Monday, January 5, 2015

Lahir Bersama, Kahwin Pun Bersama

Impian pasangan kembar seiras Arfa Atirah Arshad dan Arfa Afiqah, 27, sejak kecil berkahwin pada hari sama menjadi kenyataan apabila mereka selamat diijab kabul di Taman Dagang, di sini, semalam.

Lahir Bersama, Kahwin Pun Bersama, info, terkini, berita, sensasi, pasanagan kembar kahwin serentak

Lebih menarik, apabila pasangan kembar berkenaan bertemu jodoh masing-masing pada masa sama, tiga tahun lalu sewaktu belajar di universiti masing-masing.

Arfa Atirah berkata, dia bersyukur apabila rancangan berkahwin pada hari sama dengan adik kembarnya itu berjalan lancar biarpun masing-masing sibuk bekerja.

“Saya ada berbincang dengan adik sekiranya dia bersetuju untuk berkahwin pada tarikh sama, dan dia sangat gembira dengan rancangan itu.

“Kami tidak mengambil masa lama sewaktu merancang perkahwinan ini kerana kami saling tolong menolong dan perbelanjaan kahwin juga dapat dikawal tidak berlebihan dan membazir,” katanya kepada Metro Ahad, di sini, semalam.

Sumber hmetro.com.my