Monday, December 29, 2014

Mourinho Mengamuk, Dakwa Chelsea Dihukum Pengadil

Jose Mourinho menyelar pengadil, Anthony Taylor kerana melayangkan kad kuning kepada Cesc Fabregas yang didakwa sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti.


Mourinho Mengamuk, Dakwa Chelsea Dihukum Pengadil, sukan bola sepak, chelsea, EPL,

Tidak cukup dengan itu, Mourinho turut mendakwa tindakan melayangkan kad kuning tersebut merupakan satu skandal atau kempen untuk memerangi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea.

Fabregas merupakan pemain Chelsea ketiga dilayangkan kad kuning kerana sengaja menjatuhkan diri di dalam kawasan penalti pasukan lawan selepas Diego Costa dan Willian pada bulan ini.

Selain Febregas, Gary Cahill dan Branislav Ivanovic turut dituduh melakukan lakonan sama dalam perlawanan melibatkan Chelsea menentang Southampton pada Ahad yang berkesudahan seri 1-1.

Berikutan itu, Mourinho mendakwa The Blues kini sedang dihukum oleh pengadil.

Dalam aksi itu Fabregas didakwa sengaja menyentuh kakinya dengan kaki pertahanan lawan, Matt Tergett sebelum menjatuhkan diri.


Sumber : mstar.com.my