Siapa sangka banjir yang melanda Terengganu turut memberikan rezeki kepada penduduk setempat. Ibarat rezeki terpijak, sebahagian penduduk di daerah Kemaman kini tertumpu di sekitar kawasan paya berenjut, untuk mendapatkan udang kara tanah yang boleh dijumpai di kawasan berkenaan.
Tinjauan BH Online mendapati, kawasan yang kebiasaannya sunyi bertukar riuh dengan kehadiran orang ramai untuk mencari spesies udang eksotik ini untuk dijadikan menu istimewa pada musim banjir kali ini.
Menurut salah seorang penduduk, Mohd Hanafi Nawawi, 24, udang kara tanah atau dikenali sebagai “mud lobster” ini boleh dijadikan penawar untuk penyakit asma udang spesies ini mudah dijumpai di sepanjang kawasan tali air di paya berenjut sebaik sahaja banjir surut.
Mohd Hanafi juga menyifatkan, kehadiran udang ini sebagai rezeki, di sebalik kedukaan mereka selepas kehilangan harta benda akibat bencana berkenaan.
“Tahun lepas ada dah saya dengar kata memang ada dah keluar, tahun ni dia keluar balik memang setahun sekali lah dia keluar udang ini. Harga tak pasti sebab di pasaran pun tak ada jual udang ni tak pernah jumpa di pasaran… boleh makan dengar kata ada buat ubat lelah,” katanya.
Bagi Nur Fatin Nabillah Mohd Jaafar, fenomena ini merupakan rezeki dari tuhan dan menjadi pengalaman yang menyeronokkan selepas mengalami kerugian yang tidak dapat dianggarkan akibat banjir teruk yang melanda daerah itu.
“Saya tengok orang ramai sini tadi lepas itu saya berhenti lah juga, lepas tu jumpa udang ini dan kutip sampai jumpa yang besar,” katanya.
Sumber : BH Online