Monday, March 9, 2015

Budak Lelaki Maut Tercekik Cekodok Pisang

Budak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tercekik ketika menikmati cekodok pisang di pusat jagaan di Taman Austin Perdana di sini, Ahad.


Budak Lelaki Maut Tercekik Cekodok Pisang, info, terkini, sensasi, berita

Ong Kai Yun, 32 meninggalkan anaknya, Kee Shao Ming dan anak perempuannya berusia lapan tahun di pusat jagaan itu sebelum ke tempat kerja pada kira-kira 7.30 pagi.

Setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon memaklumkan Shao Ming muntah dan pengsan.

Shao Ming dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail dan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

Kai Yun berkata, dia terkejut apabila diberitahu cekodok pisang tersekat pada kerongkongnya.

"Doktor juga terkejut kenapa guru (pusat jagaan) tidak memaklumkan mengenainya kerana mungkin dia dapat diselamatkan jika tahu puncanya," katanya.

Kai Yun berkata, dia diberitahu semua kes tercekik, mangsa hanya ada tiga minit untuk diselamatkan.

Beliau berkata, anak lelakinya ke pusat jagaan itu sejak Disember tahun lalu dan bersekolah pada sesi petang.

Laporan polis dibuat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut bergantung kepada perkembangan lanjut.

Sumber : mstar.com.my