Monday, March 2, 2015

Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Bukan Lupa Diri

Pelawak dan pelakon Ajak (Shiro) mengakui jarang pulang ke kampung halamannya di Johor sejak akhir-akhir ini berikutan kerjaya seninya padat dengan pelbagai aktiviti.


Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Bukan Lupa Diri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ajak shiro

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 30, bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia langsung tidak pulang untuk menjenguk keluarganya kerana akan memastikan dia menghabiskan masa bersama mereka jika mempunyai masa terluang.

"Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

"Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ajak berkata demikian sebagai mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa saudara terdekat pelawak itu kononnya berkecil hati dengan sikapnya yang kini jarang meluangkan masa bersama keluarga di kampung halaman.

Dalam pada itu, Ajak berkata, dia kurang pasti siapakah 'saudara' terdekatnya yang membuat dakwaan itu kerana apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar.

Malah Ajak turut menyangkal dakwaan kononnya dia dan keluarganya lebih selesa menginap di hotel berbanding rumah ibu bapanya sekiranya mereka pulang ke kampung.

"Saya lebih selesa tidur atas bantal busuk saya di rumah ibu daripada hendak tidur di hotel.

"Apa yang didakwa mengenai diri saya itu langsung tidak benar dan saya sendiri kurang pasti 'saudara' mana yang tidak berkecil hati," ujarnya.

Bagaimanapun kata Ajak, dia mengambil gosip berkenaan sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada dirinya sendiri pada masa hadapan.

Sumber : mynewshub.cc

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini

Bakal hot mummy meletup! Itu gambaran yang tepat dalam mendefinisikan pengacara cantik, Elaine Daly yang masih lagi mampu kelihatan hot berbikini biarpun dirinya kini sedang berbadan dua!


Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Pergh.. memang boleh bikin cemburu wanita-wanita di luar sana tengok body Elaine yang masih lagi meletup bak model biarpun kini sedang hamil lima bulan.

Elaine, hos program tv Bella kini sedang hamil anak sulung dan menyatakan perasaan terujanya mengandung di kala usianya kini sudah pun mencecah 35 tahun ke atas.

Untuk makluman, Elaine berkahwin dengan seorang doktor kelahiran Afrika Selatan pada 4 Disember lalu selepas hampir lapan bulan berkenalan.

Tahniah diucapkan buat Elaine dan suami!


Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Sumber : mynewshub.cc

Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung

Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu.


Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung, info, terkini, sensasi, berita, kejam
Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama.
 
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.


Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung, info, terkini, sensasi, berita, kejam

Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. - BH Online

Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu

Spekulasi pergolakan rumah tangga yang melanda Zamarul Hisham dan Diana Rafar akhirnya terungkai.

Krisis melanda pasangan pelakon ini mula dihidu selepas Diana Rafar dilihat menfailkan penceraian terhadap Zamarul di mahkamah syariah di Shah Alam, 15 Januari lalu.


Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zamarul hisham, diana rafar

Akhirnya eksklusif menerusi Berita Harian, Zamarul tampil mendedahkan status sebenar rumah tangga mereka.

Dalam satu pengakuan mengejutkan Zamarul mengaku telah menceraikan Diana dengan talak satu pada 15 Januari lalu.

“Tiada apa yang perlu diselindung lagi. Kami sudah sah bercerai Januari lalu. Apa yang berlaku ada hikmah, terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja.


Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zamarul hisham, diana rafar

“Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami, peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan mendoakan yang terbaik.

“Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan ini. Kalau ada berita gembira (rujuk semula) saya akan kongsi tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami,” katanya.

Mengakui masih menyayangi Diana, Zamarul berharap peminat mendoakan mereka berdua meskipun perpisahan ini sudah ditentukan.

“Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia,” ujarnya.

Zamarul dan Diana diijabkabulkan pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas lapan tahun bercinta dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal.



Sumber : mynewshub.cc

Fara Fauzana Akui Dah Ada Teman Istimewa

Lebih senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana boleh dikatakan jarang sekali didedahkan di dada media.


Fara Fauzana Akui Dah Ada Teman Istimewa, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fara Faauzana

Namun seiring dengan usia yang sudah memasuki angka 35, ramai peminat hiburan pastinya ingin tahu bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujangnya.

Tanpa disangka menerusi siaran Melodi hari ini, Fara Fauzana akhirnya membuat pengakuan dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang berjaya mengisi hatinya kini.

Bagaimanapun, Fara Fauzana atau mesra disapa FaFau lebih senang untuk tidak mendedahkan gerangan siapakah teman lelakinya itu.

FaFau juga berharap agar semua peminat dapat memahami dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri.

“Saya wanita Melayu dan Islam, perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga.. family, bestfriend…

“Setiap orang impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.

Ok, sama-sama kita doakan moga hubungan yang terjalin antara FaFau dan pilihan hatinya dapat disatukan segera dalam satu ikatan sah.

Sumber : mynewshub.cc

Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan

Kecantikan wanita tidak hanya diukur daripada rambut maka langkah Majalah Remaja membuka penyertaan finalis Dewi Remaja kepada gadis bertudung sememangnya baik.


Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan, info, terkini, berita, sensasi, dewi remaja, finalis Dewi Remaja

Bagaimanapun apabila bertudung sudah pasti ada ‘adat’ yang perlu dijunjung kerana tudung yang digunakan untuk menutup sebahagian aurat itu juga, merupakan lambang agama dan tata susila.

Justeru apabila video memaparkan finalis Dewi Remaja 2015 yang bertudung namun memakai seluar ketat ikut sama menari hingga mendedahkan liuk lentok tubuh tersebar, ia dikecam ramai netizen.

Dipercayai, aksi menari mengikut alunan lagu rancak ini dilakukan dalam satu flashmob yang berlangsung di KL Sentral, semalam.




Tidak dapat dinafikan, pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bintang yang memeriahkan dunia seni tanah air antaranya Scha Al-Yahya, Neelofa, Anzalna dan ramai lagi.

Tahniah juga diucapkan kepada Majalah Remaja kerana berjaya menongkah arus penerbitan hari ini apabila masih laris di pasaran tetapi pada masa sama, teguran daripada peminat harus diambil kira juga demi kebaikan dan nama baik majalah, betul tak?

Jadi selepas ini, kami sarankan supaya sebarang aktiviti yang dirancang untuk para Dewi Remaja mestilah mengambil kira juga sama ada ia sesuai atau tidak untuk finalis yang bertudung.


Sumber : mynewshub.cc