Meskipun tirai 2015 sudah bermula, coretan hitam dua tahun lalu masih menghambat perjalanan hidup pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim atau mesra dengan sapaan Fida, 29.
Insiden yang berlaku ketika dia membintangi satu telefilem itu nyata menjadi igauan ngeri dalam perjalanan karier seni hingga kini.
Dakwaan dia berlagak 'diva' serta tidak berdisiplin kerana lari meninggalkan set penggambaran bagaikan terus menghukum Fida hingga sukar untuknya membersihkan nama yang tercemar itu.
Lebih memilukan Fida, sejak insiden itu berlaku hingga hari ini imejnya dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan bagaikan negatif.
Fida berkata, tidak banyak tawaran berlakon diperolehnya meskipun baru selesai membintangi telefilem komedi, Idris MLM arahan Mamat Khalid.
"Saya akui kehidupan sekarang agak sukar kerana tidak banyak tawaran berlakon. Ia memberi impak pada sumber kewangan saya.
"Walaupun saya masih bujang, tetapi ada komitmen pada keluarga yang perlu saya tanggung. Jadi, kini saya hanya mampu menjalankan perniagaan online (dalam talian).
"Saya mengambil inisitif berniaga minyak wangi secara online dalam jumlah tidak banyak. Saya hanya menyediakan barangan berdasarkan permintaan," katanya.
Menurut Fida, dia tidak berani untuk membeli minyak wangi dijual itu dalam kuantiti banyak kerana bimbang perlu menanggung kerugian sekiranya tiada pembeli.
Akur dengan dugaan menimpa dirinya kini, Fida berkata, meskipun mengalami saat sukar, dia yakin pasti ada hikmah kebaikan di sebaliknya.
Anak bongsu dalam keluarga ini mengakui dia takkan sesekali patah semangat dengan mudah dan nekad akan terus berjuang untuk membina nama sebagai insan seni berjaya.
Apapun, Fida mengakui dia teruja menanti tayangan drama adaptasi novel lakonannya, Setulus Janji yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Menyentuh mengenai nyanyian pula, Fida berkata, dia ada perancangan untuk merakamkan lagu ciptaan dia sepenuhnya untuk dijadikan single solo.
Sumber : hmetro.com.my