Wednesday, February 4, 2015

Apa Kes?? Astro Pecat 60 Kakitangan Dalam 24 Jam

Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengecam tindakan Astro Productions Sdn. Bhd. (Astro Productions) memberhentikan seramai 60 kakitangan syarikat itu dalam tempoh 24 jam.


Apa Kes?? Astro Pecat 60 Kakitangan Dalam 24 Jam, info, terkin, Astro, berita, sensasi

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, syarikat itu tidak sepatutnya memberhentikan pekerja terbabit hanya dengan memberi notis 24 jam kerana itu satu perbuatan yang sangat kejam.

“Mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih terhormat kerana pekerja-pekerja yang di berhentikan ada di antara mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun dibuang begitu sahaja.

“Mereka yang di berhentikan berasa amat kecewa. UNI-MLC membantah sekeras-kerasnya tindakan Astro Productions dan meminta Menteri Sumber Manusia menyiasat tatacara yang diguna pakai syarikat besar itu bagi menamatkan perkhidmatan kakitangannya serta merta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Shafie menjelaskan, pihaknya menerima aduan daripada pekerja yang diberhentikan tersebut mereka menerima surat Penamatan Perkhidmatan Pekerja Tanpa Notis pada 30 Januari lalu.

Dakwa beliau, pengurusan Astro Productions bertindak memanggil 60 orang pekerja terbabit dan memberitahu bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan serta merta dan diberi surat pemberhentian untuk ditandatangani.

Beliau mendakwa, pekerja terbabit yang bersetuju untuk berhenti pada hari terbabit diberi pampasan dibayar pada masa yang sama.

Sumber : mynewshub.cc