Tuesday, February 24, 2015

Akhirnya.. Caj Telco Yang ‘Membingungkan’ Dapat Perhatian?

Dalam pada isu harga barangan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, terdapat juga harga lain yang harus dipantau pihak berkuasa negara kerana ia turut membabitkan wang poket pengguna.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Malah, cabaran bagi memastikan hak pengguna dalam soal harga yang ini pasti lebih mencabar kerana ia melibatkan nilai ‘tersembunyi’ dan sukar dipantau pengguna sendiri — ia adalah caj dikenakan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan sering membingungkan.

Masalah membabitkan caj Telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia.

Jika dahulu rungutan yang sering diutarakan adalah “sedar-sedar kredit kena ‘telan’ padahal tak banyak panggilan atau mesej keluar dibuat”, kini antara yang popular adalah “kejap je kuota Internet perlu ditambah nilai kerana sudah melepasi had dilanggan”.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Berbanding cara caj panggilan dikenakan Telco yang lebih mudah difahami dan dikira, kadar bayaran untuk penggunaan Internet yang ditawarkan dalam pelbagai pelan sukar difahami kebanyakan pengguna.

Maka mereka hanya mampu ‘reda’ apabila dimaklumkan data Internet yang dilanggan sudah mencecah kuota walaupun jauh di sudut hati mereka tidak percaya dan rasa macam ditipu bulat-bulat oleh Telco.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Itu belum disentuh bab mutu perkhidmatan yang jarang konsisten termasuk dari segi kelajuan Internet mahupun kawasan boleh akses!

Sebagai bukti masalah berkaitan Telco sudah lama dipendam rakyat negara ini, lihat saja keputusan hasil tinjauan dilakukan Mynewshub di mana, 98 peratus atau 1,932 pengundi bersetuju bahawa Syarikat Telekomunikasi Negara Ini Kuat Menipu!

Bagaimanapun, bukan hanya tinjauan di atas sahaja yang telah dibuat Mynewshub untuk menaikkan isu ini agar mendapat perhatian ramai.

Di bawah adalah laporan lain yang telah dimuatkan oleh Mynewshub sejak awal tahun lalu berkaitan permasalahan ini.

Kini ternyata, isu berkaitan caj Telco di Malaysia yang sering membingungkan pengguna telah mendapat perhatian pihak sewajarnya.

Terbaru, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan kelmarin, kementeriannya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun berikutan penurunan harga minyak dunia.

Susulan itu jamin beliau, satu rundingan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat dengan pihak Telco di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Ini sudah pasti satu berita yang cukup melegakan namun pada masa sama, usahlah kita melonjak kegembiraan terlalu awal selagi keprihatinan terhadap masalah melibatkan pengguna dengan Telco ini benar-benar dibuktikan.

Sekadar selingan, di bawah kami paparkan printscreen komen pembaca Mynewshub berkaitan perkara ini yang menunjukkan, pengguna sudah mula hilang rasa percaya.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Justeru jika rundingan demi rundingan yang dilakukan selepas ini akhirnya masih tidak menampakkan kesan positif buat pengguna, kami rasa mungkin dah tiba masa untuk pihak berkuasa berkaitan menggunakan kuasa yang ada untuk memaksa Telco berhenti menindas pengguna, betul tak?


Sumber : mynewshub.cc