Wednesday, March 4, 2015

Gambar Bomba Selamatkan Lelaki Pengsan Atas Pokok

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bomba Sukarela Jengka Tujuhbelas kerana berjaya menyelamatkan seorang lelaki pengsan diatas pokok durian.


Bomba Selamatkan Lelaki Pengsan Atas Pokok, info, terkini,berita, bomba

Menurut sumber info yang dipetik dari Facebook Bomba Sukarela Jengka Tujuhbelas, lelaki itu pengsan diatas pokok berkenaan ketika sedang memasang jerat burung.

Bomba Selamatkan Lelaki Pengsan Atas Pokok, info, terkini,berita, bomba

Tidak dapat dipastikan pula kenapa beliau pengsan namun ada sumber yang menyatakan mungkin kerana faktor ketinggian pokok durian itu. Katanya, mangsa sebelum itu pitam dan kemudiannya pengsan namun bernasib baik tersangkut pada pokok berkenaan dan tidak terjatuh.
Bomba Selamatkan Lelaki Pengsan Atas Pokok, info, terkini,berita, bomba

Kejadian berkenaan berlaku di Felda Seri Pagi, Jengka 17, Pahang Darul Makmur. Mangsa berjaya diturunkan dalam keadaan selamat. Tahniah sekali lagi kepada anggota Bomba Sukarela yang bertugas.

Sumber : ammboi.com

"Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis

Penerbit Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim memberitahu bahawa filem adiwira "Cicakman 3" mendapat tawaran dari negara Perancis untuk ditayangkan di sana selain Thailand, Singapura dan Brunei.


"Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis, info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, cicakman 3

"Kami ada menerima permintaan dari Singapura dan Brunei dan hasil kerjasama kami dengan pihak dari Perancis dan Thailand untuk filem "Cicakman" sebelum ini, jadi untuk filem terbaru kami juga telah menerima permintaan, namun ia masih belum dapat dipastikan," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana "Cicakman 3" di Cathay Cineplex ECurve, semalam.

Menurut Norman lagi, filem "Cicakman" sebelum ini juga mempunyai versi Perancis.


"Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis, info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, cicakman 3

Dalam pada itu, bagi pengarahnya Yusry Abdul Halim, "Cicakman 3" ini bukan 'reboot' tetapi mahu mengembalikan konsep asal filem adiwira ini.

"Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis, info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, cicakman 3

"Cicakman 3" mengekalkan genre aksi komedi dengan lawak jenaka yang lebih lucu dan bersahaja, aksi yang lebih mantap serta elemen drama yang menyentuh hati.

"Bandaraya Metrofulus pula dihidupkan semula dengan penggunaan CGI yang lebih kemas hasil kematangan artis-artis kesan khas visual di KRU Studios yang kini sudah masuk tahun yang ke-10 di dalam bidang penerbitan filem."

Tambah Yusry lagi, dia yakin dan menyatakan bahawa filem terbaru arahannya bersama Ghaz Abu Bakar adalah naskah yang terbaik yang pernah diarahkannya.

"Saya berani katakana "Cicakman 3" merupakan naskah yang terbaik yang pernah saya arahakan bukan saja dari sudut teknikal tetapi yang lebih penting penceritaan yang baik hasil kerjasama dengan Ghaz serta pakar-pakar skrip dari tiga studio besar di Malaysia."

"Cicakman 3" terbitan KRU Studios, Astro Shaw dan Grand Brilliance ini dibintangi pelakon hebat seperti Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan ramai lagi akan menemui penonton pada 12 Mac ini.

Sumber : tupai.com.my

SonaOne nafi bercinta dengan Juliana Evans

Rapper popular SonaOne menyangkal dakwaan kononnya dia kini menjalin hubungan cinta dengan aktres jelita Juliana Evans.


SonaOne nafi bercinta dengan Juliana Evans, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, juliana evan, Sonaone

Menurut SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Lazoch, gosip yang mengatakan mereka bercinta itu hanyalah gurauan rakan-rakan Juliana.

"Saya rasa gosip yang mengatakan kami sedang bercinta ini agak kelakar kerana kami sudah berkawan rapat sejak dulu lagi. Malah saya dan Juliana sudah berkawan sejak usia kami kecil.

"Mungkin ada pihak yang suka melihat kami sebagai sepasang kekasih dan cuba untuk menyatukan kami berdua.

"Namun buat masa ini saya mahu fokus dengan muzik yang saya perjuangkan dan tiada masa untuk bercinta," katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Juliana turut menyangkal dia dan SonaOne merupakan pasangan kekasih kerana mreka hanya teman rapat sahaja.

"Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa kami merupakan sepasang kekasih. Buat masa sekarang, saya selesa bersahabat dengan dia.

