Showing posts with label EPL. Show all posts
Showing posts with label EPL. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Wayne Rooney Jaguh Buat Man United Tewaskan Sunderland

Wayne Rooney menjadi jaguh buat Manchester United apabila memberi kemenangan kepada pasukan itu menerusi dua jaringannya ketika bertemu dengan Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi Ahad. Kemenangan 2-0 itu membuatkan Manchster United dapat menduduki tempat ketiga sekali gus menjadikan Arsenal ketinggalan di belakang.Babak pertama perlawanan berlangsung tanpa sebarang jaringan biarpun daripada...

Tuesday, February 24, 2015

Liverpool Fokus Saingi Man United, Arsenal

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengatakan bahawa fokus pasukannya adalah untuk mengejar menyaingi kedudukan Manchester United dan Arsenal. Liverpool pada masa ini ketinggalan berada pada kedudukan keenam, manakala Arsenal ketiga dan Man United keempat.Liverpool akan bertemu Manchester City akhir bulan ini di Anfield. Pasukan itu pula akan berhadapan dengan Man United pada Mac depan.Keyakinan Liverpool melonjak selepas menewaskan Southampton...

Tuesday, January 13, 2015

Manchester City Beli Bony Pada Harga £25 Juta

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah berjaya mendapatkan tandatangan penyerang Swansea City, Wilfried Bony pada harga £25 juta. Jumlah itu boleh meningkat kepada £28 juta sekiranya beberapa syarat lain dipenuhi.Bony, yang akan menandatangani kontrak selama 4½ tahun bersama City akan menerima bayaran gaji lumayan iaitu sekitar £100,000 seminggu tidak termasuk bonus kemenangan dan lain-lain bayaran tambahan.Pembelian Bony bermakna...

Saturday, January 10, 2015

Milner cabar rakan sepasukan

James Milner melontarkan cabaran buat semua pemain Manchester City supaya membuktikan kesungguhan mereka untuk mempertahankan Liga Perdana Inggeris ketika skuad kendalian Manuel Pellegrini itu dijadualkan menentang Everton malam ini. City berkongsi mata dengan pendahulu, Chelsea - dibezakan hanya dengan abjad - selepas mempamer aksi membanggakan sejak kebelakangan ini.Juara bertahan itu ketinggalan lapan mata berbanding anak buah Jose Mourinho...

Friday, January 9, 2015

Liverpool Bukan Pilihan Pemain Bertaraf Bintang

Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers mengakui susah untuk menarik perhatian pemain bertaraf dunia untuk ke kelab itu berdasarkan prestasi semasa yang tidak menentu. Bagimanapun, kelab itu tiada pilihan, sebaliknya perlu memancing pemain bertaraf bintang untuk menampung keperluan di posisi penting termasuk selepas ketiadaan Steven Gerrard.Jurulatih The Kop itu kehilangan Alexis Sanchez pada awal musim lalu selepas pemain terbabit memilih...

Wednesday, January 7, 2015

Manchester City Sedia Bayar Swansea £30 Juta

Manchester City dilaporkan telah bersetuju untuk memberikan Swansea sebanyak £30 juta sebagai yuran mendapatkan penyerang kelab itu, Wilfried Bony. Sehubungan itu, Bony yang juga penyerang Ivory Coast dijangka akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama City untuk meraih pendapatan sebanyak £100,000 seminggu.Swansea terpaksa melepaskan Bony kepada City selepas pemain yang sedang menjalani latihan bersama skuad negaranya menyatakan...

Campbell, Sanogo Bakal Tinggalkan Arsenal Bulan Ini

Dua penyerang Arsenal iaitu Joel Campbell dan Yaya Sanogo akan mengikut jejak langkah Lukas Podolski untuk meninggalkan kelab berkenaan pada bulan ini. Podolski meninggalkan The Gunners untuk menyertai Inter Milan menerusi pinjaman pada awal bulan ini. Dua penyerang, Campbell (kiri) dan Sanogo bakal meninggalkan Arsenal Bagaimanapun, kelmarin, Villareal cuba mendapatkan Campbell yang turut dikehendaki oleh David Moyes untuk Real Sociedad. Penyerang...

