Friday, January 2, 2015

Juruterbang AirAsia Indonesia Dilapor Positif Dadah

Seorang juruterbang AirAsia Indonesia pada Khamis dilaporkan positif dadah dalam satu pemeriksaan yang dijalankan selepas beliau menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.


Juruterbang AirAsia Indonesia Dilapor Positif Dadah, info, terkini, berita, sensasi, Airasia,

Portal berita Indonesia, Kompas memetik Pegawai Khas Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi M Diuraid sebagai berkata, juruterbang berkenaan menjalani ujian dadah pada pagi Khamis selepas pesawat QZ7510 mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali pada pukul 8.50 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan itu, juruterbang tersebut dijadualkan membuat penerbangan semula ke Jakarta pada pukul 9.20 pagi hari yang sama.

Sumber : mstar.com.my