Showing posts with label Perdana Menteri Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri Malaysia. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Najib kena jangkitan E.Coli semasa lawat kawasan banjir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terkena penyakit bawaan air, E.Coli semasa melawat mangsa banjir baru-baru ini.
Sehubungan itu, doktor mengarahkan beliau agar berehat sehingga keadaan kesihatannya kembali pulih.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan melalui Twitter memaklumkan, Najib akan kembali bertugas secepat mungkin sebaik sahaja kesihatannya bertambah baik

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, Berita, info, terkini, Jangkitan E.Coli, gosip,

Sumber : aans1.blogspot.com

Saturday, January 3, 2015

Selepas berada di London, New York Dubai, kini Jet Rasmi Kerajaan di Bangkok. Apakah kargo yang dibawa?

Selepas berada di London, New York dan Dubai semalam, pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA  hari ini tiba di Bangkok, Thailand pada 11.11 pagi tadi, menurut sebuah laman yang merakamkan perjalanan udara antarabangsa.


Perdana Menteri Malaysia, Spekulasi, berita, sensasi,pesawat rasmi malaysia hilang?

Menurut laman Flight Radar 24, pesawat Airbus A319 itu meninggalkan Dubai pada 1.53 pagi ini, selepas tiba dari London pada 12.16 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan pesawat itu untuk pergi bercuti bersama keluarga, namun Najib terpaksa bergegas pulang selepas banjir di pantai timur bertambah buruk.

Najib juga menggunakan peluang bercuti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, baru-baru ini.

Setakat jam 1 tengahari ini, laman Flight Radar 24 tidak merekodkan destinasi pesawat 9M-NAA yang seterusnya.

Perdana Menteri Malaysia, Spekulasi, berita, sensasi,pesawat rasmi malaysia hilang?

Pesawat ity sebelum ini mendarat di beberapa tempat seperti Los Angeles, Indianapolis dan Honolulu.

Sebelum ini, PKR mempersoalkan di mana pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.

“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana pergi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

"@NajibRazak Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (yeaa), Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (ditanya tanya lagi) #TaufikBatisah," kata Lucius Maximus melalui Twitter, menggunakan bait-bait lagu penyanyi popular dari Singapura, Taufik Batisah.

Kedahkini turut bertanya: "ROSMAH MANSUR KAT MANA?".....TERUS JADI TANDA TANYA"

Megat Trainor (@akeemzamani) pula berkata: "Rosmah ulang alik kt US shopping barang utk mangsa banjir kot #Husnuzon (sangka baik)"

Sementara Munifah (@mo0n94) berkata, “Alhamdulillah. Macam ni la FLOM yang kita nak,” merujuk kepada singkatan First Lady of Malaysia atau wanita pertama Malaysia.

Najib dalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Obama di Hawaii baru-baru ini menafikan beliau mengabaikan bencana banjir seperti dituduh sesetengah pihak.

Katanya, aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Beliau berkata, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat Malaysia April lepas, dan amat sukar menolaknya kerana ia dirangka lebih awal berdasarkan jadual kedua-dua pemimpin.

"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy',” katanya.

Sumber : themalaysianinsider.com