Showing posts with label 'Dunia Tersembunyi' Papar. Show all posts
Showing posts with label 'Dunia Tersembunyi' Papar. Show all posts

Monday, January 12, 2015

'Dunia Tersembunyi' Papar Kisah Etnik Di Pulau Keenam Terbesar Dunia

Dunia Tersembunyi iaitu sebuah rancangan berbentuk majalah dan dokumentari yang pertama kali disiarkan pada 2012 kini kembali dengan musim kedua.


'Dunia Tersembunyi' Papar, Kisah Etnik Di Pulau Keenam Terbesar Dunia, info, terkini, berita, papar sabah
Dunia tersembunyi memaparkan kisah mengenai masyarakat di Sumatera, Indonesia.

Menurut penerbit program berkenaan, Mohd Raziff Zukafli, Dunia Tersembunyi masih mengekalkan konsep travelog selain menjuruskan kepada kepelbagaian kehidupan etnik di Sumatera, Indonesia iaitu pulau keenam terbesar di dunia.

"Keunikan dan keistimewaan budaya dan tradisi di Sumatera turut membuka ruang untuk mengenali sosio-ekonomi mereka selain ia sebenarnya sebuah destinasi pelancongan yang menarik.

'Dunia Tersembunyi' Papar, Kisah Etnik Di Pulau Keenam Terbesar Dunia, info, terkini, berita, papar sabah
Dunia Tersembunyi disiarkan setiap hari Jumaat pada pukul 11 malam di TV3.

 
Untuk rekod, Dunia Tersembunyi pernah merangkul beberapa anugerah seperti Dokumentari Terbaik – Anugerah PROFIMA dan Dokumentari dan Majalah Terbaik – Anugerah Skrin.

Jelas Raziff, diantara keistimewaan yang didedahkan mengenai Sumatera dalam program itu adalah mengenai pemilikan identiti dan perlambangan sebagai bukti nyata kewujudan sesuatu bangsa dan disanjung sejak berzaman.

"Komuniti peribumi yang tinggal di kawasan terpencil seperti Kepulauan Mentawai di Sumatera sangat menarik untuk dikupas. Malah, identiti yang dimiliki mereka dilapor antara khazanah tertua di dunia," katanya.

Malah produksi turut mengupas mengenai penghijrahan kumpulan melayu proto ke bahagian kepulauan di barat Sumatera sekitar 1500 tahun sebelum Masihi selain kisah disebalik titi Mentawai dan pelbagai kisah menarik mengenai Sumatera.

Sumber : mstar.com.my