Saturday, January 10, 2015

Isu Gambar Najib Di Kampit Beras, NGO Buat Laporan

Bahana menyebarkan berita palsu, satu NGO bawah Pemuda UMNO, Briged Kesatria Muda Malaysia membuat laporan polis terhadap portal Malaysiakini dan penulis blog Syed Akbar Ali berikutan penyiaran gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada kampit beras.

Menurut NGO tersebut, gambar itu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi memaparkan gambar Najib dan seorang lagi menteri kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri ditampal di atas sumbangan beras buat mangsa banjir.

Isu Gambar Najib Di Kampit Beras, NGO Buat Laporan, info, terkini, berita, NGO, Najib Razak

Pada mulanya gambar itu dimuat naik oleh Syed Akbar dalam laman blognya, syedoutsidethebox.blogspot.com dan kemudiannya isu tersebut dimainkan Malaysiakini.

Memetik laporan tersebut, “Gambar dan kenyataan tersebut kemudiannya telah disensasikan oleh Malaysiakini dengan beberapa artikel yang tidak benar dan bohong hingga menyebabkannya tersebar dan (menimbulkan) tanggapan yang salah terhadap masyarakat.


Isu Gambar Najib Di Kampit Beras, NGO Buat Laporan, info, terkini, berita, NGO, Najib Razak

Laporan ini dibuat kerana saya menyangkal dakwaan yang dibuat Syed Akbar Ali dan Malaysiakini dalam portal mereka kerana mereka telah menyebar fitnah yang telah menjatuhkan maruah dan tanggapan masyarakat yang salah terhadap saya.

Laporan polis ini juga dibuat untuk tindakan mahkamah dalam menuntut keadilan bagi membersihkan nama saya, Briged Kesatria Muda Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Ismail Sabri.”

Itulah padahnya kalau seseorang individu menyebarkan berita palsu tanpa cuba mendapatkan sumber dan kebenaran cerita itu kerana kesannya bukan kecil tapi melibatkan maruah serta imej seseorang.

Tambah pula, masyarakat kini memang gemar dengan isu sensasi dan mudah mempercayai berita yang kontroversi, lantas menggunakan media sosial untuk berkongsi cerita tersebut dengan butang ‘share’ dan ‘retweet’. 

Sumber : mynewshub.cc