Mayat seorang lelaki warga asing yang dibungkus selimut ditemui dalam semak berhampiran kawasan perindustrian Science Park, Bukit Tengah hari ini.
Jurucakap polis berkata, mayat yang dibalut selimut bercorak bunga merah itu ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi polis pada 2 petang.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, tiada sebarang kesan kecederaan luaran yang ditemui pada tubuh mangsa dan tiada suntikan BCG di lengannya.
"Tidak ada sebarang unsur jenayah setakat ini dan kami tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri berhampiran mangsa.
"Mangsa dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di sini, dua tiga hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang berbau," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
Sumber : hmetro.com.my