Showing posts with label Pura-Pura Kenal Pesakit Sebelum Curi Handphone. Show all posts
Showing posts with label Pura-Pura Kenal Pesakit Sebelum Curi Handphone. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Pura-Pura Kenal Pesakit Sebelum Curi Handphone

Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya. Peribahasa ini amat sesuai digunakan untuk satu kes kecurian melibatkan sebuah hospital di Ipoh baru-baru ini.


Pura-Pura Kenal Pesakit Sebelum Curi Handphone, info, terkini, berita, jenayah

Kisahnya, seorang pengguna Facebook yang merupakan anak kepada mangsa telah mengirim gambar suspek kes tersebut yang diperoleh hasil rakaman kamera litar tertutup CCTV.


Menurutnya, suspek merupakan seorang lelaki yang menggunakan modus operandi menyamar sebagai kenalan pesakit sebelum melakukan kecurian.

Ibunya salah seorang mangsa, apabila suspek telah mengaku kepada pesakit yang menghuni katil berhampiran ibunya di wad sama bahawa dia adalah saudara yang datang untuk bertanyakan khabar.

Setelah memberitahu dia adalah ‘saudara’ pesakit, suspek terus menyelongkar katil mangsa yang sedang tidur setelah diberikan ubat oleh doktor.

Tidak lama kemudian, suspek terus beredar setelah menjumpai telefon bimbit mangsa.

Menurut anak mangsa yang mendedahkan insiden ini, bukan telefon bimbit yang dipentingkan sangat tetapi jika dengan mudah sahaja si jebon ni boleh masuk mencuri, bagaimana pula jika dia melakukan perkara yang lebih bukan-bukan lagi terhadap pesakit?

Pada masa sama, isu ini membuatkan banyak pengguna media sosial mempersoalkan tahap keselamatan hospital terbabit.

Sumber : mynewshub.cc