Saturday, January 3, 2015

Arsenal Tumbang, Man City Benam Sunderland

Penyandang juara, Manchester City kembali menemui rentak kemenangan selepas membenam Sunderland di laman sendiri, Etihad ketika Arsenal mempamerklan aksi longlai di St Marys, selepas tumbang 0-2 kepada Southampton. Penjaga gol pasukan Southampton, Fraser Forster (ttengah) cuba menyelamatkan cubaan pemain Arsenal, Alexis Sanchez (kiri) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Southampton menentang Arsenal di Southampton pada Khamis....

Manchester United Memang Layak Seri - Van Gaal

Keputusan seri 1-1 menentang Stoke City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Khamis dianggap adil oleh pengurus Manchester United, Louis van Gaal. Malah, Van Gaal mengakui Stoke yang terlebih dulu berjaya membolosi gawang United beraksi lebih baik berbanding pasukan bimbingannya dalam perlawanan yang berlangsung di Brittania. "Kami tidak layak mendapat keputusan lain selain seri. "Mereka lebih hampir untuk menjaringkan gol kemenangan...

Monday, December 29, 2014

Mourinho Mengamuk, Dakwa Chelsea Dihukum Pengadil

Jose Mourinho menyelar pengadil, Anthony Taylor kerana melayangkan kad kuning kepada Cesc Fabregas yang didakwa sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti. Tidak cukup dengan itu, Mourinho turut mendakwa tindakan melayangkan kad kuning tersebut merupakan satu skandal atau kempen untuk memerangi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea. Fabregas merupakan pemain Chelsea ketiga dilayangkan kad kuning kerana sengaja menjatuhkan...

Alexis Sanchez Diperbodohan Rakan Senegara

Pemain Arsenal, Alexis Sanchez didakwa telah diperbodohkan oleh rakan senegara dari Chile ketika mengambil sepakan penalti dalam perlawanan melibatkan Arsenal menentang QPR pada Jumaat. Vargas memberi isyarat kepada Green apabila berjaya membaca gerakan Sanchez. Dakwaan itu menjadi topik utama dalam berita Liga Perdana Inggeris apabila Eduardo Vargas yang mewakili QPR dilapor berjaya membaca gerakan Sanchez ketika menyempurnakan penalti. Vargas...

Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas

Tempoh pinjaman Frank Lampard di Manchester City akan berakhir pada awal Januari depan. Bagaimanapun pengurusan The Citizens berharap dapat mempertahankan pemain tengah ini kerana prestasinya yang cemerlang. Sehingga kini, pengurusan kelab itu masih lagi berunding dengan New York City FC, kelab yang dinaunginya selepas Chelsea. Bagaimanapun, keputusan itu hanya dapat diketuai selepas Hari Krismas. Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini...

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini dilapor mahu mendapatkan Mario Mandzukic yang benilai £25 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai persediaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Pellegrini terdesak untuk mendapatkan Mandzukic yang merupakan penyerang Croatia dan Atletico Madrid bagi menajamkan jentera serangan City selepas mereka hanya mengharapkan kepada Sergio Aguero. Bagaimanapun Aguero juga menerima nasib...

Jadual Liga Perdana Inggeris

Berikut merupakan jadual Liga Perdana Inggeris minggu ini yang akan berlangsung pada hari jumaat malam. 9 perlawanan akan berlangsung yang bermula seawal 8.45 malam. Jumaat Chelsea lwn West Ham - 8.45 malam Burnley lwn Liverpool - 11 malam Manchester United - Newcastle United - 11 malam Leicester City lwn Tottenham - 11 malam West brom lwn Manchester City - 11 malam Everton lwn Stoke City - 11 malam Sunderland lwn Hull City - 11 malam Swansea...