Monday, March 2, 2015

Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan

Kecantikan wanita tidak hanya diukur daripada rambut maka langkah Majalah Remaja membuka penyertaan finalis Dewi Remaja kepada gadis bertudung sememangnya baik.


Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan, info, terkini, berita, sensasi, dewi remaja, finalis Dewi Remaja

Bagaimanapun apabila bertudung sudah pasti ada ‘adat’ yang perlu dijunjung kerana tudung yang digunakan untuk menutup sebahagian aurat itu juga, merupakan lambang agama dan tata susila.

Justeru apabila video memaparkan finalis Dewi Remaja 2015 yang bertudung namun memakai seluar ketat ikut sama menari hingga mendedahkan liuk lentok tubuh tersebar, ia dikecam ramai netizen.

Dipercayai, aksi menari mengikut alunan lagu rancak ini dilakukan dalam satu flashmob yang berlangsung di KL Sentral, semalam.




Tidak dapat dinafikan, pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bintang yang memeriahkan dunia seni tanah air antaranya Scha Al-Yahya, Neelofa, Anzalna dan ramai lagi.

Tahniah juga diucapkan kepada Majalah Remaja kerana berjaya menongkah arus penerbitan hari ini apabila masih laris di pasaran tetapi pada masa sama, teguran daripada peminat harus diambil kira juga demi kebaikan dan nama baik majalah, betul tak?

Jadi selepas ini, kami sarankan supaya sebarang aktiviti yang dirancang untuk para Dewi Remaja mestilah mengambil kira juga sama ada ia sesuai atau tidak untuk finalis yang bertudung.


Sumber : mynewshub.cc