"Tiada apa yang istimewa dalam perhubungan kami. Apa yang boleh saya nyatakan ialah kami lagi dalam peringkat teman rapat sahaja," katanya yang dipetik dari Kosmo!

Sementara itu, SonaOne memberitahu dia kini sedang sibuk dengan pembikinan album solo pertamanya yang bakal diriliskan tidak lama lagi.

Sumber : tupai.com.my

Monday, March 2, 2015

Video Perkahwinan Paling ‘Sporting’

Sporting ! Itulah perkataan yang keluar selepas melihat video sebuah majlis perkahwinan yang dimuat naik oleh salah seorang rakan pengantin wanita di laman sosial Facebook.


Video Perkahwinan Paling ‘Sporting’, info, terkini, berita, sensasi

Video ‘flashmob’ yang berdurasi tiga minit itu menjadi ‘viral’ apabila beribu pengguna laman sosial itu mula berkongsi di Facebook.

Pelbagai reaksi serta komen positif dan negatif diterima namun itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pihak pengantin.



Menurut rakan pengantin, mereka tidak kisah apa pandangan orang ramai kerana mereka hanya ingin meraikan rakan setarian mereka yang sudah mengakhiri zaman bujangnya.

Mereka yang juga merupakan penari kebudayaan di bawah kumpulan Gemalai Qarma Dansa beranggapan segala kritikan baik dan buruk itu adalah lumrah sebagai penari.


Video Perkahwinan Paling ‘Sporting’, info, terkini, berita, sensasi

Sebelum ini mereka juga kerap mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan.

Sumber : mynewshub.cc

Jep Sepahtu Iri Hati Dengan Populariti AC Mizal?

Beberapa minggu yang lalu, Datuk AC Mizal pernah dikaitkan bergaduh dengan seorang pelawak namun nama pelawak tersebut tidak disebut. Malah AC Mizal mengakui menganggap pelawak tersebut sebagai seorang adik dan tak ada sebab untuk bermasam muka.


Jep Sepahtu Iri Hati Dengan Populariti AC Mizal?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jep sepahtu, AC Mizal

Terbaru menerusi ruangan sebuah akhbar tempatan, Jep Sepahtu dikatakan iri hati dengan populariti yang dikecapi oleh AC Mizal. Laa kenapa pula ini?

Menerusi ruangan Pancaindera semalam, Jep Sepahtu didakwa makan hati dengan peminat AC Mizal yang dikatakan bilangannya lebih ramai berbanding kelab peminatnya sendiri.

Malah kontroversi bermasam muka ini dikatakan bermula sejak program Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari.


Jep Sepahtu Iri Hati Dengan Populariti AC Mizal?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jep sepahtu, AC Mizal

Setahu kami Jep Sepahtu dan AC Mizal cukup profesional sepanjang pembabitan mereka dalam bidang seni. Isu makan hati dan cemburu ini seharusnya tidak timbul memandangkan kedua-dua mereka sudah cukup dikenali dan punyai peminat tersendiri.

Apa-apa pun harap kontroversi ini dapat diselesaikan secepat mungkin andai benar ada pertelingkahan antara mereka berdua. Kata orang, buang yang keruh ambil yang jernih.

Sumber : ohbulan.com

Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?

Sejak beberapa minggu yang lalu Nazim Othman dilihat kerap memuatnaik foto dengan kapsyen yang agak menyayat hati di laman Instagramnya sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.


Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Malah ada yang mula membuat andaian bahawa Nazim sedang bergelut dengan penyakit membahaya. Hal ini dikuatkan lagi menerusi sekeping foto imbasan magnetik (MRI) di bahagian kepalanya.

Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Jika diamati betul-betul, hasil imbasan MRI milik Nazim jelas berbeza berbanding manusia normal. Malah ada peminat yang mendakwa Nazim ada ketumbuhan dalam otak berdasarkan kesan bengkak pada bahagian kanan depan otaknya.

Nazim juga sempat berkongsi foto pil Dexamethaso, sejenis steroid yang diambil dua biji setiap hari bagi melawan kesakitannya itu. Menurut Nazim lagi dirinya sedang berjuang bagi melawan kesakitan yang di hidapi.

Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Tindakan Nazim yang mengambil keputusan untuk terus berdiam diri sedikit sebanyak mengundang resah dan simpati peminat. Terbaru, Nazim bertindak memotong rambutnya sehingga botak! Apa dah jadi sebenarnya Nazim?


Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Jika sebelum ini Nazim kerap membalas komen daripada peminat namun sekarang tidak. Foto-foto terbarunya kini penuh dengan kata-kata motivasi. Harap Nazim tabah menghadapi sebarang jenis penyakit yang sedang dihidapi oleh dirinya. Teruskan berdoa dan meminta pertolongan daripada Dia, Insyallah.





Sumber : ohbulan.com