Thursday, January 8, 2015

Suami Paksa Isteri Teguk Asid Di Kuala Lipis

Isteri adalah amanah yang perlu dijaga dan dilindungi oleh insan bergelar suami. Lain pula kisah pasangan suami isteri yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang di mana si isteri menjadi mangsa kekejaman suami sendiri.


Suami Paksa Isteri Teguk Asid Di Kuala Lipis, info, terkini, berita, kejam, kes dera isteri

Mangsa, 30 tahun yang merupakan warga Indonesia dikatakan telah dipaksa meneguk asid sebelum disimbah cairan berbahaya tersebut di seluruh badannya.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 11 malam ini menyebabkan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan cedera parah.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar kerana masalah peribadi yang gagal diselesaikan dengan baik.

“Suspek yang juga warga Indonesia kemudian mengambil sebotol cecair mengandungi asid dan mengarahkan mangsa meneguk namun isterinya enggan berbuat demikian,” ujarnya.

Tambah Abdul Razak, suspek dan mangsa kemudiannya bergelut sebelum suspek bertindak mencurah cecair itu ke badan mangsa.

Hal ini menyebabkan mangsa menggelupur dan menjerit kesakitan sebelum dibantu jiran-jiran.

Suspek yang turut cedera dalam kejadian itu segera melarikan diri namun berjaya diberkas pihak polis di Raub.



Sumber : mynewshub.cc