Friday, March 6, 2015

Harrison Ford Cedera Parah Pesawatnya Terhempas Di LA

Pelakon filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, cedera parah selepas kapal terbang kecil miliknya terhempas di padang golf dekat Los Angeles, awal pagi tadi, lapor laman web selebriti, TMZ dan media tempatan.


Harrison Ford Cedera Parah Pesawatnya Terhempas Di LA, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, artis hollywood

Pelakon itu mengalami luka parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.

“Kami boleh mengesahkan sebuah kapal terbang terhempas dan terdapat seorang juruterbang lelaki berusia antara 65-70 tahun.

“Mangsa dibawa ke hospital berdekatan dan dilaporkan stabil,” kata jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Nuria Vanegas.

‘Laporan itu berlaku pada kira-kira jam 2.25 petang waktu tempatan. Kerosakan mekanikal pesawat adalah punca nahas berkenaan,” kata Vanegas.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba Los Angeles berkata, juruterbang pesawat itu dilaporkan kritikal di sebuah hospital tetapi enggan mengulas identitinya.

Pegawai Seranta Ford pula tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan.

Carlos Lugo, 63, berkata, beliau sedang bermain golf di Penmar Golf Course apabila ternampak pesawat kecil itu dipercayai berlepas dari

Lapangan Terbang Santa Monica mengalami kerosakan dan berusaha untuk berpatah balik ke landasan.

“Pesawat itu terbang di celah pokok dan mendarat dekat lubang kelapan di padang golf itu,” katanya.

Ford yang terkenal dengan watak dalam filem blockbuster seperti “Star Wars” and Indiana Jones memang seorang penggemar kapal terbang.

Pesawat vintaj dengan dua tempat duduk itu mengalami kerosakan teruk dan remuk di atas padang golf. – Reuters


Sumber : mynewshub.cc