

Sementara itu, Indah menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan AESB dan berpuas hati dengan pihak pengurusannya menguruskan kerjayanya.

Malah kata Indah, sebagai artis dia juga perlu memainkan peranan dalam mengukuhkan namanya dalam industri dan tidak boleh mengharapkan pengurusan melakukan segala-galanya.

"Pengurusan saya ada cara tersendiri dalam menguruskan artis dan setakat ini saya berpuas hati dengan AESB malah mereka sangat menyokong.

"Bagaimanapun artis juga tidak boleh duduk goyang kaki sahaja dan menunggu semua perkara dilakukan oleh pengurusan kerana kita juga perlu memainkan peranan dalam memastikan kerjaya dapat maju kehadapan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Indah mengakui selepas AJL 29 berakhir karier nyanyiannya semakin berkembang dan menyifatkan gosip yang mengaitkan namanya sejak akhir-akhir ini adalah perkara biasa.

Jelas Indah, dia tidak bimbang menjadi sasaran kontroversi kerana baginya tumpuannya kini adalah untuk memperbaiki diri supaya dapat berdaya saing dengan bakat sedia ada.

"Alhamdulillah selepas AJL 29 berakhir banyak teguran membina yang saya terima biarpun tidak memenangi apa-apa trofi pada malam itu dan ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk berjuang selepas ini.

"Sebagai anak seni, gosip dan kontroversi itu adalah perkara biasa dan sebagai artis saya perlu melaluinya dan menganggap ia perkara biasa kerana paling penting saya tidak terganggu dengan fokus terhadap kerjaya," jelasnya.

Sumber : mstar.com.my

Pelakon Amaris Bersengketa Dengan Bekas Pengurus?

Pelakon Amran Ismail atau kini dikenali sebagai Amaris menyangkal dakwaan kononnya dia mengalami konflik dengan pengurusnya sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengambil keputusan untuk berundur daripada terus menguruskan kerjayanya sejak beberapa bulan lalu.


Pelakon Amaris Bersengketa Dengan Bekas Pengurus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, pelakon

Amaris, 30, berkata, hubungan mereka masih kekal baik dan wanita berkenaan mengambil keputusan tersebut kerana terlalu sibuk menguruskan syarikat dan bimbang tidak dapat berlaku adil kepadanya.

"Tiada pergaduhan, konflik atau sengketa di antara kami dan keputusan itu dibuat kerana dia terlalu sibuk dengan urusan syarikatnya dan pada masa sama terpaksa menguruskan kerjaya saya.

"Jadi sebab itu dia mengambil keputusan mengundurkan diri dan Alhamdulillah hubungan kami masih kekal baik," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Amaris berkata, buat masa ini dia tidak bercadang untuk mencari pengganti sebaliknya mahu berdikari dan mempelajari selok-belok pengurusan kariernya.

"Sebelum ini saya banyak bergantung kepada pengurus dan ini adalah masa saya uruskan semua sendiri.

"Banyak perkara yang saya abaikan sebelum ini sekarang banyak memberi pengajaran kepada saya dan Alhamdulillah saya semakin berdikari," ujarnya.

Sementara itu, Amaris mengakui, dia lebih banyak mendapat tawaran berlakon di Brunei dan kerap berkunjung ke negara itu untuk menjalani penggambaran.

Jelas Amaris, dia menganggap tawaran tersebut sebagai rezeki dan tidak pernah sesekali mengabaikan kariernya di negara sendiri.

"Alhamdulillah rezeki. Penerimaan mereka terhadap saya juga cukup baik dan berharap kerjasama seperti itu akan terus berkekalan di antara dua negara.

"Pun begitu saya masih memberi fokus kepada kerjaya di Malaysia dan ada beberapa projek yang telah pun dipersetujui," ujarnya.

Sumber : mstar.com.my