Saturday, January 10, 2015

Dua Suspek Charlie Hebdo Dalam Senarai Larangan Ke AS

Dua beradik yang dinamakan pihak berkuasa Perancis sebagai suspek utama serangan di pejabat akhbar Charlie Hebdo, kelmarin adalah dalam senarai larangan terbang ke Amerika Syarikat (AS).

Dua Suspek Charlie Hebdo Dalam Senarai Larangan Ke AS, luar negara, berita, charlie hebdo,
Polis Perancis semalam mengedar gambar dua beradik yang disyaki suspek dalam serangan ke atas pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo di sini sambil melancarkan kempen supaya orang ramai menyalurkan maklumat. Polis Paris berkata, waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap Cherif Kouachi, 32 (kiri) dan abangnya, Said, 34 yang dikatakan "mungkin bersenjata dan berbahaya". - Foto AFP


Ia didedahkan oleh seorang pegawai kanan antipengganas AS mengenai status Cherif Kouachi, 32, dan abangnya Said Kouachi, 34.

Kedua-dua suspek juga disyaki pernah menyertai peperangan di negara Asia Barat dengan kumpulan militan.

Saksi berkata penyerang terbabit mendakwa mereka ada kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda di Yaman.

Dalam kejadian kelmarin, 12 orang terbunuh apabila kumpulan lelaki bersenjata menyerang pejabat akhbar mingguan satira berkenaan.


Sumber : mynewshub.cc