Saturday, January 17, 2015

Video: Seram.. Penonton Villa Nabila Histeria Dalam Panggung

Tidak dinafikan filem Villa Nabila hasil buah tangan pengarah muda, Syafiq Yusof adalah antara karya yang cukup dinantikan oleh peminat filem tempatan.

Idea pembikinan filem tersebut tercetus lantaran kisah banglo lama yang cukup popular dengan pelbagai kisah seram di Johor Bahru, dikenali sebagai Villa Nabila.

Video: Seram.. Penonton Villa Nabila Histeria Dalam Panggung, info, terkini, berita, kes histeria,
Suasana kecoh dalam panggung di pusat beli-belah AEON Tebrau apabila salah seorang daripada penonton diserang histeria sewaktu menonton filem 'Villa Nabila'.

Namun, baru sahaja filem itu ditayangkan di seluruh negara bermula semalam (Khamis), ia sudah mencetuskan ‘keseraman’ tersendiri apabila seorang penonton wanita diberitakan secara tiba-tiba diserang histeria ketika menonton filem tersebut di panggung yang terletak di pusat beli-belah AEON Tebrau.

Kejadian itu sempat dirakamkan oleh penonton lain yang turut berada dalam panggung tersebut.

Hmm, tak tahulah kami kalau-kalau histeria itu berpunca daripada ketakutan melampau akibat menonton filem tersebut atau atas sebab lain kan.. tapi kalau betul takut punya pasal, memang dahsyatlah penangan Villa Nabila nampaknya.



 
Video 1


 
Video 2


 
Video 3

Video 4

Sumber : mynewshub.cc