Showing posts with label mangsa nahas pesawat QZ8501. Show all posts
Showing posts with label mangsa nahas pesawat QZ8501. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang Ditemui

JAKARTA – Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari serpihan dan baki mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya menemui bahagian kokpit pesawat dan membawa keluar satu jasad dipercayai juruterbangnya, pagi ini. Gambar yang diambil pada 2 Februari lalu, pasukan penyelamat Indonesia dari Agensi Pencari dan Penyelamat menemui jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa. – Foto AFP Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat...

Monday, January 12, 2015

AirAsia QZ8501: Kotak Hitam Pesawat Ditemui

Penyelam misi mencari dan menyelamat Indonesia pada Ahad menemui kotak hitam milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 membawa 162 orang yang terhempas dekat Laut Jawa, kata Kementerian Pengangkutan. Bagaimanapun, katanya, mereka masih gagal untuk mengeluarkan kotak hitam itu kerana ia tersekat di bawah serpihan bahagian utama pesawat berkenaan."Penyelamat tentera laut di wilayah Jadayat berjaya menemui peralatan yang amat penting itu iaitu...

Wednesday, January 7, 2015

QZ8501: Penyelam Redah Arus Hampiri Dua Objek Besar

Dua penyelam pada Rabu bertindak nekad meredah arus bergelora di Selat Karimata di sini bagi mendapatkan dua objek besar dipercayai badan pesawat milik AirAsia Indonesia yang terhempas sejak lebih seminggu lalu. Kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Forth Worth pada Selasa berjaya mengesan dua objek besar yang berada di kedalaman 28 meter selat berkenaan dan iadipercayai bangkai pesawat QZ8501."Kami akan mula mengenalpasti objek tersebut...

QZ8501: Identiti Tiga Lagi Mangsa Dikenal Pasti

Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) pada Selasa mengesahkan identiti tiga lagi mangsa nahas AirAsia Indonesia QZ8501 telah dikenal pasti. Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kasturi menemui satu mayat wanita di kawasan pencarian Lautan Kalimantan pada pukul 2 petang waktu Malaysia, Isnin. Mayat kemudian diserahkan kepada helikopter Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia untuk bedah siasat...

Monday, January 5, 2015

Media Dilarang Buat Liputan Penyerahan Mayat Di Surabaya

Polis telah mengenakan larangan terhadap wartawan yang ingin membuat liputan proses penyerahan mayat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 di Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) di Polda Jawa Timur, Surabaya. Menurut Kompas.com, tindakan ini berikutan bantahan dari keluarga mangsa yang menginginkan proses itu dijalankan tanpa sebarang liputan oleh pihak media. Jurucakap polis Jawa Timur, Komisioner Kanan Awi Setiyono berkata, beliau telah...