Showing posts with label But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo. Show all posts
Showing posts with label But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo

Mercurial CR7 Rare Gold’, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano Ro­naldo. But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit.


But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo, info sukan, bola sepak, Cristiano ronaldo, pemain terbaik dunia 2014
Mercurial CR7 Rare Gold, nama but khas yang dikeluarkan Nike untuk Ronaldo.

Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.

“Berlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu besar dan dibentuk dengan penuh teliti oleh pengukir berlian.


But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo, info sukan, bola sepak, Cristiano ronaldo, pemain terbaik dunia 2014

“Oleh kerana berlian sangat halus dan butir-butirnya tajam, ia dipotong menjadi kepingan kecil membentuk mikro berlian.

"Ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkan but tersebut me­ngingatkan pasukan reka bentuk Nike kepada etika kerja Ronaldo,” kata Nike.

Pengeluar barangan sukan antarabangsa itu memutuskan untuk menghasilkan sepasang kasut istimewa buat Ronaldo bagi meraikan  kejayaan bintang penyerang Portugal itu menjulang anugerah Ballon d’Or.

But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo, info sukan, bola sepak, Cristiano ronaldo, pemain terbaik dunia 2014

Selain itu, Ronaldo juga dilihat berjaya mengharungi musim yang cemerlang dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Copa del Rey, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab.

Sumber : mstar.com.my