Saturday, January 10, 2015

Yaya Toure terbaik Afrika buat kali ke-4

Pemain tengah Manchester City dan Ivory Coast Yaya Toure muncul pemain pertama yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Afrika empat kali berturut-turut.

Yaya Toure terbaik Afrika buat kali ke-4, info, terkin, bola sepak, yaya toure,

Pemain berusia 31 tahun itu mengatasi penyerang Gabon dan Borussia Dortmund Pierre-Emerick Aubameyang serta penjaga gol Nigeria Vincent Enyeama yang mewakili kelab Perancis Lille.

Toure menyamai rekod bintang Cameroon Samuel Eto’o yang pernah menjulang anugerah itu empat kali tetapi dia adalah pemain pertama yang dinobatkan selaku pemenang empat kali berturut-turut.

Toure yang menang anugerah itu buat kali pertama pada 2011, mengetuai Manchester City merangkul gelaran Liga Perdana musim lalu selain membantu negaranya di Piala Dunia Brazil.

Jurulatih dan pengarah teknikal 54 negara anggota Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu.

Ndombe Mubele yang menjaringkan enam gol ketika AS Vita dari Congo melangkah ke final Liga Juara-Juara, dipilih sebagai Pemain Terbaik Afrika bagi kategori pemain yang beraksi di benua itu.

Asisat Oshoala dari Nigeria mengatasi Desire Oparanozie dan penjaga gol Cameroon Annette Ngom Ndom selaku Pemain Wanita Terbaik Afrika. Dia turut memenangi anugerah Pemain Remaja Wanita Terbaik.

Algeria dipilih sebagai Pasukan Terbaik Afrika tahun lalu selepas layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia manakala anugerah Jurulatih CAF Terbaik dimenangi Kheireddine Madoui yang mengendalikan ES Setif menjulang gelaran Liga Juara-Juara Afrika.

Kelab Algeria, ES Setif dipilih sebagai Kelab Terbaik Tahunan.

Sumber : hmetro.com.my