Tuesday, January 6, 2015

Suami isteri ditemui dibunuh

Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah mereka di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, di sini, pagi tadi.

Suami isteri ditemui dibunuh, info, terkini, berita,

Kejadian disedari kira-kira jam 7.40 pagi dengan mangsa Elias Hasan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54, mati dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam.
Mayat suami ditemui di depan tangga luar rumah manakala isterinya dijumpai di bahagian dapur oleh seorang penduduk yang baru pulang dari Pekan Kuala Pegang lalu memaklumkan kepada anak mangsa yang tinggal berhampiran.

Difahamkan, dua ekor kambing peliharaan mangsa turut hilang dipercayai dicuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Wari Kiew mengesahkan kejadian berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 

Sumber : hmetro.com.my