Sunday, January 18, 2015

Penjawat Awam Buat ‘Overtime’ Berdarah Diserang Juruteknik

Seorang penjawat awam wanita telah mengalami cedera parah pada bahagian muka selepas diserang oleh seorang lelaki di sebuah bangunan kerajaan di Putrajaya.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 malam tadi, mangsa cedera apabila diserang oleh seorang lelaki yang juga bekerja sebagai juruteknik di bangunan tersebut, dipercayai cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa.

Sebelum kejadian itu mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan untuk meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan supaya dia boleh meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.

Lelaki itu yang menyedari mangsa berseorangan, naik ke tingkat pejabat mangsa di tingkat 24 dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.

Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka sehingga membuatkan mangsa dipukul oleh suspek di bahagian kepala sehingga berdarah.

Namun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.

Hasil dari tindakan segera, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Penjawat Awam Buat ‘Overtime’ Berdarah Diserang Juruteknik, info, terkini, berita, sensasi, kejam

Sumber : katakcomel.my