Monday, January 12, 2015

AirAsia QZ8501: Kotak Hitam Pesawat Ditemui

Penyelam misi mencari dan menyelamat Indonesia pada Ahad menemui kotak hitam milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 membawa 162 orang yang terhempas dekat Laut Jawa, kata Kementerian Pengangkutan.


AirAsia QZ8501: Kotak Hitam Pesawat Ditemui, info, terkini, berita, mangsa nahas pesawat QZ8501, kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501,

Bagaimanapun, katanya, mereka masih gagal untuk mengeluarkan kotak hitam itu kerana ia tersekat di bawah serpihan bahagian utama pesawat berkenaan.

"Penyelamat tentera laut di wilayah Jadayat berjaya menemui peralatan yang amat penting itu iaitu kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501,"kata Pegawai Kanan kementerian itu, Tonny Budiono.

Sumber : mstar.com.my