Monday, December 29, 2014

Jika MH370, MH17 Dan QZ8501 Konspirasi – Angkara Siapa?

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa  atau sesuatu yang menyamai misteri  Malaysia Airlines (MAS) MH370?


Jika MH370, MH17 Dan QZ8501 Konspirasi, info, terkini, berita, spekulasi QZ8501,
Anggota Polis Marin Indonesia mengikuti taklimat operasi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak pagi semalam. 
Kegagalan sebarang serpihan kapal itu ditemui dalam tempoh lebih 24 jam mengundang persoalan apakah ia juga lenyap tanpa dapat dikesan seperti yang alami oleh MH370  sejak Mac lalu.

Persoalan seperti itu memang tidak dapat dielak dari muncul dalam benak pemikiran kita lebih-lebih lagi misteri MH370 masih segar dalam pemikiran setiap rakyat negara ini.

Kejadian terbaru melibatkan AirAsia Indonesia itu boleh dikatakan kes ketiga pesawat berkaitan industri penerbangan Malaysia (memandangkan AirAsia milik rakyat negara ini) selepas MH370  dan MH17 yang terhempas di Ukraine Julai lepas.

Sehingga kini, misteri MH370 ialah di mana ia berada memandangkan satu serpihan sebesar jarum pun belum ditemui manakala MH17 pula siapa yang menambaknya jatuh, sama ada Russia atau Ukraine.

Jika diimbas , pesawat AirAsia itu dilaporkan terputus hubungan kawalan trafik udara (ATC) pada pukul 7.24 pagi semalam selepas berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Singapura.

Menurut aplikasi FlightRadar24, pesawat itu sedang berada pada ketinggian ideal untuk penerbangan iaitu pada 32,000 kaki ketika isyarat perhubungan itu terputus.

Difahamkan juga, juruterbang ada meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi ke ketinggian 38,000 kaki untuk mengelak daripada laluan cuaca buruk kerana ribut petir dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Tidak berapa lama selepas itu, ia hilang dari radar sehingga kini.

Media Indonesia semalam membuat spekulasi ia terhempas di perairan Pulau Belitung namun sehingga kini, ia kekal sebagai spekulasi semata-mata.

Justeru, nasib kapal itu masih belum diketahui. Sudah kedengaran suara-suara di laman siber seperti Twitter dan Facebook kapal QZ8501 juga tidak akan ditemui sampai bila-bila.

Ketika ini misi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat digerakkan diketuai Indonesia dan dibantu Malaysia, Singapura dan Australia.

Sehingga nasib kapal QZ8501 diketahui, maka ia akan terus dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370, lebih-lebih lagi memandangkan sudah mula timbul cerita ada orang melihat kapal itu terbang rendah dan perlahan, jalan cerita yang sebijik umpama ketika kapal milik MAS itu hilang.

Persoalannya, jika ketiga-tiga kejadian (MH370, MH17 dan QZ8501)  ada hubung kait, maka tangan jahat mana yang terbabit dalam konspirasi yang begitu besar?

Sungguh menakutkan jika ada pihak mampu berbuat demikian dan pihak itu tidak dapat dikenal-pasti.

Sukar untuk dikatakan ia dilakukan oleh mana-mana organisasi jenayah, tetapi kalau dilakukan oleh negara-negara tertentu, maka itu masuk akal.

Namun apa faedahnya dan matlamatnya? Takkan bergitu beriya-iya semata-mata untuk menghancurkan masa depan industri penerbangan atau industri pelancongan negara?

Masa Mh370, wujud dakwaan ia dilakukan untuk memusnahkan hubungan baik Malaysia dengan China, dan ia hampir berjaya dilakukan.

Apakah kali ini untuk merosakan hubungan baik dua negara serumpan di Nusantara? Kalau benar, moga kita semua tidak jatuh dalam perangkap seperti itu.

Atau wujud tekanan balik tabir ke atas kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tertentu?

Mungkin sukar untuk mengebom Malaysia kembali ke zaman batu secara terbuka, justeru tekanan cara lain digunakan.

Sejujurnya, hanya masa mampu menentukan apakah nasib malang ketiga-tiga kapal berkenaan ada perkaitan atau sekadar satu kebetulan dan hanya kemalangan udara yang biasa.

Isya’Allah, misteri ini akan terungkai juga suatu hari nanti.


Sumber : mynewshub.cc